Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pihaknya akan mendapatkan surat perintah mahkamah sementara pada Isnin ini bagi menghalang pelakon Hafidz Roshdi daripada mendekati isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri sementara siasatan berhubung kes menumbuk mangsa selesai dijalankan.
Menurut Hussein, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan terdahulu pihaknya sudah menahan aktor berkenaan pada kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu ketika Hafidz hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Selangor.
Hafidz bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis sebaik keterangannya diambil pada hari sama.
“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek.
Ads
“Ada kemungkinan polis akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini (Ahad),” katanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Pada 2 Mac lalu, Hafidz didakwa menumbuk wajah Shuhada sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.
Ads
Susulan insiden itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan dan menyebabkan wajahnya mengalami parut kekal.
Ads
Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Malang tak berbau. Pelakon Fasha Sandha terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor selepas mengalami kecederaan di bahagian mata kiriya pada Rabu.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, cedera dipercayai akibat terjatuh ketika menjayakan babak bersama pelakon Azhan Rani.
Menerusi kenyataan yang dibuat pihak pengurusan Fasha di laman Instagram milik aktres tersebut, mata kiri dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam selepas secara tidak sengaja ditolak Azhan bagi menjayakan babak tersebut.
“Kakak (Fasha) mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set pengambaran Anak tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam).
“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di Hospital Pakar di Johor Bahru.
“Mohon jasa baik peminat untuk mendoakan Fasha,” tulis kenyataan tersebut.
Video insiden itu turut dimuat naik yang mana kedengaran suara Azhan memohon maaf dan Fasha dilihat menangis menahan kesakitan.
Dalam kenyataan itu juga mengatakan Fasha akan dipindahkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Meski tarikhnya sama dengan kumpulan wanita popular Korea Selatan iaitu BlackPink, namun Malam Bulan Bintang tidak kurang hangat apabila menerima maklum balas baik daripada peminat.
Malah hasil tinjauan di media sosial, ramai yang memuji penganjuran konsert yang sarat elemen kerohanian.
“Siapa pernah buat konsert sampai lima jam? Bulan Bintang punya konsert boleh buat kebas bontot. Another level!”
“Sound, lighting, semua ons. Rasa berbaloi datang Konsert Malam Bulan Bintang!”
Demikian kata-kata netizen di laman Twitter mengenai Konsert Malam Bulan Bintang yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Perkongsian akaun yang menggunakan nama @twtbiy itu mendapat hampir 2,500 ulang kicau dan 1 juta tontonan di platform Twitter.
Malah, susur masa Twitter dan TikTok turut dibanjiri dengan sedutan persembahan sekitar konsert anjuran jenama fesyen Bulan Bintang yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Selain persembahan daripada barisan penyanyi tempatan dan antarabangsa seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Faizal Tahir, Opick, Sabyan, Alif Satar & The Locos, Raihan dan Salammusik, pentas tengah dengan 360 darjah turut ‘pancing’ perhatian.
Penonton yang hadir memuji elemen Islamik seperti alunan selawat serta tazkirah ringkas yang disampaikan oleh pengacara Amin Idris di dalam konsert terbabit.
Menurut Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, dia berpuas hati kerana dapat menampilkan persembahan, penataan bunyi bersama pentas 360 darjah.
“Ada orang kata Konsert Malam Bulan Bintang semalam ‘harga rahmah, experience mewah.
“Betul kot. Ni memang cerita buat konsert untuk kepuasan sendiri, bukan buat duit punya event. Harap semua yang datang happy!
“Puas hati dapat buat stage and sound ikut spesifikasi sendiri! 360 degrees stage,” tulisnya di laman Twitter.
Tambah Azzim, dia mewakili generasi muda dan komited untuk melakukan yang terbaik dari segenap aspek.
“Aku paling risau bila ramai yang jumpa aku semalam cakap @malambulanbintang ni best sangat, sampai suruh buat lagi untuk tahun-tahun hadapan. Hahaha. Risau diorg ni lupa je @bulanbintanghq ni company jual baju Melayu. Hahaha.
“Malam Bulan Bintang ialah event kedua (selepas @bbtakesthesky) yang memberi signal Bulan Bintang merupakan sebuah syarikat anak muda yang sentiasa mencari benda baru yang fresh, yang tak pernah orang buat, yang tahu keinginan anak muda yang lain.
“Jika dipandang secara menyeluruh, dua event ini merupakan satu simbol yang membawa maksud kami komited untuk put everything that we have just to be the best dalam setiap benda yang kami buat, bukan terhad kepada hanya event tetapi juga kualiti barangan, sales service dan user experience,” tulisnya lagi.
Ada org kata Konsert Malam Bulan Bintang semalam “harga rahmah, experience mewah” 🤣
Betul kot. Ni mmg cite buat konsert utk kepuasan sendiri, bukan buat duit punya event. Harap semua yg dtg happy!
Terdahulu, Azzim tidak gentar merealisasikan Konsert Malam Bulan Bintang meskipun berlaku pertembungan tarikh dan lokasi konsert dengan kumpulan K-pop terkenal dunia, Blackpink World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Kami menerima banyak reaksi daripada peminat Bulan Bintang, penyanyi yang membuat persembahan dan peminat Blackpink ketika kami mengumumkan tarikh dan lokasi konsert yang jatuh pada hari serta tempat yang sama.
“Mereka sudah melakukan perbincangan awal dengan beberapa pihak untuk memastikan perjalanan konsert mega yang menampilkan lapan artis terkenal tanah air termasuk antarabangsa itu berjalan lancar dan terkawal,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusuf tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada jam 9.05 pagi bagi kes sebutan cerai bersama isteri yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Saat tiba di perkarangan, Syamsul sempat memberikan salam dan menyapa pihak media.
“Assalamualaikum, lama tak dengar suara Syamsul kan?,” sapanya ringkas
Bapa kepada dua orang cahaya mata itu hadir bersama wakil peguam lalu meneruskan perjalanan memasuki lif.
Harini ini bakal berlangsungnya kes sebutan cerai bersama isteri, Puteri Sarah.
Terdahulu, Sarah telah menuntut cerai terhadap suaminya itu pada tanggal 16 Januari lalu.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Sekadar informasi, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.