Nasihat dan panduan yang cukup berguna buat semua, Yana Samsudin telah berkongsi tip untuk mengukur tahap tidur. Tulisnya di ruangan kapsyen, setiap mimpi yang nyenyak haruslah disertai dengan mimpi.
“Assalamualaikum… Doktor pesan, nak tahu kita nyenyak tidur ataupun tidak.
“Kita mesti ada mengalami mimpi.
“Mimpi itu indah sebab kita boleh jadi macam macam dan nampak macam macam yang kita tak pernah terfikirkan.
“Nampak pokok bercahaya , berenang, terbang dan macam macam lagi tanpa had!!! .
“So jangan segan segan nak bermimpi…Kerana mimpi itu kayu ukur kita tidur nyenyak .
“Kalau kita tidur nyenyak esok pagi kita bangun dari tidur dengan badan yang segar! Muka pun berseri seri!“
Tulisnya lagi, waktu tidur yang terbaik adalah pada jam 10.00 malam kerana tubuh akan merembeskan hormone Melatonin yang mengurangkan risiko nyanyuk, menyah toksin dan antioksidan.
“Tidur yang cukup adalah kunci kesihatan yang utama.
“Tidur seawal jam 10malam kerana ketika jam 10 malam hingga ke 2 pagi badan kita akan merembeskan hormon yang dipanggil Melatonin.
“Melatonin bertindak untuk mengurangkan risiko nyanyuk, antioksidan , membaiki sel sel badan kita yang rosak semasa kita tidur dan menyahkan toksin dalam otak.
“So kalau nak jaga otak, jaga badan kenalah tidur awal dan cukup! ? .
“Sebab tu orang tua tua selalu kata “Biar Tak Cukup Makan, jangan tak cukup tidur!” .
“Yang lewat lewat tu mesti main handphone sebelum tidur kan…. so malam ni cadang nak tidur jam berapa?”
Semakin bulat dan comel. Itu yang dapat diungkap apabila menatap foto Adithya Jabbar iaitu permata hati kesayangan gitaris, Rody Kristal dan penjaga gol kebangsaan Niena Azman.
Genap tiga bulan pada hari ini, Adithya dilihat semakin membesar dengan sihat dan baik.
Jadi, jom lihat transformasi Adithya yang dilahirkan secara normal ini.
Pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga minggu lalu, Nelydia Senrose awal semalam ada memberikan dedikasi kepada rakan wanita yang menjadi ‘gadis dulang’ sewaktu majlis perkahwinannya baru-baru ini.
Nely yang kini bergelar isteri kepada usahawan, Hafez Halimi menerusi Instagram turut memaklumkan, mereka yang mengiringinya sebagai bridesmaids merupakan ahli keluarganya sendiri.
“My dulang girls. Alhamdulillah, Nely dikelilingi wanita-wanita yang cantik, caring dan loving sepanjang hidup Nely and the best part is mereka semua ni my family. Thank you girls for being so helpful and setuju to be my bridesmaids.
“Syukur Alhamdulillah. Mereka semua cantik berbaju kurung modern yang di reka khas oleh Nely sendiri from scratch, meaning dari melukis corak and pemilihan fabric sebelum print pada kain,” tulisnya.
Pada masa sama, Nely juga menyatakan rasa sayang terhadap mereka.
“Soooo, hanya 11 orang ni je ada baju kain ni in this world ?. Love that I have for you girls ni lain macam ? but I couldn’t have done it without you @impianbynelydia,” akhirinya.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya