Instafamous yang juga usahawan, Asyraff Mazlan mengumumkan berita gembira apabila isterinya, Natasya Nazreen kini berbadan dua.
Perkara itu dikongsikannya menerusi Instagram miliknya sambil merakam foto ultrasound bayi dalam kandungan.
“Alhamdulillah! @natasyanazreen Pregnant guys! Allah kurniakan rezeki dan amanah untuk tahun 2020. Insyallah saya akan jaga amanah ini dengan sebaiknya.
“Cukuplah tengok Wife sedih bila orang Tanya bila nak ada anak, ada orang siap DM tanya Adira dah pregnant Tasya tak kan tak pregnant lagi kan kahwin lagi awal? Tu sebab @natasyanazreen tak selalu LIVE IG. Dia akan sedih lepas Live sebab mesti ada orang tanya pasal bila nak ada baby,” tulisnya.
Terdahulu, Natasya pernah mengalami keguguran beberapa bulan lalu.
“1st time juga saya kena PRANK sampai menangis guys! Bayangkan lah saya punya kasar tapi bila tahu wife pregnant saya pun sebak, lebih-lebih lagi bila kena dulu wife pernah MISCARRIAGE 5 bulan lepas.
Ads
“Punya lah saya excited nak dapat baby saya siap buat IG anak @asyraff.jr walaupun masa tu Tasya baru je lepas keguguran.
“So guys doakan, kesihatan @natasyanazreen dan baby ya! Buat yang masih menunggu, saya doakan awak pun dikurniakan Zuriat pada tahun ini. Aminn,” akhirnya.
Pelakon Saharul Ridzwan menanam impian dan hajat untuk melengkapkan rukun Islam kelima dengan menunaikan ibadah haji sebelum usianya menjejak 35 tahun.
Pelakon berusia 31 tahun ini turut memohon pandangan netizen mengenai menunaikan haji dalam usia muda.
“Tunaikan Haji di usia muda, apa pendapat korang?
“Hajat di hati sy sebelum umur 35 tahun ni dijemput dan diizinkan Allah utk tunaikan Haji, melengkapkan rukun Islam yang ke-5 . Aminn Ya Rabb,” tulisnya.
“Kena kuarantin dua hari.” Itu kata pelakon, Shakilla Khoriri yang baru-baru ini menjalani ujian saringan wabak Novel Coronavirus atau COVID-19 selepas mengalami demam panas dan batuk-batuk.
Terdahulu, Shakilla bersama suami, penyampai radio Fizi Ali dan anak mereka, Ameena Sofia bercuti di Eropah lebih dua bulan lalu.
“Sekembali dari bercuti di Eropah, saya dan anak bergilir-gilir alami demam. Sekejap demam dan sekejap baik.
“Kemudian saya ada juga penuhi beberapa komitmen lain selepas itu. Awalnya saya sangka ia berlaku disebabkan perubahan cuaca dan sebagainya.
“Kemudian suhu badan badan naik ditambah dengan batuk. Terfikir, simpton-simpton itu (wabak Novel Coronavirus) seperti ada.
“Saya ambil inisiatif ke hospital dan doktor menasihatkan saya untuk jalani ujian saringan.
“Saya ada beritahu tekak seperti ada luka gara-gara batuk.
“Ketika ujian, doktor ada bertanya sama ada saya ada ke luar negara dan sebagainya. Saya beritahu kami sekeluarga ke Eropah Januari lalu dan saya ada ke Pahang juga selepas itu.
“Ketika itu badan saya panas dan ada ketikanya mengigil.
“Darah saya juga turut diambil bagi mengesan punca, termasuk melakukan pemeriksaan di bahagian tekak, hidung dan telinga,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, sejurus ujian dilakukan, bintang Papa Ricky ini menarik nafas lega apabila dia disahkan bebas dari wabak berkenaan.
“Alhamdulillah, saya disahkan negatif coronavirus. Akan tetapi saya perlu menjalani kuarantin selama dua hari di rumah.
“Malah ketika itu pun, saya elakkan dari bersentuhan dengan anak untuk keselamatanya,” jelasnya lagi yang kini kian mengutamakan soal kebersihan serta penjagaan dirinya sekeluarga.
Terdahulu menerusi Instagram, Shakilla ada berkongsi mengenai hal sama beberapa hari lalu.
“Sambil memanjat rasa syukur, dia turut menghuraikan mengenai nikmat kesihatan yang dikurniakan Yang Esa.
“Betul lah duit tak boleh beli SIHAT. Nikmat waktu sihat ni sangat2 berharga cuma kita tak sedar. Alhamdulillah untuk kehidupan hari ni. Kesihatan yang baik. Perjalanan yang baik. Pertemuan yang baik.
Pelakon Syifa Melvin memohon maaf atas salah faham yang berlaku menerusi kenyataannya di dalam satu video pendek yang kini sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Menerusi laporan mStar, bintang berusia 26 tahun itu tidak mahu lagi memanjangkan isu terbabit.
Syifa mengakui kesilapannya namun tidak mempunyai niat untuk menghina mana-mana pihak.
“Sejujurnya saya bukan nak menghina sesiapa yang duduk di rumah setinggan atau PPRT. Tidak sama sekali dan jauh di hati saya nak menghina.
“Tapi bila orang dah salah faham, saya perlu bertanggungjawab. Saya minta maaf atas salah faham yang berlaku. Saya tidak ada niat nak berkata begitu.
“Apa yang saya maksudkan adalah mengenai jenis kain dan warna turban itu yang nampak mahal. Di mana saja anda pakai turban itu akan memberikan keyakinan diri.
“Itu sebenarnya maksud saya. Tetapi kenyataan itu disalah tafsir segelintir pihak. Apa-apa pun, saya akui ia tetap salah saya,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, pemilik nama lengkap Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu diminta mengulas mengenai video yang mengatakan penampilan seseorang individu akan nampak mahal apabila memakai turban seperti yang digayakannya meski tinggal di rumah setinggan dan PPRT.
Video yang merakamkan dirinya yang sedang dirias seorang wanita sambil melakukan tutorial turban mengundang reaksi bercampur-campur di kalangan netizen.
Dalam pada itu, adik kepada pelakon, Syatilla Melvin itu turut berharap tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya minta tolong kepada semua pihak jangan membuat spekulasi sendiri dengan penulisan anda yang tidak betul.
“Nanti hanya menambahkan dosa netizen yang hanya membaca dan menilai daripada penulisan itu sedangkan saya tidak bermaksud sebegitu.
“Bila anda tulis cerita tak betul, anda yang menambah dosa sendiri dan orang lain juga,” ujarnya.
Sumber/Foto: mStar/Instagram Syifa Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.