Selepas mengumumkan jualan tudungnya meningkat hampir 50 peratus selepas mengambil bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh, Datuk Seri Aliff Syukri juga tidak menafikan ibu kepada dua cahaya mata itu merupakan seorang wanita yang baik, tetapi naif dalam masa sama.

Kongsi pengasas kosmetik ini kepada MH lagi, dia bersama isteri Datin Seri Nur Shahida sempat berbual secara rapat dengan wanita berkenaan dan berpeluang untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Tidak mahu mencampuri konflik rumah tangga yang dialami Intan sebelum ini, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu turut menyifatkan Intan sebagai wanita tabah dalam menjalani ujian hidup.

Terdahulu, Intan dilantik sebagai model untuk jenama tudung keluaran salah satu jenamanya selama 6 bulan.

IKLAN

Intan Liana Perlu Tambah Keyakinan Diri, Pesan Datuk Seri Aliff Syukri

“Saya bersama isteri ada berbual dan apa yang boleh saya cakap, saya melihatnya sebagai wanita yang baik dan naif. Dia juga tabah mengharungi ujian. Apa pun, saya taknak lah komen lebih-lebih mengenai kisah rumah tangga yang dihadapinya.

 

“Saya pun tak mahu kacau kisah perkahwinan orang lain dan saya pun bukan sempurna dan enggan menghakimi,” akui Aliff jujur.

Bagaimanapun, Aliff percaya Intan turut mempunyai aura dan potensi. Tingga lagi dia perlu bangkit untuk menguatkan nama seterusnya berusaha untuk mencari rezeki demi anak-anak.

IKLAN

Intan Liana Perlu Tambah Keyakinan Diri, Pesan Datuk Seri Aliff Syukri

IKLAN

“Cabarannya mungkin agak kuat untuk dia. Dia ada aura dan potensi, tetapi terlalu naif. Harap dia boleh besarkan dua anak yang comel itu dengan sempurna, dan kalau diberi peluang dan rezeki saya tidak keberatan jadikan dia duta.

 

Tetapi dia perlu ubah diri dia untuk tambahkan keyakinan diri kerana dia boleh saya katakan terlalu naif,” kongsi Aliff yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya 3 April depan.

Minggu lalu, Aliff ada memuat naik sekeping gambar menerusi Instagram yang memberitahu dia bakal muncul bersama wanita berkenaan menerusi sebuah majalah. Malah, Aliff turut menulis, dia sedang cuba untuk ‘majukan’ Intan.

Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI