Wah tahniah MH ucapkan buat penyanyi rock popular, Amy Search dan isteri tercinta yang bakal menimang cahaya mata lagi.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Amy menerusi akaun Instagramnya dengan menyatakan perasaan yang begitu teruja kerana di usianya yang sudah mencecah 60 tahun dia bakal menerima zuriat baru dalam keluarganya.

“Isteri aku mengandung sbln yeahhhhh!!!!????? aku selalu doa bila umur aku 60thn nk timang anak lgi. Korang sema doakn moga aku berjaya. ? I ❤ u sayang @qasander,” tulis Amy di ruang kapsyen.

Rata-rata pengikut dan peminat Amy memenuhi ruang komen dengan mengucapkan tahniah kepada penyanyi rock nombor satu negara ini.

IKLAN

selamatsitihajar: Alhamdullillah Tahniah.. Hebat la abg aku. amysearch.. Semoga ibu n baby sihat selalu.. Peewitt ?

hafizeehamid: Hasil pendakian ABC hari tu ni. Tahniah papa rock amy

IKLAN

zera_ally: Woah! Alhamdulillah! Congrats @aku.amysearch and @qasander. Inspiration! #futuregoals❤

IKLAN

annur_suhaila: Alhamdulillah… Moga berkat Ramadhan baby n mommy selamat

Sekali lagi MH ucapkan tahniah kepada Amy dan isteri, semoga kandungan membesar dengan sihat dan segala urusan dipermudahkan sehingga saat melahirkan nanti.

Sumber: Instagram Amy Search

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI