Gara-gara viral beberapa keping gambar pelakon lelaki bertatu di badan, Salah seorang pendakwah Da’I Wan Dazrin Wan Din telah tampil kehadapan menjelaskan apakah hukum bertatu walaupun hanya sementara.

Walaupun semua sedia maklum tentang tatu yang dipakai itu hanya bersifat sementara dan diperbuat dari inai bukan dakwat kekal, menurut Wan, perbuatan itu tidak seharusnya dilakukan.

Kerana lelaki diharamkan mengenakan sebarang corak lukisan di badan walaupun ia menggunakan inai.

IKLAN

Mana kala perempuan pula tiada masalah selagi ia tidak mengandungi imej binatang dan lucah kerana ia diangap sebagai hiasan.

IKLAN

“Perempuan dibenarkan mengenakan inai dengan corak bunga yang sea-akan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah. Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.

 

“Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dalam Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke 157- ‘Hukum lelaki memakai inai’, beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu ia tidak dibenarkan,” jelasnya kepada mStar Online.

Dengan penjelasan ini, MH rasa baik selebriti mahupun orang biasa haruslah mengambil berat dan tahu.

IKLAN

Jadi mungkin selepas ini korang semua boleh lebih berhati-hati dalam perkara seperti ini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI