Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berkongsi perkembangan terkininya yang kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Memuat naik gambarnya yang sedang berbalut di bahagian pipi, Shuhada turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak menghubunginya disebabkan keadaan dirinya yang tidak berapa sihat ketika ini.
“Assalamualaikum pada rakan media, clients dan sahabat-sahabat yang sedang contact Shu.
“Shu minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat beri kerjasama dan tanggungjawab buat masa ni sebab Shu sedang terima rawatan di hospital,” tulisnya di paparan Insta Story.
Shuhada juga berkata dia akan memberikan kerjasama sepenuhnya selepas keadaannya bertambah baik malah turut memohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Ads
Ads
“Shu akan beri kerjasama penuh seleaps selesai semua rawatan.
“Doakan Shu kuat,” tulisnya lagi.
Ads
Sejak diceraikan bekas suami, Shuhada berkata dia nekad untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal malah kini tampil dengan perniagaan atas talian yang menggunakan tagline ‘Satu Tak Cukup’.
Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan figura pelakon terkenal, Edika Yusof dan Arash Mohd yang memperaga pada majlis melancarkan koleksi Raya in Vogue yang dibawakan oleh Siti Khadijah Apparel menjadi menarik perhatian ramai.
Pertunjukan fesyen yang berlangsung hari ini di ruang legar pusat beli belah, KL East Mall, Kuala Lumpur itu turut disokong dengan kehadiran rakan selebriti lain seperti Vanidah Imran, Kuza dan pempengaruh media sosial.
Turut menghiburkan penonton ialah penyanyi ialah Lah Ahmad dan kumpulan Ruffedge.
Koleksi Raya In Vogue menampilkan lima baju kurung, satu baju Melayu selain jubah wanita.
“Koleksi yang diperagakan hanya dijual secara fizikal secara terhad di butik di seluruh negara. Bagaimanapun, mereka yang ingin mendapatkan koleksi raya ini selain ke butik terpilih.
“Selain itu mereka juga boleh membeli menerusi ‘personal shopper’ berdaftar yang kami panggil Srikandi di seluruh Malaysia. Pembelian koleksi ini juga boleh dibuat menerusi dalam talian,” kata Pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda Sulaiman.
Selain Padzilah, Pengerusi Kumpulan Siti Khadijah, Shafie Shamsuddin dan Pengasas Bersama Siti Khadijah, Aminuddin Mohd Nasir juga hadir pada majlis tersebut.
Kata Padzilah lagi, koleksi tahun ini diserlahkan dengan gaya mewah tetapi masih mengekalkan konsep kesederhanaan dan menitikberatkan soal keselesaan.
Sejajar dengan tagline di Siti Khadijah iaitu, ‘Selesa Luaran, Tenang Dalaman’, koleksi dijual dengan harga di antara RM208 ke RM328.
“Tahun sebelumnya kami ada tampilkan rekaan bercirikan nusantara, klasik dan sebagainya. Tahun ini kami tampilkan elemen yang lebih ‘classy’ namun mengekalkan ciri patuh syariah.
“Lima koleksi baju kurung kami namakan sebagai Nazrin Kurung Pesak, Azra Kurung Pesak, Alara Kurung Moden, Aylin Kurung Moden dan Zehra Kurung Pahang. Dan setiap koleksi dihadirkan dengan lima pilihan warna.
“Bagi koleksi lelaki pula kami namakan Daud Baju Melayu, juga dengan lima pilihan warna. Selain itu, ada juga pilihan jubah, tudung sarung, bawal satin dan biasa,” katanya.
Dalam pada itu, jenama ini berjaya berkembang menjadi jenama nasional terkemuka sambil merintis pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dan Indonesia.
Bermula dengan penjualan telekung, jenama Siti Khadijah (SK) turut dipelbagaikan dengan pelbagai jenis rangkaian produk termasuk pakaian untuk wanita dan lelaki.
Malah selepas 14 tahun mengukuhkan nama di pasaran, kehadiran koleksi baju raya untuk lelaki dan wanita menyemarakkan lagi persaingan di antara pengeluar pakaian patuh syariah di negara kita.
Selain telekung, syarikat itu turut mengeluarkan pelbagai pakaian kelengkapan haji seperti tudung, stokin tangan, jubah dan aksesori menunaikan haji.
Jenama ini juga menghasilkan produk gaya hidup seperti pakaian lelaki dan pakaian wanita, tudung, aksesori, dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Inisiatif organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) yang menggilap kebolehan anak muda negara dalam pelbagai sektor terutama keusahawanan dapat dijadikan contoh dalam memperkasakan ilmu serta semangat generasi pelapis.
Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, program menyeluruh menerusi aktiviti perkongsian ilmu dan pertandingan yang mencungkil idea peserta sendiri dapat diketengahkan ke peringkat lebih luas.
“Anak muda pada masa kini berdepan cabaran besar sejajar kepesatan teknologi yang secara tidak langsung memerlukan mereka lebih berdaya saing dalam segala sektor. “Menerusi pembabitan NGO, pertubuhan serta agensi berkaitan, ia dapat membantu pihak kerajaan dalam mengenalpasti golongan sasaran untuk diketengahkan termasuk meneroka bidang perniagaan lebih besar.
“Apabila melihat penganjuran DIYC Business Plan Challenge, saya melihat ia usaha yang wajar diteruskan kerana dapat menyuntik inspirasi selain berpeluang meraih perhatian kepada pelabur berpotensi,” katanya.
Aznana berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penutup DIYC Business Plan Challenge 2023 anjuran Pertubuhan A Diversity and Inclusion Movement by The Youth (DIYC) yang berlangsung di Johor, baru-baru ini.
Pada majlis yang berlangsung di Sunway Hotel Iskandar Puteri itu, hadiah berupa wang tunai berjumlah RM32,000 disampaikan kepada barisan pemenang serta penerima saguhati.
Hadir sama ke majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim dan Pengarah Projek DIYC Business Plan Challenge 2023 Rehhahn Tudball.
Juara diraih International Medical University (IMU) yang membawa pulang RM15,000, disusuli UNIKL MIAT dengan hadiah RM10,000, manakala tempat ke tiga dimenangi Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) bersama ganjaran RM5,000.
Dua lagi wakil Utar yang dapat mara pentas akhir bersama 29 finalis lain diumumkan sebagai pemenang ke empat dan ke lima sekaligus masing-masing menerima RM1,000 sebagai saguhati.
Idea pembentangan meliputi pelbagai lapangan seperti pertanian, sistem aplikasi dan kesihatan, manakala juara tampil dengan potensi berkenaan bisnes Artificial Intelligence (AI) yang serba lengkap dan meyakinkan juri.
Diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Belia Karisma Jauhar, Persatuan Seniman, Pertubuhan Aspirasi Karisma,q UniKL dan Next Gen Malaysia (CILT), DIYC Business Plan Challenge adalah pertandingan yang dibuka kepada penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta, Kolej Mara dan Vokasional selain belia berdaftar di bawah NGO.
Setiap kumpulan dengan empat peserta perlu membentangkan pelan perniagaan yang berpotensi dikembangkan di hadapan juri yang diketuai personaliti keusahawanan dan selebriti popular, Nazril Idrus.
Selain membariskan juri berpengalaman dalam pelbagai bidang termasuk Sazzy Falak dan personaliti bisnes, Arif Tukiman, kemuncak majlis anugerah itu turut dihiburkan persembahan Ratu Rock Negara, Ella.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dari hari ke hari, rezeki pelakon Puteri Sarah Liyana semakin mencurah-curah dan terbaharu dia ditawarkan membintangi drama berjudul Hijrah Jannah.
Menariknya, menerusi kapsyen yang ditulis Sarah, 38, di laman Instagram miliknya, ia memberikan gambaran drama itu bakal menampilkan plot tentang kehidupan poligami.
Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.
“Isteri pertama, isteri kedua dan mak mentua,” tulis Sarah.
Rata-rata netizen menyifatkan drama terbaharu yang dibintanginya itu ada sedikit persamaan dengan kehidupan sebenarnya yang hidup bermadu.
Terdahulu pada 7 Mac lalu menerusi prosiding sebutan pertama kes permohonan penceraian, Syamsul enggan menceraikan Sarah kerana percaya masih ada sinar dalam hubungan mereka.
Susulan itu, hakim syarie telah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JPK) dalam kes permohonan penceraian pasangan itu.
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.