Berita

“Ini Takdir, Kena Terima Hakikat…,” – Kaka Azraff & Suami Sah Cerai Talak Dua, Sudah Cuba Selamatkan Perkahwinan

Share

Penyanyi Kaka Azraff reda apabila rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff kini sudah berakhir selepas mereka sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Memetik laporan Mstar, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff menyifatkan segala yang berlaku ini sebagai pengajaran di dalam hidupnya.

“Ya benar. Perceraian itu berlaku semalam. Talak dua pada pukul 9 pagi.

“Saya terima ini sebagai satu pengajaran dalam hidup,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Bukan Hal Aku ini percaya perceraian ini sebagai jalan terbaik selepas usaha untuk menyelamatkan perkahwinan menemui jalan buntu.

“Inilah hidup. Ia mengajar kita untuk cuba buat yang terbaik. Kami sudah cuba buat yang terbaik tetapi ia tidak menyebelahi apa yang kita impikan.

“Rasa puas untuk mencuba itu sudah cukup. Sekurang-kurangnya kami sudah mencuba. Ini bukan nak salahkan sesiapa, ini takdir dan terima hakikat.

“Sekarang teruskan perjalan hidup dengan tiga cahaya mata,” kongsinya lagi.

Cabaran Bergelar Ibu Tunggal

Mengakui cabaran bergelar ibu tunggal, Kaka memaklumkan dirinya akan cuba sehabis baik untuk membesarkan ketiga-tiga anaknya itu.

“Ibu saya besarkan saya sebagai ibu tunggal . Tapi bercerai mati. Bukan mudah, tapi inilah kehidupan.

“Saya ambil sebagai pengajaran untuk perbaiki diri menjadi lebih baik,” luahnya.

Untuk rekod, Kaka sebelum ini pernah bercerai pada 28 Oktober 2024, namun kembali rujuk pada awal tahun 2025 iaitu ketika masih dalam tempoh idah.

Sekadar informasi, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, Aryan dan Atta Adam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Mstar & Instagram Kaka Azraff

Published by
Aizam Manaf