“InsyaAllah Tak Lama Lagi, Akan Lihat Kaabah…,” – Bella Dally Tunai Umrah, Mohon Maaf

Share

Awal semalam, pelakon Bella Dally ada memaklumnya dirinya akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah, tidak lama lagi. Turut sama mengiringi Bella ialah suami,Arif Izuddin.

Khabar gembira tersebut dikongsikan Bella menerusi Instagram.

“InshaAllah tak lama lagi, saya akan melihat kaabah buat pertama kalinya dengan mata saya sendiri.

“Assalamualaikum.. Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan ibadah umrah.

“Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap yang pernah saya lalukan secara sedar atau tidak, perbuatan, percakapan atau apa sahaja yang menyinggung perasaan anda,” tulisnya.

Pada masa sama, dia turut merakamkan ucapan terima kasih atas ingatan serta doa.

“Terima kasih atas semua doa dan nasihat yang diberikan, semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Amin,” kongsi Bella sambil disambut baik para pengikutnya.

Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu. Bagaimanapun, Bella sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Nazim Othman pada 10 September 2016.

Namun keduanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 2 Mei 2018.

Foto: Instagram Bella Dally

IKLAN