Selepas lima tahun sejak pelancaran single Hati Mati pada 2020 lalu, penyanyi yang pernah diperkenalkan menerusi Akademi Fantasia, Ahmad Azizi Mohamed atau Azizi, kembali menerusi single raya terbaharu berjudul Raya Pop.
Lain daripada yang lain, Raya Pop tampil dengan pendekatan segar menerusi konsep ‘modern Broadway’ yang menggabungkan elemen joget bersama susunan muzik kontemporari yang ceria dan bertenaga.
Lagu ini bukan sahaja membawakan kemeriahan Aidilfitri, malah menawarkan pengalaman muzik yang penuh warna serta semangat kebersamaan.
Lama menyepi, Azizi mengakui tempoh tersebut dimanfaatkan untuk memperbaiki kelemahan diri dalam pelbagai aspek selain memberi fokus kepada kehidupan peribadi dan keluarga.
Malah Azizi menyifatkan lagu ini juga langkah permulaan kepada perancangan seni yang lebih aktif selepas ini.
Ads
Langkah Baharu Dalam Seni
Tambahnya lagi Azizi, ‘Raya Pop’ bukan sekadar simbol kembalinya beliau dalam industri muzik.
“Lagu ini juga merupakan inspirasi kegembiraan anakanda tersayang dan kanak-kanak yang menjadi penyeri aidilfitri tidak kira dimana mereka berada agar penuh warna, tawa dan kasih sayang”. jelasnya.
Single ini merupakan hasil ciptaan komposer Aus K dengan lirik oleh The, yang menghasilkan karya bermelodi mudah diingati serta lirik menggambarkan kegembiraan, kasih sayang dan kemeriahan suasana raya bersama keluarga dan sahabat handai.
Ads
“Saya berharap ‘Raya Pop’ dapat menceriakan suasana Aidilfitri dan menjadi lagu yang dekat di hati pendengar.
“Ini adalah langkah baharu dalam perjalanan seni saya, dan saya sangat bersyukur dapat kembali berkongsi karya dengan semua,” katanya lagi
Raya Pop sudah dilancarkan sejak 27 Februari 2026 lalu, menandakan fasa baharu buat Azizi dalam industri muzik tanah air bersama pendekatan lebih matang namun tetap meraikan kegembiraan Aidilfitri.
Ads
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Isteri pertama kepada pempengaruh, Ahmad Aslam iaitu Umisya Mazlan tampil mempertahankan diri selepas mendakwa turut terkena tempias berhubung isu rumah tangga antara suaminya bersama isteri kedua, Marissa Dania Hakim.
Menurut Umisya, dia sebenarnya tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga suami bersama isteri keduanya.
Namun begitu, dia terpanggil untuk mempertahankan maruah diri, anak-anak serta keluarganya susulan pelbagai tuduhan yang dilemparkan.
“Saya sama sekali dah serik dan tak nak masuk campur dengan hal peribadi isu rumah tangga suami saya dengan pihak sana.
“Tapi setelah banyak sangat fitnah dan kata-kata hinaan yang saya, keluarga dan anak-anak saya kena, sehinggakan saya yang tidak patut dipersalahkan sama sekali bahkan anak saya yang masih kecil dan tidak berdosa dalam hal ini, terkena tempias juga,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Umisya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Selasa.
Dalam masa sama, Umisya turut menjelaskan sebab dia masih mahu mengekalkan perkahwinannya bersama Aslam meskipun berdepan pelbagai ujian.
Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata, dia menjelaskan pelbagai usaha telah dilakukan bagi menghalang suaminya daripada meneruskan hasrat untuk berkahwin kali kedua.
Namun, usaha tersebut tidak berjaya kerana mendakwa wujudnya desakan daripada pihak lain.
“Semasa kejadian hubungan mereka sebelum kawin, segala usaha block contact dan tukar nombor telefon telah dilakukan oleh Aslam, tetapi pihak sana cuba sedaya upaya untuk mencari dan memujuk bagi mengekalkan hubungan mereka.
“Bahkan mesej mak mertua saya untuk mengatakan hasrat dihatinya ketika itu.
