Pelakon Shiqin Kamal menerusi Insta Stories ada meluahkan rasa terhadap sikap seorang pelawak yang didakwa telah melakukan ‘body shaming’ terhadapnya.
Malah bintang itu turut berkongsi mesej yang diterima daripada pelawak yang dimaksudkan kepada kira-kira 117,000 pengkutnya di Instgaram.
“Inilah contoh artis Malaysia yang suka body shaming i.
Ads
“Jangan risau aku tak emo pun, cuma aku rasa nak kenalkan kau dekat peminat aku dan hargai usaha kau selama ini,” katanya dengan disusuli emoji senyum.
Sementara itu menerusi muat naik seterusnya, berusia 29 tahun ada menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan individu andai melakukan perkara yang sama, tidak mengira selebriti terkenal atau sebaliknya.
Ads
Shiqin pada masa sama ada mendedahkan, ada juga yang sudah berkahwin turut menyentuh soal fizikal dirinya.
Ads
Terdahulu, Shiqin atau nama sebenarnya, Nur Ashiqin Mohd Kamal memulakan kerjaya seninya kira-kira 10 tahun lalu dan filem Legenda Budak Setan antara naskhah terawal lakonannya yang mencuri perhatian.
Selama enam minggu, program pencarian Ratu Hijabista 2020 kini telah pun memasuki peringkat separuh akhir.
Dengan hanya tinggal empat peserta sahaja lagi, siapakah di antara gadis hijabi ini yang bakal melangkah ke peringkat akhir seterusnya dinobatkan selaku Juara Ratu Hijabista edisi yang pertama.
Sebelum itu, apa kata kita kenali dahulu 4 peserta yang kini masih meneruskan saingan.
1. Mellya
Gadis berasal daripada Klang, Selangor ini memiliki perwatakan yang sangat menarik selain turut aktif menceburkan diri dalam dunia kesukarelawanan.
Pemilik nama lengkap Shamellya Norazizi ini merupakan mahasiwa Ijazah Sarjana Muda Kewangan di UiTM Puncak Alam, dan turut menjawat jawatan sebagai ahli majlis perwakilan pelajar di universitinya.
Selain bergelar model hijabi, Mellya juga aktif menyampaikan suara anak muda. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa dipilih sebagai salah seorang wakil di Majlis Parlimen Belia Malaysia.
2. Fiffy Afrina
Tanam impian untuk menjadi hos rancangan kesihatan dan perubatannya sendiri, gadis berusia 23 tahun ini dilihat sedang berada di landasan terbaik untuk merialisasikan cita-citanya itu.
Berasal daripada Pulau Pinang, Fiffy atau nama sebenarnya Nurfiyanti Afrina Roslan kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP).
Bukan hanya sekadar rupa, Fiffy juga percaya kecantikan diri itu perlu hadir seiring dengan keupayaan intelektual.
3. Qila
Berusia 21 tahun, Qila merupakan peserta termuda yang berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir pencarian Ratu Hijabista 2020.
Gadis yang cukup petah menyusun kata-kata ini merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang Penyiaran di UiTM Shah Alam.
Qila atau nama penuhnya Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman sangat meminati bidang seni persembahan terutamanya lakonan. Oleh itu, Qila murapakan antara pelajar yang sangat aktif melibatkan diri dalam dunia teater di Kolej.
Tidak mahu mensia-siakan peluangnya, Qila memasang niat untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin dan Ratu Hijabista menjadi platform yang tepat untuknya mengasah bakat.
4. Tina Aziz
Gadis yang berasal daripada Purtajaya ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di UiTM Shah Alam. Baru sahaja menamatkan tempoh pelatih dalam kamar sebagai persediaan menjadi pengamal undang-undang, kurang beberapa bulan sahaja lagi, Tina akan sah bergelar sebagai peguam.
Pemilik nama lengkap Qistina Sofia Abdul Aziz merupakan seorang yang tidak pernah patah semangat meskipun pernah beberapa kali mencuba nasib menyertai beberapa program pencarian bakat sebelum ini.
Gadis hijabi berusia 24 tahun ini memegang prinsip bahawa segala kebaikan yang mendatang adalah disebabkan adanya usaha yang tinggi.
Hanya tinggal selangkah sahaja lagi, empat peserta ini sudah pasti akan memberikan yang terbaik bagi melayakkan diri untuk mara ke peringkat akhir yang akan dipancarkan secara langsung pada 30 September depan.
Episod separuh akhir Ratu Hijabista 2020 yang dihoskan oleh Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim akan bersiaran pada malam ini (Rabu) jam 9.00 malam ekslusif di Astro Prima (125) dan Prima HD (105).
