Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkesempatan mengisi masa dengan bercuti dengan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa bersama dua permata hatinya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Aku Bidadari Syurgamu ini turut berkongsi momen percutian itu bersama para pangikut di Instagram miliknya.
Siti sekeluarga telah pergi bercuti di Pulau Redang, Terengganu.
Menerusi hantaran di InstaStories, Siti juga memuat naik momen ketika dia sekeluarga menaiki pesawat kapal terbang dalam perjalanan ke destinasi percutian.
Ads
Menurut Siti, ia merupakan pengalaman kali pertama anak keduanya, Afwa menaiki pengangkutan di awan biru itu.
“Alhamdulillah, first time bawa Afwa naik flight..good boy ibu.
Ads
“Sepanjang dalam flight, Afwa sleep & mudahkan ibu sampaila dah sampai,” tulisnya.
Sekadar informasi, Siti mendirikan rumah tanga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006.
Ads
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Siti Aafiyah, 3 dan Muhammad Afwa, 7 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed mendedahkan dia sendiri tidak bertanya bila anaknya itu bakal berkongsikan wajah penuh cucu, Muhammad Bilal kepada umum.
Menurut Noor Kartini,56, ada ahli keluarganya yang lain juga setakat ini tidak mempunyai foto Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.
“Saya tidak bertanya mengenai perkara itu. Jujurnya, keluarga terdekat macam sepupu pun tidak dapat lagi foto Bilal. Ada yang minta tapi kami pilih untuk tidak berkongsi.
“Malah saya sendiri pun tidak nak ambil foto cucu semata-mata meski hari-hari melawat Neelofa dan Bilal. Memang dia akan hantar saya foto cucu setiap hari, tapi saya tidak pula bertanya bila dia mahu dedahkan wajah anaknya pada semua,” katanya.
Jelasnya lagi, dia menghormati pendirian isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu yang masih belum mahu berkongsikan wajah anak pertamanya buat tatapan semua.
“Biarlah dia sendiri yang buat keputusan itu, hormati pendiriannya. Malah, kami pun tak tanya apa alasan dia belum berkongsi (wajah Bilal).
“Tapi rasanya kalau tidak bertanya mengenai perkara itu pun, kita sendiri akan faham mengapa. Macam saya pun kadang-kadang ada benda yang mahu bertanya padanya, tetapi tidak mengapalah. Sebab itu ialah kehidupannya,” katanya lagi.
Kartini ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid, di Petaling Jaya pada Khamis.
Berkongsi lanjut mengenai kedaan Neelofa ketika ini, Kartini bersyukur kerana ibu dan anak berada dalam keadaan baik.
“Dia berpantang di hospital seminggu, kemudian meneruskan tempoh tersebut di kediaman keluarga seminggu sebelum kembali ke rumahnya. Lebih selasalah, sebab bagi ibu yang berpantang sudah tentu mahukan keselesaan. Barang kelengkapan bayi pun banyak.
“Meski ada ‘Confinement Lady’ (CL) yang uruskan dia, tapi sebagai ibu saya tetap kongsikan panduan dan ingatkan pada Lofa apa yang perlu dan sebaliknya,” katanya yang menyifatkan Bilal sebagai bayi yang senang untuk dijaga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai seorang usahawan yang dikatakan secara terbuka menyusukan anaknya ditempat awam.
Tindakan usahawan itu nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak.
Antara yang turut sama memberikan respon terhadap isu berkenaan termasuklah penyanyi, Liza Hanim.
Menurut Liza, tidak salah untuk para ibu menyusukan anak mereka dimana-mana sahaja namun, pada masa sama, mereka juga haruslah menjaga adab dan kehormatan sebagai seorang wanita Muslim.
Katanya lagi, dia juga pernah melakukan perkara yang sama tetapi soal penjagaan aurat tetap diberikan keutamaan.
“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak dikhalayak ramai dan ambil gambar.
“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak saya sepenuhnya, saya menyokong usahawan ini di dalam perjalanan menyusu badannya.
“Namun, sebagai seorang saudara di dalam Islam, saya memohon, tolonglah menjaga adab ketika breastfeeding in public. Saya sendiri breastfeed anak saya di mana-mana sahaja.
“Malah, pernah di tepi jalan di Kota Seoul dan ya saya merakam gambar juga. Tetapi kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Siapa Sangka Siapa Menduga itu menerusi sebuah hantaran yangdimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Liza turut menyifatkan teguranya itu bukan sahaja untuk memberi peringatan kepada orang laain tetapi buat dirinya juga.
“Ini bukan masalah saya berhijab atau dia free hair. Either way, jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu.
“Allahuakbar, sedangkan kita menutup dengan sesungguhnya ketika breastfeeding pun dipandang serong, apatah lagi di dalam keadaan yang saya lihat usahawan itu.
“Jaga kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. InsyaAllah berkat usaha kita. Murah rezeki kita. Saya bersuara untuk mengingatkan diri saya sendiri juga,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
“Moga Allah beri dia hidayah. Sedih tengok. Ibarat menjatuhkan taraf seorang wanita dan ibu.
“Terbaik 100% setuju.
“Kita doa moga allah beri hidayah amin amin.
“Semoga sipelaku diberi hidayah. Aamiin. Terima kasih atas teguran,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sehingga kini, entri berkenaan telah pun meraih lebih 6,000 tanda suka selain turut dihujani ratusan komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Liza Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Impian dan hasrat penyanyi Khai Bahar untuk mengadakan konsert solo pertama akhirnya direalisasikan di Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, pada Sabtu.
Menerusi Konsert Nafas Cinta Khai Bahar itu, bintang kelahiran Perlis ini telah menyampaikan sebanyak 17 lagu termasuk dua lagu bersama Adira dan Aina Abdul yang dibawakan secara duet.
Khai yang ditemui media sejurus konsert meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Khai pada masa sama menjelaskan, dia memilih untuk mengambil setiap kritikan yang diberikan terhadap nyanyiannya sebelum ini sebagai persediaan sebelum konsert solo sulungnya itu dilangsungkan.
Ini kerana, ia dilakukan demi memperbaiki diri sekaligus meningkatkan lagi mutu serta kualiti nyanyian supaya bertambah baik.
“Setiap kali selepas saya buat persembahan, apa sahaja kritikan yang orang berikan saya terima. Kalau yang kritik tu kata tidak okey, saya ambil ia sebagai satu kritikan yang membina.
“Misalnya, ada yang tegur cara penyampaian nyanyian saya… yang terkurang atau terlebih pun, sebagai seorang penyanyi saya ambil itu bagi memperbaiki diri,” katanya lagi.
Ditanya tentang perancangan seterusnya, penyanyi berusia 27 tahun ini kini mahu fokus membuat persiapan untuk persembahan lagu duet, Nafas Cinta yang telah tersenarai di antara 12 finalis akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).
Bagaimanapun Khai memaklumkan, setakat ini dia belum berkesempatan melakukan sesi latihan lagu berkenaan di samping Aina Abdul.
“Selepas ini, saya mahu fokus pula kepada persembahan di AJL nanti, untuk buat beberapa persiapan dan persediaan awal. Buat masa ini, susunan muzik untuk lagu sudah ada dan saya pun dah dengar sebelum ni.
“Dari segi latihan pula, kami berdua masih lagi belum mulakan latihan. Sementara konsep persembahan pada malam itu nanti, akan ada elemen fantasi ala-ala macam kartun ‘Disney’, insya-Allah,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Khai Bahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...