“Selepas saya mendapati mereka berkahwin pada awalnya, saya membantah sekerasnya dan ingin bercerai sama sekali, tapi dihalang oleh keluarga mertua saya dan diminta untuk berjumpa kaunselor dan penasihat sebelum saya membuat keputusan,” dedahnya lagi.
Umisya turut mengakui, dia akhirnya berlapang dada dan memberi peluang kepada suaminya untuk memperbetulkan keadaan, selain cuba menerima hakikat kehidupan berpoligami demi anak-anak.
“Oleh sebab itu, saya cuba yang terbaik, demi anak-anak saya yang mana saya masih memandang kebaikan yang dibuat oleh suami saya ketika menjadi suami.
“Disebabkan itu, saya memberikan peluang dengan cuba untuk menerima poligami ini.
“Pertama, untuk Aslam rasa bebanan tanggungjawab sebagai ayah yang masih bertanggungjawab kepada anak-anak kecil, dan juga untuk dia sebagai isteri kedua ataupun mak tiri kepada anak-anak saya yang ingin menerima poligami ini.
“Sepanjang poligami, Aslam sebagai suami telah menjalankan tanggungjawabnya dan saya bersama keluarga menjadi saksi macam mana proses memperbaiki diri dalam memperbetulkan rumahtangga kami.
“Selebihnya tentang rumah tangga yang lain, saya tidak masuk campur. Tapi untuk saya dan anak-anak alhamdulillah semuanya digalas dengan baik dan sewajarnya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Umisya turut mendedahkan dia terpaksa berfikir panjang untuk berpisah, lebih-lebih mengenangkan anak-anak yang masih kecil.
“Saya juga salah seorang anak perempuan yang membesar tanpa figura lelaki sepanjang kehidupan saya 27 tahun hidup.
“Saya juga anak perempuan yang dulunya menjadi saksi kisah mak saya yang hampir sama dengan apa yang jadi di dalam hidup saya, bahkan lebih lagi yang mak saya lalui, dan alhamdulillah saya meletakkan martabat sesama wanita itu sangat tinggi dalam kehidupan saya.
“Perbuatan yang salah saya sama sekali tidak akan sokong atau menegakkan benang yang basah. Kerana tahu batas dan hukum islam. Insya-Allah,” kongsinya.
Untuk rekod, Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada tahun 2020. Pasangan ini pernah berpisah pada September 2023 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, 5, Nuh, 4, dan Haya, setahun.
Sebelum ini, pasangan tersebut menjadi perhatian ramai selepas Aslam disahkan berkahwin dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada Disember 2023, sekali gus menjadikan Umisya sebagai isteri pertama dalam perkahwinan poligami tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Umisya Mazlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini, P-Circle bersama Nuansa Sdn Bhd menampilkan sebuah drama vertikal berjudul My Ramadan Love Story yang mengangkat kisah cinta sederhana tetapi sarat dengan nilai kemanusiaan serta keikhlasan.
Penerbit Nuansa, Jaya Julian, berkata idea menghasilkan drama tersebut tercetus daripada detik-detik kecil dalam kehidupan masyarakat tempatan yang sering berlaku sepanjang Ramadan.
“Bulan puasa adalah waktu untuk seseorang memperlahankan langkah, merenung diri serta menjadi lebih peka terhadap hati dan niat.
“Drama ini diilhamkan daripada detik-detik sederhana yang berlaku sepanjang Ramadan, seperti interaksi ringkas di masjid atau sekecil momen berkongsi kurma ketika berbuka puasa.
“Detik seperti ini mampu menyentuh hati dan merapatkan hubungan antara manusia,” katanya.
Drama ini juga menjadi sebahagian daripada usaha P-Circle untuk memperkasa penghasilan kandungan original tempatan yang lebih segar serta relevan dengan penonton masa kini.
Tambah Julian, keunikan My Ramadan Love Story turut terletak pada pendekatan penceritaan yang lebih tenang berbanding kebanyakan drama Ramadan yang lazimnya menumpukan konflik besar atau emosi dramatik.