Penyanyi Nizam Laksamana, ada berkongsi kisah sewaktu menjalani tempoh kuarantin di rumah sebaik sahaja tiba dari Kota Kinabalu awal minggu lalu.
Menurut Nizam, sepanjang berada di Sabah, dia amat menitik beratkan mengenai soal prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
“23 hari bulan saya ke Sabah atas urusan kerja hakiki. Saya dengar ada kes disana namun belum lagi PKPDB. Selama saya disana saya cukup jaga SOP.
“Sentiasa memakai mask, cek suhu badan, sentiasa sanitise tangan, mandi yang kerap & saya jaga penjarakan. Tiap kali selesai nyanyi saya terus balik ke hotel dan terus mandi.
“Ke mana mana pun saya akan ambil bacaan suhu badan. Selama saya disana bacaan suhu tidak pernah melebihi 36.7.
“Semalam balik Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu, sampai KLIA2 jam 12:10 malam semua penumpang diarah masuk ke tempat menunggu untuk saringan Covid 19,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Ketika ini, Nizam difahamkan sedang ditempatkan di sebuah bilik yang berasingan daripada keluarganya di rumah
“Sebaik azan subuh berkumandang (kiralah berapa lama kami menunggu) barulah dapat buat saringan.
“Sampel diambil menerusi tekak dan hidung. Kami di beri penerangan proses kuarantin di rumah dan kami diberi pakai gelang pink untuk tempoh 14 hari.
“Bermakna tidak boleh keluar rumah selama tempoh itu. Jika keputusan saringan pertama negatif maka kana buat lagi saringan ke dua di klinik berhampiran.
“Kiranya keputusan negatif untuk saringan kedua itu barulah sah negatif Covid 19.
“Tetapi kiranya keputusan Positif maka bersedialah untuk ambulan datang kerumah dan akan dibawa ke hospital utk rawatan lanjut. Begitulah prosesnya.
“Sampai di rumah semalam isteri sudah sediakan bilik untuk saya. Kerana pihak KKM kata saya mesti jaga tiada sebarang sentuhan selama kuarantin di rumah dan saya mesti pakai mask.
“Makanya sekarang saya sedang bermula proses kuarantin dirumah( sama je macam menteri-menteri yang kena kuarantin tu),” kongsinya.
Meski ujian saringan peringkat awal COVID-19 dilaporkan negatif, Nizam turut berharap agar kesihatannya kekal l berada di tahap yang terbaik.
“Saya telah laksanakan kewajipan saya untuk menjaga orang-orang tersayang dan kawan-kawan yang diluar sana kerana saya ada rasa tanggungjawab. Saya berdoa agar semua keputusan yang bakal saya terima nanti negatif.
“Namun jika sebaliknya, saya redha untuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Setakat dari tarikh 23 hari bulan hingga ke tarikh 28 hari bulan ini alhamdulillah saya sihat dan harap sihat ini berterusan inshaAllah,” katanya lagi.
Meski ada yang kurang senang melihat Nizam memenuhi jemputan nyanyian di Sabah, penyanyi tersebut punya alasannya yang tersendiri.
“Namun pada yang marah-marah dan bertanya ‘ dah tahu sana ada kes kenapa pergi juga…ini jawapan ikhlas saya :
“Atas meja saya perlu pastikan ada makanan kerana saya tidak mahu meminta-minta. InshaAllah Allah tahu niat saya,” tulisnya.
Sumber: Instagram Nizam Laksmana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah ada menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir bapanya, Badioezaman Ab. Khalik yang ke-56.
Menurut Mira, meskipun bapanya merupakan seorang yang pendiam tetapi dia memiliki caranya yang tersendiri untuk menunjukkan rasa kasih dan sayangnya terhadap anak-anak.
“Abah merupakan seorang lelaki yang unik. Walaupun Abah tidak bercakap banyak, tetapi dia mempunyai caranya yang tersendiri untuk meluahkan rasa kasih dan sayangnya.
“Terima kasih untuk segala kasih dan sayang yang telah abah lempahkan sejak 2 April 1993 Abah. Mira sayang Abah sangat-sangat. Abah tiada penggantinya.
“Selamat ulang tahun yang ke-56 cinta pertamaku. Semoga setiap detik, saat dan hari dilindungi oleh-Nya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Mira turut dilihat ada berkongsi perbualan Whatsapp yang memaparkan teguran bapanya terhadap cara pemakaiannya satu ketika dulu.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Bidadari Kiriman Syurga itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut mengambil kesempatan tersebut untuk menitipkan ucapan hari lahir buat bapa Mira.
Sumber: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi tampil memberikan reaksinya bila ada pihak yang mengkritik dan merendahkan barisan artis yang membuat persembahan di mana-mana acara food festival.