“Inilah Dunia Saya!,”- Mahu Lupakan Kisah Silam, A.Aida Selesa Isi Masa Di Gim, Rajin Buat Workout!

Share

Penerbit drama, Datuk A.Aida kini tidak mahu menoleh ke belakang dengan perkara yang berlaku ke atas dirinya baru-baru ini.

Justeru, Aida ‘menyibukkan diri’ untuk melakukan aktiviti di gimnasium.

“Today focus high intensity workout and abs

“RAIH segala mimpi-mimpi, jangan pernah takut untuk bermimpi.

“Saya tidak punya masa untuk melayan cerita cerita yang sengaja direka untuk sensasi diri atau ruang publisiti,” tulisnya.

Kongsinya, tempat sedemikian (gimnasium) memberikan kepuasan kepadanya.

“Setiap kali ke gym, ia adalah detik yang memberi kepuasan dan kebahagiaan tersendiri yang sukar dimengerti. .

“Ya,inilah dunia saya, tidak akan pernah ada ruang untuk hal hal yang menyesatkan tumpuan atau minda kepada soal sedih, kecewa atau marah. .

“Kitalah apa yang kita fikirkan. Kurus,sihat dan cantik itu bahagia,” kongsi Aida lagi.

Menerusi ruangan komen pula, netizen telah memberikan kata-kata semangat buat penerbit berusia 49 tahun itu.

 

Sementara itu, menjengah di Instagram bekas suaminya,Ariff Aziz pula dia turut memuat naik status di Insta Storiesnya.

“Tolong jgn laga-lagakan kami. Saya dah move on.. saya doakan yg baik2 utk dia..i have a new life now

“Post2 skrg xde kena mengena with my past life.. pls let me move on . Thank you. Im just a normal person like all of you,”t

ulisnya.

Terdahulu, Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 25 April lalu.

Foto: Instagram A.Aida, Ariff Aziz

IKLAN