Aktres wanita terkenal, Intan Ladyana menyatakan bahawa dia kini memilih untuk tidak bercakap tentang hubungan cintanya kepada umum berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, mengakui bahawa dia serik untuk bersikap terbuka tentang hubungan cinta kerana hubungannya sebelum ini tidak menjadi.

“Saya memilih untuk tidak bercakap mengenai hubungan cinta saya kepada umum kerana sebelum ini saya terlalu terbuka tapi ia tak menjadi, buat saya serik.

 

“Jadi mengenai hubungan cinta saya dengan sesiapa pun sekarang ini, biarlah rahsia.

 

“Bila jodoh saya sudah sampai nanti, saya akan buka mulut juga.

 

“Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk saya,” katanya

Intan, 35, sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta bersama pelakon lelaki terkenal, Kamal Adli namun hubungan mereka terputus di tengah jalan.

IKLAN

Apabila bercerita tentang kerjayanya sebagai seorang pelakon dia berkata setelah dia berehat selama setahun dia kini kembali aktif dan sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama Astro Prima berjudul Semusim Rindu.

IKLAN

“Saya sedang menjalani penggambaran dengan beberapa pelakon termasuk Ben Amir dan Haliza Misbun.

 

“Saya kembali ke set setelah lebih setahun berehat dari lakonan.

 

“Saya terima tawaran drama siri 40 episod ini kerana jalan ceritanya yang menarik kerana ia merupakan adaptasi novel.

 

“Saya baca dan fahamkan novelnya sebelum saya memasuki set.

 

“Watak saya mengisahkan seorang anak yang sering didera dan murung sewaktu kecil dan mencari punca mengapa dia diperlaku begitu apabila dewasa,” ujarnya lagi.

Drama Semusim Rindu ini bakal ditayangkan di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135) bermula 29 Mei ini.

IKLAN

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI