Isteri Tajul Ariff Bakal Bersalin Anak Kedua Bila-Bila Masa – “Saya Ambil Keputusan Tangguh Semua Kerja.”

Share

Penyanyi Tajul Ariff memilih untuk tangguhkan beberapa projek nyanyian dan komitmen lain serta memperlahankan aktiviti perniagaannya demi isteri tercinta, Nurul Shamieza yang sedang sarat hamil sembilan bulan.

Jelas Tajul, isterinya itu bakal bersalin pada bila-bila masa sahaja.

“Saya ambil keputusan untuk menangguhkan semua kerja kerana mahu sentiasa berada di sisinya. Kalau keluar bekerja pun macam hari ini, saya tidak keluar lama-lama kerana bimbang dengan keadaan isteri.

“Bila-bila masa sahaja isteri saya akan bersalin. Kalau ada di luar rumah lama-lama pun fikiran ini asyik teringat pada dia. Risau!

“Apa pun saya harap urusan kami untuk menyambut anak kedua ini dipermudahkan,” katanya.

Mahu memberikan kejutan mengenai jantina anak kedua yang bakal lahir, Tajul turut mendoakan agar urusan bersalin isteri dipermudahkan.

“Yang saya tahu, prosedur untuk kemasukan wad pada musim Covid-19 ini semua pesakit diwajibkan melakukan swab test.

“Saya berdoa agar semuanya dipermudahkan dan berharap agar ibu dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat-sihat sahaja,” katanya yang menyifatkan keluarga menjadi keutamaannya ketika ini.

Terdahulu,Tajul ditemui pada Majlis Berbuka Puasa FMC Music di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.

Tajul dan Shamieza mendirikan rumah tangga pada pada 2018 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Adriana Carissa, 2 tahun.

Foto: Instagram Tajul

IKLAN