Pelakon Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina reda apabila hasrat untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila kandungan isterinya yang sudah memasuki bulan keempat dilaporkan keguguran.
Berkongsikan berita sedih di laman Instagramnya, Safwan berkata ini merupakan ujian yang paling besar buatnya dan isteri serta tabah dengan dugaan itu.
Pasangan itu turut sudah menyediakan nama untuk bayi sulung mereka Muhamad Kaif yang membawa maksud ‘semangat yang kuat’.
“Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri saya. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai di sini sahaja.
“Kita jumpa di syurga nanti ya Kaif! Teruskan doa untuk ibu dan ayah okey! Dia (bayi sulung) dah cukup sifat, dah nak masuk empat bulan, comel, sempurna, tapi Allah lebih sayangkan dia!.
Ads
“Awak (isteri) memang hebat dan wanita yang sangat kuat!” tulis Safwan.
Safwan mendapat perkhabaran sedih itu ketika berada di Turki atas tuntutan kerja dan mengagumi ketabahan isterinya yang melalui perkara itu tanpa kehadirannya di sisi.
Ads
“Saya dapat tahu benda ni terjadi ketika saya sudah sampai Turki. Isteri saya lalui benda ni seorang-seorang dengan family tanpa suami.
“Ya Allah hebatnya you sayang! I sayang sangat dekat you! Kita lalui benda ni together okay!
Ads
“Muhamad Kaif, you will always be our child, Thank you temankan Mummy selama ini, kita jumpa nanti okay,” tulis Safwan lagi.
Safwan yang merupakan bekas finalis Hero Remaja 2017 mendirikan rumah tangga dengan kakitangan kerajaan, Fathin Nur Amalina pada bulan Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Safwan Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan insiden membabitkan diri serta anaknya, Laana Haura, penyanyi dan pelakon Lufya Omar mengakui dia sudah pun membuat laporan polis, pagi tadi.
Meski masih trauma selepas berdepan detik cemas dipukuldi bahagian kepala dan badan dengan kayu dalam cubaan menculik anaknya di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Lufya menjelaskan laporan tersebut polis dibuat di Balai Polis Kota Damansara sekitar kira-kira jam 6 pagi.
“Tak ada istilah saya cuba membuat drama atau mengada-adakan cerita kerana melengahkan urusan membuat laporan polis. Ini soal nyawa yang bukan boleh diperjudikan.
“Jujur saya dan anak masih dalam keadaan trauma. Malah pada masa sama, saya juga dalam rawatan di hospital. Jadi saya ambil masa bertenang untuk bawa hal ini kepada pihak polis.
“Selepas rawatan di hospital pagi tadi, saya dan anak ke balai polis. Kebetulan waktu itu tiada ramai orang, jadi kurang sedikit rasa trauma itu. Setakat ini saya serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” katanya.
Terdahulu, di dalam kejadian jam 4 petang 26 Jun lalu, Lufya mendakwa seorang lelaki berbadan besar telah memukulnya dengan teruk ketika cuba menyelamatkan anaknya.
Sementara itu, Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar menafikan lelaki yang memukulnya itu adalah bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.
“Lelaki itu orang asing yang saya sendiri tak kenal. Dan bukan bekas suami saya seperti yang ditebak netizen.
“Ada yang anggap keterangan gambar saya mendedahkan insiden ini di Instagram (IG) bertulis lelaki dayus merujuk kepadanya itu tidak benar sama sekali.
“Bagi saya mana-mana lelaki yang memukul wanita adalah seorang dayus. Kita belum tahu siapa pelakunya. Cuma jangan babitkan dia (Hafiz), biar polis buat kerja mereka,” katanya lagi.
Lufya pada masa sama menjelaskan, niatnya berkongsi insiden itu di Instagram sebagai langkah berhati-hati kepada golongan wanita terutama yang mempunyai anak.
“Sejujurnya saya risau dengan komuniti masyarakat di Damansara, sebab itu saya beranikan diri mendedahkan insiden itu. Walaupun saya masih tebal dengan perasaan trauma.
“Malah saya difahamkan sebelum saya kena pun, sudah berlaku kejadian sama,” katanya.
