“Inilah Yang Disukai Dajjal,”- Langgar Pendapat Mufti, Ini Respon ‘Pedas’ PU Amin Buat Penggemar PUBG

Share

Penceramah selebriti, Pencetus Ummah Amin meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang terlalu taksub dengan permainan video PUBG sehingga sanggup melanggar pendapat Mufti.

Katanya, kerana permainan video dan perkara lalai, Mufti pun menjadi bahan sindiran.

Rasa kecewa itu diluahkan oleh PU Amin di akaun Instagram miliknya.

“Bila Mufti minta haramkan Pubg ramai yang melantun,ramai keluarkan hujjah dan idea sendiri.

“Ini akibat bila diri dah candu dengan game,MUFTI bagi pendapat kita semua langgar.

“Pasal game,pasal benda lalai,MUFTI pun jadi bahan sindiran. Inilah yang disukai Dajjal,” tulisnya.

Entry tersebut kemudiannya viral apabila menerima hampir 30,000 tanda suka malah turut dihujani lebih 1,000 komen.

Pendapat PU Amin itu ternyata menerima reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial.

Pada pendapat MH, tidak salah untuk kita bermain permainan video tetapi janganlah kita terlalu taksub sehingga boleh mendatangkan kemudaratan.

Sumber: Instagram PU Amin

IKLAN