Penyanyi, Faizal Tahir menzahirkan rasa syukur selepas program anjurannya Faith4Palestine telah berjaya mengumpul wang dana berjumlah RM43,806.21 dalam masa satu hari.
Keseluruhan wang tersebut akan disumbangkan bagi membantu mangsa perang di negara bergolak Palestin memerusi pertubuhan Cinta Gaza Malaysia.
Menurut Faizal, meskipun program ini dirancang dalam waktu yang amat singkat, namun, dia tetap teruja kerana segalanya berjalan dengan lancar.
“Showcase ini dibuat secara bidan terjun. Bahasa mudahnya, kita langgar sahaja. Alhamdulillah, sambutannya memang di luar jangkaan.
“Program seperti ini seharusnya dirancang berbulan-bulan bukan hanya dua minggu. Hotel pun berikan kita guna dewan mereka hari ini sahaja.
“Apa lagi yang saya boleh buat, kalau posting di media sosial, ramai yang boleh buat. Sedangkan saya boleh buat lebih daripada itu.
“Jadi, dapat mengumpul dana sebanyak itu dalam masa sehari merupakan pencapaian yang sangat baik bukan untuk saya tapi buat mereka yang hadir membantu menjayakan program ini,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sampai Syurga itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai showcase yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Damansara pada Ahad.
Ads
Turut hadir pada showcase hari ini termasuklah rakan penyanyi, Syamel dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Menerusi acara ini, Faizal juga telah melelong barangan pribadi dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM15,022.99.
Antara barangan yang dibuka untuk bidaan adalah jaket kulit, dua buah gitar, dua trofi Anugerah Juara Lagu (AJL) dan kasut.
Ads
Ditanya adakah dia ralat untuk melepaskan barangan tersebut, ini respon yang diberikan Faizal;
“Sejujurnya saya tidak menyesal. Kalau ikutkan, nak lelong banyak lagi tapi masa tak mengizinkan. Setidaknya saya ada barang lagi untuk program akan datang.
“Lima barang yang saya lepaskan ini memang dekat di hati dan kerjaya saya. Piala yang saya lepaskan itu adalah trofi AJL bagi lagu Asslamualaikum.
“Agak sedikit berat nak lepaskan sebab itu kali terakhir saya masuk AJL. Bila nak bagi sesuatu, khususnya buat Palestin, saya nak bagi yang terbaik.
“Saya tak nak bagi barang yang kurang saya sayang. Ini satu latihan untuk saya melembutkan hati bagi melepaskan sesuatu yang saya sayang dan menjadi lebih bersyukur,” ujarnya lagi.
Ads
Selain itu, Faizal turut menjual 47 koleksi figura aksi miliknya dan berjaya mengutip jualan berjumlah RM2,000.
Sementara itu, hasil kutipan tiket pula adalah RM25,437.22.
Selain persembahan akustik daripada Faizal, Syamel juga turut tidak ketinggalan untuk mempersembahkan beberapa buah lagu berentak ketuhanan.
“Muzik adalah sesuatu yang sentiasa orang cari. Inilah masanya untuk gunakan bakat dan kreativiti untuk buat kebaikan.
“Sebagai artis kita kena gunakan segala yang ada untuk ke arah manfaat. Semoga ia menjadi kebaikan buat semua,” jelasnya.
Lebih istimewa, Faizal turut mempersembahkan lagu Syahadah bersama enam orang anaknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tiga minggu sebelum bersalin anak kedua, pelakon Yana Samsudin memaklumkan dirinya mengalami masalah Hemoglobin rendah dan terpaksa melakukan rawatan memasukan multivitamin secara drip bagi memastikan ia kembali kepada bacaan normal.
Perkara tersebut dijelaskan Yana menerusi satu kapsyen pada hantaran di Instagram.
Tambahnya lagi, ia terjadi berkemungkinan kerana cara pengambilan suplemen yang kurang betul.
“Pada awal pregnancy iron (Zat Besi) yana terlalu tinggi.. tiba tiba dah hujung2 #3weeksBeforeDue ni Iron rendah & HB low 9.9.
“So yana ambik drip Multivitamin utk boostkan Vit D & Iron, alhamdulillah maintain semula. Drip adalah alternatif paling cepat nak naikkan terus masuk dalam badan sebab dah nak due. (Result boleh baca after 2 weeks).
“Selama ni memang makan Multi vitamin tapi tak perasan sebab mungkin makan ubat cara yang salah. Ia telah menghalang Vitamin tu serap dalam darah.
“So korang kalau dalam medication atau ambil supplement, please jarakkan minuman berkafein macam Teh & Kopi atau susu lebih kurang 2jam sebelum & selepas makan ubat, moga bermanfaat,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon, Zul Arrifin berkongsi foto-foto ‘training’ yang dimulakan awal minggu ini bagi mendapatkan kembali tubuh badan sadonya itu.
Kisahnya, Zul mengakui bahawa disebabkan kesibukan kerja, dia tidak begitu menjaga pemakanan dan sering ‘skip’ untuk berlatih di gim namun itu semua bakal berubah apabila dia kini kembali mengamalkan insentif ‘training’ bagi mendapatkan kembali tubuh badan terdahulunya.
“After a year of working, not eating right-junk food, bad food (a lot of it obviously), not sleeping right, skipping the gym, wasting my time and all of that, there is no one to blame but myself.
“But all of that stop today. Today is the first day of the start of my training, 2-3 times a day, everyday, over the next couple of month.
“Yes, I’ve got a couple of projects lined up but it is not really about that. It is about getting myself ready and being always ready for whatever comes, becoming healthier and doing what I enjoy.
“Today, I felt like a fatboy running around the ring, but that’s not how it’s gonna be in 4 weeks! To all of you who are trying to reach your physical and mental goals out there- lets start making it happen.
“Human bodies are not madeto sit around, but made to move. Torture your body before it torture you! Let’s do this!,” tulisnya.
Pelakon dan ushawan, Rebecca Nur Al Islam Ahmad hari ini bersyukur dan gembira kerana telah pun selesai majlis tazkirah dan sesi mengislamkan salah seorang pembantu rumah ibunya yang dikenali sebagai Merry.
Becca memuat naik beberapa keping foto dan video sekitar majlis.
“Alhamdulillah Seperti biasa InsyaAllah Setiap pagi Jumaat pasti Umah Mummy becca Ramai Orang Sempena #tazkirahumahbecca.
“Tapi Jumaat Pagi Ni #01022019 Special Sikit, Di sebabkan After Tazkirah Mummy becca Buat Majlis utk Maid/Helper Mummy becca MERRY akan DI ISLAM kan Hari Ni.
“Ya Allah Ya Rab,Syukur ke Atas Mu ,Kami Semua Mendapat Saudara Islam Baru Pada Pagi Jumaat Yg Penuh Barokah ini,” tulisnya menerusi salah satu posting.
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Katy Perry mencetuskan kontroversi selepas memfailkan tuntutan balas bernilai kira-kira AS$6 juta (RM27.7 juta) terhadap lelaki berusia 85 tahun, Carl...