Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, memerintahkan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof membayar kos kehadiran sebanyak RM200 kepada bekas isterinya, Ira Kazar.
Perkara itu diputuskan oleh Hakim Maizatul Aliza Chee Din pada prosiding yang berlangsung pada jam 3 petang tadi.
Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata pihaknya memohon kos kehadiran sebanyak RM3,000 kerana menyusahkan pihak defendan iaitu Ira dan plaintif (Syamsul) tidak berterus terang kerana wujudnya lafaz taklik di luar mahkamah pada Jun lalu.
“Kes hari ini sudah selesai, hari ini kami hadir untuk tutup terus kes permohonan cerai yang difailkan oleh Syamsul. Kes yang difailkan Ira sudah selesai pada 5 September lalu dan hari ini pihak Syamsul mahu menarik balik permohonan dan memohon kos kehadiran.
“Mahkamah sudah meluluskan dan memerintahkan kos sebanyak RM200 diberikan.
“Pihak kami kesal kerana lafaz cerai telah dibuat pada bulan Jun tetapi tindakan yang dibuat pada bulan Ogos bukan merujuk kepada permohonan lafaz cerai sebaliknya merujuk kepada penceraian biasa.
Ads
“Kerana itu juga kami fail cerai di Kuala Selangor. Sebab itu ramai yang keliru bila ada dua prosiding cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan Kuala Selangor,”katanya kepada MH.
Sementara itu, peguam yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Aris berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan kos kehadiran yang dituntut defendan sebanyak RM3,000 kerana menyifatkan proses perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu menjimatkan masa semua pihak.
“Sepatutnya hari ini pihak kami ingin menarik semula permohonan membabitkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) yang difailkan Syamsul pada 19 Ogos lalu.
“Pihak saya juga sudah memfailkan notis penarikan semula kes yang difailkan. Bagaimanapun Ira yang hadir bersama peguam memohon kos kehadiran sebanyak RM3,000 kepada mahkamah.
Ads
“Bagi saya, apa penting sekarang ini adalah kedua-dua pihak sudah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor untuk menyelesaikan isu pelanggaran taklik pada hari sama dan menerima keputusan itu.
“Jadi kami percaya sedikit sebanyak perkara itu sudah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak,”’katanya.
Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul Yusof terhadap Ira Kazar ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Ads
Lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai yang dilafaz oleh suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat tertentu, maka boleh menyebabkan jatuh talak.
Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib mengesahkan perkara itu selepas Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin selaku plaintif memfailkan lafaz cerai taklik pada 21 Ogos lalu.
Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik dan sekali gus jatuh talak satu.
Pada 19 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.
Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memohon maaf andai tidak mampu memberi respon saat pemergian sahabat baik, arwah Ashraf Sinclair, kongsi Sazzy Falak menerusi Insta Story, sewaktu menerima perkhabaran tersebut, nafasnya seakan terhenti.
Dia seraya mendapatkan suami, Nash Idrus bagi berkongsi berita duka tersebut.
“Saya teringat kembali saat melihat mesej pagi itu dan jantung bagai mahu luruh. Berita yang diterima menyesakkan dada. Saya terus berlari dapatkan Nash, menangis sewaktu menaiki tangga dan tidak mampu berkata apa-apa.
“Saya berikan telefon kepada Nash dan dia membaca mesej tersebut. Dia jatuh terduduk,” jelasnya.
Pasangan ini turut terbang je Jakarta bagi memberikan penghormatan terakhir buat arwah dan menyifatkannya sebagai insan yang cukup baik dan penuh pengertian akan kehidupan.
“Ash sewaktu melihat di luar jendela penerbangan, saya teringat kembali trip perjalanan ke Jakarta pada Mac 2019. Ia menakutkan bagaimana kehidupan boleh berubah sekelip mata.
“Doa saya titipkan kepada Bunga, Pak Mat, Umie, Noah, Aishah, Adam, Yuna dan kepada semua keluarga. Kesakitan yang dilalui sukar digambarkan.
“Saya bersimpati di atas kehilangan. Saya akan memeluk semua dengan erat waktu berjumpa nanti.
“Awak pergi terlalu cepat sahabat. Awak merupakan orang yang akan berikan kepastian jika saya buntu. Awak seorang yang kenal akan diri sendiri, penuh dengan pengertian dan faham bagaimana menyesuaikan diri dengan keadaan.
