Penyanyi Farawahida kini bahagia harmoni melalui kehidupan bersama suami, Zulkifli Alias yang dikahwininya pada 19 Mac tahun lalu.
Menurut Farawahida atau nama sebenarnya, Farawahida Razali, dia memilih untuk tidak terlalu mendedahkan mengenai perpisahan bersama bekas suami terdahulu.
Dia pada masa sama juga enggan membandingkan kehidupan baru dengan yang lama kerana mahu positif dan fokus terhadap kerjaya.
“Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang memahami dan kami mempunyai minat yang sama. Kecuali dia tak minat menyanyi.
“Cuma kepada sesiapa yang mengenali, saya memang jenis yang tidak terlalu berkongsi soal peribadi. Banyak ‘simpan’ sahaja.
Ads
“Malah, sebelum ini (perkahwinan kedua) saya tidak menguar-uarkan sangat kerana saya perlu menjaga privasi keluarga dan keluarga bekas suami,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Disember 2013.
Berkongsi tentang cahaya mata, Farawahida tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki zuriat.
Pelakon dan usahawan, Wak Doyok meluahkan rasa syukur selepas berkesempatan untuk berkongsi rezeki bersama para pesakit dan juga petugas kesihatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Jelas Wak Doyok yang juga merupakan pengusaha jenama SHUSHIWAK, dia bersama para ejennya telah menyediakan sebanyak 20,000 pek shushi untuk disumbangkan kepada pusat tersebut.
“Alhamdulillah syukur team SUSHIWAK dapat berkongsi rezeki dengan pejuang COVID-19 di MAEPS Serdang hari ini.
“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, ejen SUSHIWAK yang telah bertungkus lumus menyiapkan SUSHIWAK sebanyak 20,000 biji,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Wak Doyok turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak pengurusan pusat kuarantin tersebut kerana telah merialisasikan hajatnya itu.
“Tidak lupa juga pihak pengurusan dan semua petugas di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 kerana telah memberi peluang dan kerjasama untuk team SUSHIWAK beramal,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Wak Doyok sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber: Instagram Wak Doyok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior Roy Azman, isteri dan anak bongsunya terselamat daripada kecelakaan jalan raya menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram, hari ini.
Roy turut meluahkan rasa syukur kerana sempat menyelamatkan diri daripada keretanya yang dirakam sedang terbakar.
Menerusi hantaran sama, Roy turut berkongsi keadaan kenderaan yang dipandunya sejurus api dipadamkan.
Penyanyi Ronnie Hussein telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata keduanya semalam.
Berita gembira itu disampaikan penyanyi berkenaan menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya. Ronnie memaklumkan, bayi lelaki comel itu telah selamat dilahirkan isteri tercinta kira-kira jam 2.00 petang semalam.
“Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar!! Alhamdullillah syukur kepada Allah… isteri saya @fizayahya81 telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, anak ke 2 kami petang tadi… terima kasih kepada semua yg telah mendoakan…,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan itu, Instagram Ronnie turut dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat serta rakan selebriti.
Terdahulu, Ronnie dan pasangannya, Hafizah Yahya sudah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Raisya Umairah, 3 tahun. Malah difahamkan, mereka turut mengambil seorang anak angkat perempuan.
Foto: Instagram Ronnie Hussein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...