Bagi yang belum tahu, Gunung Bromo merupakan antara salah satu gunung berapi yang masih lagi aktif yang terletak di Jawa Timur, Indonesia dan sekaligus menjadi menjadi lokasi pilihan buat mereka yang gemarkan aktivivi mendaki gunung, termasuk pendaki dari luar negara.
Bagaimanapun difahamkan ada berlaku beberapa kejadian aneh dan menyeramkan yang dilalui oleh segelintir pendaki dan perkara tersebut memberi ilham kepada syarikat produksi, PIM Pictures untuk menghasilkan filem seram berjudul Kutukan Sembilan Setan.
Penerbit naskhah berkenaan, Agustinus Sitorus memberitahu, pihaknya berminat untuk menerbitkan filem berkenaan setelah mendengar kisah benar seorang pemuda, Very Barus bersama tiga rakannya yang mengalami kejadian mistik ketika mendaki gunung tersebut.
“Apabila diceritakan pengalaman itu, akhirnya kami berbincang dan sepakat untuk menghasilkan filem Kutukan Sembilan Setan.
“Jalan cerita yang dipaparkan dalam filem ini telah diolah menjadi sebuah kisah yang menarik. Namun ia adalah inspirasi kepada kejadian yang dialami sekumpulan remaja tersebut,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Arie selaku pengarah pula menjelaskan, Kutukan Sembilan Setan bukan sekadar filem seram semata-mata.
Sebaliknya, dia cuba untuk menjadi sebuah filem seram yang lebih variasi serta berbeza dengan filem seram yang pernah dihasilkan.
“Selain kisah seram, filem ini turut menerapkan elemen-elemen lain seperti percintaan dan persahabatan serta memaparkan visual keindahangunung Bromo itu sendiri.
“Gandingan barisan pelakon juga begitu mantap dan serasi antara satusama lain. Cuma kami berhadapan cabaran apabila keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.
Ads
Diedarkan syarikat D’ Ayu Pictures untuk pasaran di Malaysia, Kutukan Sembilan Setan telah ditayangkan di pawagam sejak 26 Oktober lalu dan ia merupakan filem sulung yang diedaran syarikat berkenaan untuk pasaran di Malaysia setelah tiga kali menerbitkan filem.
Ketiga-tiga filem yang dihasilkan itu adalah secara usaha sama dengan syarikat produksi di Indonesia.
Malah pihak D’Ayu Pictures turut berhasrat untuk membawa filem karya tempatan ke negara-negara luar selepas ini.
Ads
Kutukan Sembilan Setan mengisahkan tentang Verdy bersama empat rakan iaitu Devon, Sarah, Lia dan Miko yang merancang percutian di sebuah kawasan di gunung Bromo serta menyewa sebuah Villa selama lima hari.
Namun, setibanya mereka di situ, ternyata keadaan Villa berkenaan tidak sama dengan gambar yang diiklankan.
Selain Villa tersebut yang kelihatan aneh dan menyeramkan, mereka turut diganggu dengan kejadian misteri sejak hari pertama menginap.
Filem berkenaan dibintangi barisan pelakon seperti Ajil Ditto, Denira Wiraguna, Frislly Herlind, Fandy Christian, Joshua Suherman, Fadhan Holao dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menganjutkan Tabung Bantuan Khas Palestin melalui Nurjiwa Foundation bersyukur apabila ramai pihak termasuk rakan selebriti sudi menyumbang buat golongan sasaran yang memerlukan.
Menerusi perkongsiannya di Insta Stories hari ini, penyanyi Oda Bumi Ambia itu memuat naik tangkap layar mesej, menyatakan rasa terharu apabila rakan selebriti, Elly Mazlein turut sama menghulurkan sumbangan.
“Assalamualaikum TokTi no syatuuuuuu. Pom mom nak bagi sumbangan duit. Tapi tak banyak, 10k (RM10,000) untuk Palestine,” tulis Elly.
