“Ira Tak Sabar Nak Jumpa Ayah Lagi,”- Dira Abu Zahar Luah Rasa Rindu Arwah Bapa

Share

Terbaru, pelakon Dira Abu Zahar telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya. 

Menyedihkan, Dira telah berkongsi gambar kubur arwah ayahnya, Allahyarham Abu Zahar Bin Isnin bersama peminatnya. 

“Ayah, Temankan ira selalu. Ayah, Jangan pernah tinggalkan ira ye. .”

“Jujur nya, Ira tak sabar nak jumpa ayah lagi. .

Al Fatihah buat ayah. .#rinduayah#anakayah” tulisnya. 

Lantas, perkongsian Dira itu telah menjadi perhatian netizen lalu titipkan doa buat arwah ayah Dira. 

Terdahulu, arwah ayah Dira telah meninggal dunia pada 12 Julai 2013 akibat penyakit kencing manis dan komplikasi jantung. 

Foto : Instagram Dira Abu Zahar

IKLAN