Lufya menyifatkan peristiwa hitam itu umpama babak drama yang ditontonnya di kaca TV dan pawagam.
“Selama ini, saya melihat babak atau aksi ganas dalam kaca televisyen dan pawagam.
“Namun, saya menempuhnya sendiri, dua hari lalu. Lelaki ini memukul saya dengan kayu pada bahagian kepala dan badan menyebabkan saya alami kecederaan agak teruk.
“Syukur, saya dan anak selamat. Ketika kejadian, Laana sempat menjerit meminta tolong, namun, tiada sesiapa di tempat kejadian dapat membantu.
“Nasib baik, saya pernah belajar bertinju, jadi boleh mempertahankan diri apabila berlaku situasi tak terduga ini.
“Saya sempat menendang muka dan menumbuk alat sulit lelaki ini, sebelum berjaya menyelamatkan diri,” dakwa Lufya.
Pengusaha Luvyacakes itu menambah, sebagai manusia, dia harus sentiasa peka dan berjaga-jaga dalam apa juga situasi.
“Selalunya golongan wanita dianggap lemah, jadi ada ilmu mempertahankan diri.
“Dengan izin Tuhan, saya dapat melawan, sekali gus, menyelamatkan anak.
“Manusia zaman sekarang sanggup buat perkara keji dan semakin hilang perikemanusiaan,” katanya.
Menerusi Harian Metro pada Selasa, Hafiz
menafikan dia terbabit dengan insiden itu dan mendakwa tuduhan netizen adalah fitnah.
Katanya, dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak.
“Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.
“Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.
“Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Farisha Iris akui sudah tidak tahan lagi dengan masalah gangguan tidur yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini.
Menurut Farisha, sudah hampir seminggu dia tidak mendapat waktu tidur yang mencukupi dan sekiranya dia dapat melelapkan matanya, ia hanya bertahun untuk dua hingga tiga jam sahaja.
Katanya lagi, situasi tersebut menjadikan badannya terlalu letih dan sedikit sebanyak mengganggu rutin hariannya.
“Saya sangat perlukan pertolongan. Saya dah hampir seminggu tak tidur. Saya hanya dapat tidur dua hingga tiga jam sehari. Saya tak dapat tidur lebih daripada itu.
“Sumpah saya penat dan mengantuk. Korang ada cara tak nak atasi masalah ini? Saya dah pernah lalui situasi yang sama sebelum ini. Apa yang saya buat adalah dengan mengambil pil melatonin tapi dah tak berkesan,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Hello itu menerusi beberapa ciapan di laman Instagram.
Dalam pada itu, Farisha turut memaklumkan dia sebenarnya sudah mencuba pelbagai cara namun masalah gangguan tidur itu masih berlaku.
“Astagrifullahalazim. Saya masih tak dapat tidur. Percayalah, dah hampir dua jam saya cuba pejam mata dan letak telefon jauh-jauh. Ya Allah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa risau selain turut berkongsi pelbagai saranan untuk mengatasi masalah tersebut.
Sekadar informasi, bakat nyanyian Farisha mula dicungkil sejak usianya masih lagi kanak-kanak menerusi pertandingan realiti nyatian, Idola Kecil dan Ceria Pop Star.
Malah, Farisha juga turut pernah meyertai program nyanyian, Big Stage pada 2020.
Nama Farisha juga makin dikenali menerusi beberapa single hitsnya seperti Hello, Bebel dan Baek.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Farisha Iris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Adibah Noor dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir lewat petang tadi.
Berita duka dan mengejutkan itu dikongsikan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sementara itu, memetik Boom!, rakan seperjuangannya di GV8, Ani Maiyuni ketika dihubungi menjelaskan, arwah yang berusia 52 tahun itu difahamkan telah lama menderita penyakit kanser.
“Ani memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa beliau dah lama menderita kanser.
“Hanya kami keluarga GV-8 saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan,” ujarnya.
Berita selanjutnya menyusul.
Minggu lalu, nama Allahyarhamah meraih perhatian apabila foto terbarunya tular dengan penampilan fizikal yang agak susut.
Bagaimanapun, menerusi temu bual, Adibah dipetik memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat sejak Ramadan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...