“Syukur alhamdulillah, terharu saya bila rakan artis @iamellymazlein sudi menyumbang untuk G*7*. Semoga bertambah murah rezeki Kak Iti doakan,” balas Siti.
Terdahulu, Siti menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan wakil pihak pengurus sekolah Afwa Al Afiyyah yang berada di Gaza telah menyampaikan sumbangan buat rakyat Palestin.
Siti yang meneruskan dana yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu itu antara lain menjelaskan, usahanya itu bukan mahu menunjuk-nunjuk namun berkongsi dana yang dapat dikumpul melalui yayasan yang diasaskannya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Setakat 18 Oktober, difahamkan Nurjiwa Foundation telah menerima hampir RM500 ribu sumbangan daripada pelbagai pihak.
Sumbangan untuk bantuan khas Palestin ini juga boleh disalurkan ke akaun Yayasan Nurjiwa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian video yang dimuat naik pelakon, Mas Khan pada Ahad nyata menarik perhatian ramai pihak.
Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Mas Khan atau mana sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan dilihat mengenakan pakaian wanita dan rambut palsu berwarna perang.
Penyanyi senior, Ayai Illusi akur apabila perjalanannya di program realiti, All Star Gegar Vaganza (ASGV) terhenti setakat minggu ke-5.
Menurut Ayai atau nama sebenarnya
Zaharuddin Kamaruddin, masalah ear monitor sedikit sebanyak telah menggangu fokusnya untuk memberikan persembahan terbaik.
“Melihat persembahan tadi, saya memang sudah menjangkakan akan tersingkir. Menurut komen Tok Ram, masalah tempo itu memang tiada pengampunan.
“Saya bukannya tak dengar tapi ear monitor saya memang nak tercabut. Bila masuk bahagian chorus, ia tertanggal terus dan bunyinya terus jadi sayup.
“Saya tak salahkan teknikal tapi memang itulah keadaannya. Memang masih ada ear monitor di telinga kanan tapi pendengaran saya kuat di belah kiri. Benda dah memang nak jadi,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Puisi Cinta itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai konsert ASGV yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Jelas Ayai lagi, dia menerima segala kritikan juri dengan hati yang terbuka meskipun ada pihak yang kurang bersetuju dengan penyingkirannya.
“Saya terima segala keputusan seadanya. Juri yang mengadili bukan calang-calang orang. Jadi, apa sahaja markah yang diberikan, saya terima. Saya tak tahu penilaian orang lain.
“Semua peserta yang masuk adalah daripada kalangan juara. Namun, apa yang pernah saya uar-uarkan dahulu, saya tak mampu nak buat usia saya semuda peserta-peserta lain.
“Saya hanya buat yang termampu. Malah, saya juga berasa penat kerana harus ulang alik memandu daripada Johor ke Kuala Lumpur setiap minggu. Tidur pun tak menentu. Memang saya letih,” ujarnya lagi.
Ditanya bagaimana dia mampu kekal tenang dan tidak melatah dengan segala cabaran yang berlaku di ASGV, Ayai menyifatkan segala yang berlaku punyai hikmahnya yang tersendiri.
“Apa yang berlaku adalah kehendak Allah. Kita manusia dan bukan malaikat. Kadang kala kita tak sedar kesilapan kita. Yang mendengar adalah juri.
“Buat apa kita nak mencantas segala kritikan para juri. Mereka lebih arif. Saya tak kisah kritikan walaupun bergelar artis senior.
“Saya bukan lagenda atau popular seperti Datuk Awie, Datuk Nash atau Datuk Amy Search. Saya hanyalah penyanyi yang sekadar memenuhi indusri.
“Allah uji kita sedikit sahaja untuk melihat sama ada kita melatah atau tidak. Saya bersyukur walaupun tak sehebat mana, cita-cita saya dimakbulkan Allah,” akhirinya.
Pada malam tadi, Ayai membawakan lagu Pusara Di Lebuhraya dan berada di kedudukan tercorot dengan markah 53.00%.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...