“Saya tidak tahu bila kesakitan ini akan hilang. Saya harap awak tenang di sana Ash,” tulisnya lagi.
Walaupun luluh hati selepas kehilangan teman rapat, namun Sazzy berbangga melihat pemergian Ashraf dilimpahi dengan kasih sayang dan penuh penghormatan.
“Awak kelihatan damai dan menyenangkan Ash. Semuanya berjalan lancar hari ini dan kami sampai ke sini tanpa sebarang halangan. Semuanya kerana seorang insan yang sangat baik. Awak telah menyentuh hati ramai.
“Hati saya hancur namun dalam masa yang sama, saya bangga kerana kasih sayang yang diterima awak hari ini. Al-Fatihah,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ashraf, 40, menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung.
Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Foto : Instagram Sazzy Falak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak memohon semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung fotonya bersama pengacara, Hawa Rizwana Redzuan yang dimuat naik di laman Instagram pagi tadi.
Menurut Zizan, motifnya memuat naik gambar tersebut adalah untuk memaklumkan mengenai projek drama terkininya bersama Hawa.
“Assalamualaikum, okay Malaysia, oh my god. Saya mahu anda semua bertenang. Mengenai posting saya sebentar tadi, niat saya adalah untuk menguar-uarkan naskah yang akan kami keluarkan,” katanya.
Video penjelasan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Polis Evo itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, projek tersebut bakal menjadi debut pertama Hawa sebagai seorang palakon.
“Ini adalah lakonan pertama Hawa. Tiba-tuba jadi lain pula kisahnya. Disebabkan posting tersebut, orang ingat saya dengan Hawa ada apa-apa. Tidak, bukan itu ceritanya.
“Saya hanya mahu menguar-uarkan tajuk cerita tersebut supaya anda semua boleh nantikan sebab ia akan ditayangkan di televisyen,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Zizan turut merakamkan ucapan terima penghargaannya kepada semua pihak yang menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.
“Rakyat Malaysia kena bertenang ye. Apapun, terima kasih kepda semua pihak yang menyokong saya, Hawa dan industri seni kita. I love you Malaysia,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut sempat berseloroh dengan mengatakan mereka bersetuju dan tiada masalah sekiranya Zizan dan Hawa betul-betul punyai hubungan istimewa.
“Tapi kalau betul pun ada apa-apa pun okay sangat tu. Kasi jadi jelah.
“Kalau ada pun, apa salahnya. Sudah masanya.
“Zan, jika betul jodoh, Alhamdulillah. Sama baik, sama padan.
“Kalau dah jodoh tak ke mana.
“Tak mengapa Abang Zizan. Kalau ada apa-apapun kami sokong je,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, foto Zizan bersama Hawa itu nyata telah menzahirkan rasa teruja dikalangan netizen dan rakan selebriti sehingga posting tersebut dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Jehan Miskin berhadapan dengan detik cemas beberapa hari lalu apabila telefon bimbitnya meletup secara tiba-tiba ketika dia sedang tidur.
Kongsinya menerusi Instagram, insiden itu berlaku selepas dia mengecas telefon pintarnya itu bersebelahan ketika sedang tidur.
Jehan turut berkongsi dua keping foto keadaan telefonnya, sejurus insiden tersebut berlaku.
“So last night my iPhone caught fire while we were sleeping ? Like many of you I charge my phone overnight on the bed next to me. Luckily da wifey woke up from the burning sounds and smell and unplugged the cable while the phone from the inside.
“No more overnight phone charging… Ever! #nasibbaikrambuttakterbakar,” tulisnya.
Lalu perkongsiannya itu turut memberi kesedaran kepada pengikut akan bahawa mengecas telefon yang melebihi had, lebih-lebih lagi sewaktu tidur di tengah malam.
Malah, ada di antara netizen yang turut berkongsi situasi dihadapi Jehan dengan ‘tagged’ rakan masing-masing.
Foto: Instagram Jehan Miskin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Hafiz Suip terpaksa menarik diri daripada menjayakan Konsert MeleTOP TVS pada saat akhir berikutan masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.Perkara tersebut dimaklumkan
pengacara, Nabil Ahmad...