“Dalam drama ini, cerita berkembang melalui detik-detik kecil yang penuh makna seperti pandangan mata, kesunyian dan perasaan yang disimpan.
“Ia mengetengahkan satu bentuk cinta yang jarang dipaparkan di layar, iaitu cinta yang berkembang dengan penuh batas, disiplin dan rasa hormat.
“Kami berharap karya ini dapat menyentuh hati penonton kerana kisah yang dibawakan dekat dengan kehidupan ramai orang.
“Khususnya mengenai kesabaran, menjaga batas dalam hubungan serta kepercayaan bahawa setiap perkara berlaku pada waktunya,” katanya lagi.
My Ramadan Love Story arahan Osman Ali, dibintangi Ezzanie Jasny, Muaz Zabir, Fara Nadiah, Wan Raja, Amanda Naza, dan Jazmy Juma.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melancarkan secara rasmi filem pendek Aidilfitri 2026 berjudul ‘Tak Terjawab’.
Walaupun filem ini menyampaikan naratif yang menyentuh perasaan tentang kehilangan dan pencarian hidayah, ia juga berfungsi sebagai refleksi halus namun bermakna terhadap misi PETRA yang lebih luas untuk negara.
Filem ini dibintangi oleh pelakon popular iaitu Anna Jobling, Julia Farhana dan Muhsin Nadzli.
Kemuncak penerbitan ini adalah penampilan istimewa Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Haji Fadillah Haji Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Di sebalik kisah yang menyentuh hati, ‘Tak Terjawab’ disulam dengan seruan tersirat untuk lebih prihatin dalam cara kita menjalani kehidupan.
Melalui detik-detik harian yang dipaparkan dalam filem ini daripada tindakan keprihatinan yang tenang kepada babak kehidupan bermasyarakat, naratifnya dikongsikan secara halus dengan mengetengahkan kepentingan pilihan gaya hidup yang lestari dan peka terhadap tenaga.
Produksi ini menyatukan tokoh-tokoh kepimpinan dan agensi utama dalam ekosistem PETRA, mencerminkan komitmen keseluruhan kementerian dalam memajukan amalan kelestarian.
Kehadiran mereka bukan sekadar simbolik; ia memperkukuh usaha berterusan PETRA untuk menyemai nilai penjimatan tenaga dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pendekatan yang dekat di hati dan bermakna.
Penglibatan agensi seperti Indah Water Konsortium (IWK) dan wakil kementerian lain turut mempamerkan peranan dinamik serta saling berkaitan yang dimainkan oleh entiti-entiti ini dalam melaksanakan misi PETRA.
Filem ini membuktikan bagaimana dasar, penglibatan komuniti, dan tindakan seharian bersatu untuk membentuk masa depan Malaysia yang lebih lestari.
Apa yang turut mencuri perhatian ialah bakat lakonan yang mengagumkan daripada para pegawai yang terlibat.
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, yang muncul sebagai tunjang emosi di akhir cerita, memberikan persembahan yang penuh keikhlasan dan kehangatan.
Begitu juga dengan Timbalan Menteri (YBTM) YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Ketua Setiausaha (KSU) YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam, yang beralih ke watak masing-masing dengan lancar.
Mengulas mengenai hala tuju kreatif, penulis skrip filem tersebut, Ayu Syuhara, menyifatkan naskhah ini mampumemberi kesan tersendiri kepada penonton.
“Ia adalah kisah tentang jiwa manusia, tetapi ia juga mengenai tanggungjawab kolektif kita terhadap alam sekitar dan sumber yang kita kongsi bersama.
“Dengan menampilkan kepimpinan kami dalam watak-watak yang dekat dengan masyarakat, kami berharap dapat merapatkan jurang antara dasar kerajaan dengan isi rumah di Malaysia, menjadikan kehidupan peka tenaga sebagai sebahagian semula jadi daripada nilai harian kita,” katanya.
‘Tak Terjawab’ kini boleh ditonton di saluran rasmi YouTube, Facebook, dan Instagram PETRA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dramatis Laila Nasir tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terharu apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang...