Semalam kalau korang tengok di internet kecoh dengan update, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri telah memberikan surat terbuka kepada pelakon yang sedang mendapat perhatian ramai ketika ini, Iqram Dinzly.

Dihujung kandung isi surat tersebut, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri telah mengajak Iqram untuk bertemu di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk mengenali antara satu sama lain.

Nampaknya surat terbuka Mufti Wilayah Persekutuan ini mendapat respon daripada Iqram yang tampil memberi responnya menerusi akaun Instagram.

IKLAN

Iqram Dinzly Beri Respon Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan

IKLAN

“Kenapa ? Mengapa ? Bagaimana ?

 

“Kenapa orang #Malaysia sukar faham dengan #BahasaMalaysia ? Mengapa #rakyatMalaysia hilang #budibahasa ? Pernahkah terfikir Syurga Neraka milik mutlak Hak Nya Yang Maha Esa.

 

“Ketika hamba diuji mahupun diduga , hanya segelintir jiwa yang sudi bersama . Ada yang lari ada yang pergi , ada langsung tidak nampak muka malah terus mencaci lagu menghina . Namun hamba redha !

“Hamba bersyukor dengan segelintir yang menerima hamba baik burok seadanya dikala hamba derita dalam bahagia , tenang tanpa adanya makhluk berpura – pura.

 

“#papakukembali & tinggallah daku dengan #mamakuiddah4bulan10hari . Salahkah aku berjuang dan berkorban demi manusia yang melahirkan aku ? Salahkah aku memegang amanah manusia raja dalam keluargaku ?

 

“#terimakasih Sahabat – sahabat serta kekanda – kekanda hamba terutamanya keluarga hamba yang FAHAM dengan diriku . #janganbikinkerjatuhan

 

“@bawaabata.merebucks tetap hamba perjuangkan.

 

“Buat Mufti Wilayah @drzulkifli.albakri Yang hamba hormati , hamba mengucapkan bebanyak terima kaseh kerna sudi prihatin dengan apa yang terjadi . Maaf sekiranya hamba menolak untok berjumpa dengan tuan hamba di #kualalumpur untok berkomunikasi . Lebih afdalnya , hamba jemput tuan hamba sudi ke #TalaqqiDinzlyStudio untok mengupas lebih mendalam segala yang terjadi bersama bonda disisi dan fahami lebih situasi yang terjadi . Kerna hamba hormat keputusan bonda yang tidak mahu kemana – mana selagi maseh iddah dan beliau sedang usaha untok bersemangat kerana terlalu rindu terhadap ayahanda hamba , #papakuterlantarlagi.

 

“Harap memahami dan insyaAllah atas izin Illahi ini semua terjadi. #pergilahmatinegativiti

 

“Harap penulisan hamba yang tiada apa – apa lagi marhain hinanya ini disambut baik tanpa rasa diri hamba hebat mahupun bongkak rasa . Besar hati menerima kehadiran Tuan Hamba untok ber #kongsirasadanrahsia bersama bonda hamba & #dinzlyfamily pun jua.

“Sekiranya sudi hamba jemput selepas #newyear nanti , hamba akan personally hubungi Tuan Mufti. ✌?? __ #prinxchiqydinzly | #iqramdinzly

 

“Fidyahkan #Alfatihah buat ayahanda beta mahupun kami #dinzly sekelurga. #pray4iqramdinzly #pray4dinzlyfamily,” tulis Iqram memberi respon terhadap surat terbuka daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

Seperti yang tertulis pada respon Iqram ini, dia mengucapkan terima kasih kepada Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri yang prihatin terhadap dirinya.

IKLAN

Apapun MH sentiasa mendoakan yang baik-baik buat Iqram dan juga seluruh keluarganya.

Sumber: Instagram Iqram Dinzly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI