Aplikasi sosial, Twitter dianggap sebagai antara platform terbaik untuk berinteraksi menerusi media sosial, selain Facebook dan Instagram. Meski Twitter tidaklah sepopular dua aplikasi berkenaan di negara ini, namun bintang popular dunia tetap menjadikannya sebagai medium untuk ‘updates’ aktiviti seni mereka kepada peminat.

Jadi ini dia, lima figura popular dunia yang mempunyai pengikut paling ramai di Twitter, mengikut FreindorFollow.

1.Katy Perry (109 juta pengikut)

Ini Selebriti Yang Punya Followers Paling Ramai Di Twitter!

Bintang pop yang khabarnya sudah bernikah secara rahsia dengan aktor Orlando Bloom, Katy Perry berada dalam senarai teratas individu yang memiliki paling ramai pengikut di Twitter. Perry boleh dikatakan sebagai antara selebriti yang cukup aktif di aplikasi tersebut, jadi tidak hairanlah sekiranya akaun penyanyi berkenaan mempunyai bilangan pengikut kian meningkat dari semasa ke semasa.

2. Justin Bieber (106 juta pengikut)

IKLAN

Ini Selebriti Yang Punya Followers Paling Ramai Di Twitter!

Selepas Perry, penyanyi kedua yang mempunyai bilangan pengkut paling ramai di Twitter ialah Justin Bieber. Selain kisah peribadi yang sering memancing perhatian ramai, aktiviti seninya yang rancak turut membuatkan bintang yang cukup popular menerusi lagu Sorry ini berjaya mengumpul followers yang ramai di aplikasi tersebut. Apa yang pasti, kebanyakan pengikut Bieber di Twitter terdiri daripada gadis remaja yang menggilainya

3. Rihanna (86 juta pengikut)

Ini Selebriti Yang Punya Followers Paling Ramai Di Twitter!

IKLAN

Selepas bekas presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang memiliki pengikut teramai, ia seterusnya diikuti penyanyi kelahiran Barbados, Rihanna. Jika penyanyi ini sering kali memuat naik gambar sensasinya di Instagram, dia turut melakukan hal sama di laman twitter miliknya, @rihanna.

4. Taylor Swift (86 juta pengikut)

Ini Selebriti Yang Punya Followers Paling Ramai Di Twitter!

IKLAN

Menggunakan akaun @taylorswift13, penyanyi yang kini hangat diperkatakan selepas muncul dengan muzik video terbaru, Delicate, Taylor Swift juga tidak kurang hebatnya adalah berjaya mengumpul lebih puluhan juta pengikut di Twitter, sama seperti Rihanna. Tidak dinafikan, ledakan album barunya yang turut menjadi tular di seluruh dunia turut menyumbang kepada peningkatan pengikutnya secara mendadak.

5. Lady Gaga (78 juta pengikut)

Ini Selebriti Yang Punya Followers Paling Ramai Di Twitter!

Penyanyi sensasi, Lady Gaga memintas kedudukan pengacara, Ellen DeGeneres untuk berada di antara top 5 selebriti yang mempunyai pengikut teramai di Twitter. Mempunyai lebih 78 juta pengikut, penyanyi yang muncul menerusi album berjudul Joanne lebih dua tahun lalu itu turut memberi info mengenai siri konsert jelajah dan aktiviti seninya yang lain di aplikasi berkenaan.

Dalam lima senarai ni, korang follow siapa?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI