Rasanya isu ini sering berlaku buat artis yang berkongsi gambar, mahupun aktiviti harian di laman sosial yang akan mengundang kritikan daripada peminat. Bukan mudah untuk bergelar selebriti. Setiap tindak-tanduk pasti akan diperhatikan.

Terbaru, isu mengkritik hal peribadi artis terjadi kepada pelakon kacak Izzue Islam dan isterinya, Nurinafilah Waharudin .

Menerusi entri terbaru milik Izzue, dia ada memuat naik sekeping foto bersama isterinya ketika bercuti di Amman, jordan.

Kamu permaisuriku, kamu cinta matiku ?

A post shared by I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) on

“Kamu permaisuriku, kamu cinta matiku.” Ujar izzue diruangan kapsyen bersama isterinya.

Sedia maklum umur isteri Izzue yang mesra disapa Awin jauh berbeza daripada suaminya.Dikatakan juga umur isterinya yang berusia 35 tahun menjadi punca komen-komen negatif ini bertebaran.

IKLAN

Seorang individu telah mengutuk isterinya dan mulalah isu pergaduhan antara peminat diruangan komen foto tersebut.

Bagaiamanapun, tinjaun MH Online mendapati komen yang dilemparkan individu terbabit sudah dipadam oleh Izzue sendiri. Mungkin komen itu menyebabkan unsur-unsur pergaduhan antara peminat berhubung isu tersebut.

Dalam masa sama, Izzue sendiri telah membalas komen tersebut dengan rasa tidak puas hati.

IKLAN

Isteri Izzue Islam Dikritik Peminat

“Apa benda kau merepek ni?” Ujar Izzue kepada individu terbabit.

Ruangan komen di Instagram Izzue juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial. Perkongsian pelakon itu telah mendapat ribuan perhatian setelah dimuat naik tiga hari yang lalu.

Menurut leretan komen yang dihujani di ruangan komen foto tersebut adalah disebabkan individu terbabit menghina isteri Izzue dan disebabkan dikecam, akaun individu tersebut telah ditutup.

IKLAN

Isteri Izzue Islam Dikritik Peminat

Sekiranya ingin meluah sesuatu diruangan komen selebriti, tak perlu sampai menghina. Bagi MH Online, Izzue merupakan suami yang terbaik dan penyayang. Suka sangat tengok pasangan ni. Doakan mereka kekal bahagia

Izzue, 27, dan Awin selamat bergelar suami isteri pada tahun 2013 dengan sekali lafaz selepas menyulam cinta selama enam tahun.

Isteri Izzue Islam Dikritik Peminat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI