Siapa yang tidak mengenali penerbit dan pengacara rancangan masakan Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly.
Baru-baru ini isteri kepada pengarah Azman Hj Yahya atau Jinggo itu telah memuat satu video menerusi akaun Instagram miliknya .
Apa yang menarik, rakaman video tersebut telah memaparkan adegan kelakar Sheila bersama pelakon tampan, Nazim Othman.
“Bukan semua visual boleh keluar tv..tapi boleh kluar youtube.. subscribe now!! Youtube Sheila Rusly #ketukketukramadan #musimterakhir#musimke15 #jspictures#sentiasabersyukur #alhamdulillah”tulisnya.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Kemudian, adegan perbualan mereka berdua telah menjadi perhatian netizen kerana berasa kelakar melihat gelagat keduanya.
“Kita goreng dulu burung kita, alaa burung kita. Sis terlepas cakap kita goreng dulu burung kita…Eh tak boleh kita keluar TV bulan ramadan…Nasib baik saya cakap kita goreng dulu burung kita, daripada saya cakap kita goreng dulu burung dia?”kata Sheila.
Siapa tidak teruja apabila bertemu penceramah wanita tersohor Dato Dr Fatma El Zahra.
Menurut Azrinaz Mazhar Hakim, Fatma terlebih dahulu akan menyapa dirinya setiap kali bertemu.
Menggunakan peluang yang ada untuk menambah ilmu, ulas bekas personaliti televisyen ini, dia mendalami erti bersyukur dan bahagia bersama individu berkenaan.
“Dato Dr Fatma El Zahra. I have so much respect for her and will never miss her tazkirah.
“And for a person that so prominent like her and much older, she always recognizes me and will be the first to say hi everytime we met but of course I will make a point to go after her first with no hesitance.
“Today learning ✍? from Ustazah Fatma #tazkirah: –
• Kalau bersyukur, jangan salah guna ? ? ??& ?Kerana organ ini semua menjadi saksi pada hari kiamat
“Few things to make you happy:
• Mix with people with good deeds/akhlak (Habluminannnas)
• Never get angry because kemarahan itu dari Syaitan ?
• Good muslim never care anything which is not related to him
• If you do something bad, be repentant quickly and Istighfar ?sebelum hati tutup
• One way to be in Jannah, love your husband for the sake of Allah
“The most important thing you need to focus is ‘What You Have To Bring Back To Your Grave?’.”
Penyanyi yang bakal muncul menerusi single Mencuba, Sufian Suhaimi berjaya membuatkan netizen terhibur apabila bintang berusia 27 tahun ini tampil sahut cabaran radio Era apabila dia perlu menghubungi kembali bekas teman wanita dengan hanya mengucapkan ‘sorry’ sahaja.
Lalu, penyanyi berkenaan dilihat berjaya sahut cabaran yang diberikan meski pada awalnya dia kelihatan sedikit gelabah dan gementar apabila perlu menghubungi bekas teman wanitanya.
Gelagat Sufian nyata meninggalkan reaksi pelbagai menerusi komen yang ditinggalkan netizen menerusi saluran YouTube Era.
Bagaimanapun, identiti bekas teman wanita Sufian tidak pula didedahkan.
Foto: YouTube Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Ramai org takut nak mengaku tak bahagia….malu mungkin …sggup tipu diri sendiri…..Bahagia sebenar bukan di luaran or di instagram tp di dalam…,” tulisnya.
Lalu, perkongsian Rita mendapat reaksi pelbagai tetapi rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diperkatakan ibu tunggal kepada dua cahayamata itu.
Dalam perkembangan lain, bintang ini sibuk di lokasi penggambaran telemovie, Mak Nak Peluk Boleh arahan Rashid Sibir.
Selepas sembilan minggu bersaing, teka-teki mengenai siapakah pasangan artis dan pengurus yang berjaya melangkah ke konsert Grand Finale Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) akhirnya terjawab.