“InsyaAllah Untuk My Future Baby,” – Shila Amzah Dedah Jantina Anak Bakal Lahir, Tulis Lagu Teristimewa Buat Rezeki Zuriat DariNya

Share

Lewat malam tadi, penyanyi Shila Amzah ada berkongsi sedutan lagu yang dinukil teristimewa buat anak pertamanya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Menerusi keratan video berkenaan yang dimuat naik di Instagram itu, penyanyi Patah Seribu ini ada berkongsi kapsyen yang cukup menarik. Tulisnya;

“Dulu abah @ndlalaofficial tulis lagu “budi Dan jasa” utk kami adik beradik. Sekarang sha pulak tulis lagu utk in sha Allah my future baby.

“I just wrote a song for my baby. Jap nak nangis tepi bucu katil,” tulisnya.

Sambil dihujani dengan ucapan tahniah dari para peminat, Shila bersama suami, Haris Idraki Elias sebelum ini turut menganjurkan majlis baby shower seterusnya mengumumkan jantina anak yang bakal lahir.

Malah, pasangan tersebut turut berkongsi video detik pengumuman jantina bayi mereka.

“Alhamdulillah hari ni dah dapat gender baby It’s a? BOY.  ALHAMDULILLAH!! We have found a name just couple of weeks ago..
Semoga #babyS sentiasa jadi Anak yang Soleh.

“Mommy and daddy loves you.Btw Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua,”  kongsi Shila.

Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah diijabkabulkan dengan Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.

Foto:Instagram Shila Amzah

IKLAN