Categories: Berita

“Ini Soal Nyawa, Minta Bahas Hari Ini, – Yana Setuju, Mohon Mereka Berpotensi Kosongkan Rumah Secepat Mungkin

Share

Berkongsi perbahasan YB Tuan Hassan Abdul Karim ahli Parlimen Pasir Gudang, Yana Samsudin menyatakan sokongan di atas mempercepatkan bantuan ke atas mangsa sekitar Pasir Gudang, Johor yang terlibat dengan pencemaran kimia di Sungai Kim Kim.

Ulasnya, penduduk di Pasir Gudang harus mengosongkan rumah secepat mungkin.

“Saya setuju! Mohon cepat kan… kesian penduduk di sana ?

“Mungkin tindakan paling cepat ialah semua orang kosongkan lah rumah masing masing secepat yang mungkin.. .

“Apa pun banyak bantuan yang dah tiba hari ini daripada pakar pakar. Semoga Allah permudah urusan. Innalillahwainalilahirojiun… #PrayForPasirGudang.”

Malah ada juga netizen yang menyatakan menyatakan pendirian bahawa tindakan tidak mengisytiharkan darurat menyebabkan mereka sukar cuti dan bertindak.

Semoga semuanya dapat diuruskan dengan baik demi kesejahteraan bersama.

Foto – Instagram Yana Samsudin

 

IKLAN