Bagi ‘hantu wayang’, sudah pasti korang sudah atau pun tidak sabar untuk menonton sebuah filem muzikal mega, The Greatest Showman yang menampilkan pelakon kacak, Zac Efron.

Setelah sekian lama iaitu lebih 10 tahun aktor asal California, Amerika Syarikat tidak berlakon di dalam mana-mana produksi genre muzikal, kali ini hero badan sasa itu kembali beraksi menerusi sebuah filem muzikal berkenaan.

Berbeza dengan siri filem The High School Musical, The Greatest Showman memaparkan sisinya yang lebih dewasa dan matang. Apatah lagi, filem hebat ini turut dibarisi belakon berkaliber, Hugh Jackman dan Michelle Williams.

Ini Sebab Selepas 10 Tahun, Zac Efron Kembali Berlakon Filem Muzikal

IKLAN

Mengulas mengenai penglibatannya di dalam filem berkenaan, Zac mengakui cukup teruja untuk kembali menyanyi dan berlakon pada masa sama, selain dapat bekerjasama dengan para pelakon yang turut menjadi idolanya.

“Sudah tentu ini merupakan antara pengalaman manis. Dapat menjayakan sesuatu yang sudah lama tidak dilakukan, tetapi dalam situasi yang begitu berbeza. Saya bertuah kerana berpeluang berlakon dengan pelakon senior yang sukses,” katanya seperti yang dipetik menerusi sebuah temu bual.

Kongsinya lagi, antara faktor lain yang turut mendorongnya untuk terlibat di dalam filem tersebut adalah kerana pengarah dan mesej yang ingin disampikan.

IKLAN

“Ada beberapa faktor utama menyebabkan saya setuju untuk terlibat sama dalam filem ini selain para pelakonnya. Saya cukup kagumi pengarah (Michael Gracey) dan makna besar di sebalik The Greatest Showman. Zendaya juga berikan komitmen terbaik dan apakah yang lebih bernilai selain dapat sampaikan mesej yang penting kepada penonton,” kongsi Zac.

Ini Sebab Selepas 10 Tahun, Zac Efron Kembali Berlakon Filem Muzikal

IKLAN

The Greatest Showman diilhamkan daripada sebuh kisah benar mengisahkan P.T Barnum, lakonan Jackman ketika mencipta sarkas tiga gelanggang, Ringling Bros dan Barnum & Bailey Circus yang menjadikannya sebagai seorang penghibur terkenal.

Selain sukses dalam kerjaya, dia turut mengalami beberapa konflik dalam hidup. Antaranya obsesi terhadap Jenny Lind (Rebecca Ferguson) iaitu seorang penyanyi yang turut digelar Swedish Nightingale.

Okay, jom kita usha pula beberapa trivia mengenai pelakon ini.

  • Kerjayanya bermula sekitar awal tahun 2000 apabila berpeluang memegang watak ekstra untuk beberapa program televisyen popular seperti ER dan The Guardian.
  • Kemuncak popularitinya diraih pada 2006 apabila siri The High School Musical menjadi kegilaan penonton remaja. Malah, album soundtrack untuk siri berkenaan juga pernah direkodkan sebagai album paling laris di Amerika Syarikat.
  • Tahun lalu, Zac turut memenangi anugerah Choice Comedy Movie Actor di Anugerah Teen Choice menerusi filem Baywatch
  • Terkini, aktor tersebut khabarnya memberi bayangan akan memegang watak pembunuh bersiri, Ted Bundy di dalam filem akan datang. Menguatkan lagi berita tersebut, beberapa gambar kandid Zac yang menyimpan kumis persis pembunuh bersiri berkenaan dirakam lensa paparazzi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI