Ini Lagu Raya Paling Usik Emosi!

Hari Raya kian tiba dan seiring dengan tradisi, orang ramai yang membeli-belah pasti dihidangkan dengan lagu-lagu Aidilfitri.

Lagu yang tidak lapuk dek zaman ini digemari oleh rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.
Meski ada lagu raya baru, ada juga yang masih masih ‘tak lengkap’ kalau tak dihidangkan dengan lagu raya lama yang malar segar. Ibaratnya, ia mengundang nostalgia.

Jadi, lagu mana yang akan bangkitkan keceriaan di Aidilfitri ini nanti?

1. Sesuci lebaran – Dato’ Siti Nurhaliza
Lagu ini adalah antara lagu era baru yang masih lagi diterima oleh semua lapisan kerana melodinya yang sangat ‘catchy’ dan lirik yang mudah untuk dihafal.

2. Warna-warni Aidilfitri – Hattan , Shima, Amy Mastura, Erra Fazira & Artis Warner Music
Lagu rancak ini menggambarkan suasana sambutan Aidilfitri yang sangat meriah dengan kunjungan sanak-saudara dan tetamu.

IKLAN

3. Dato’ Sudirman – Balik Kampung 
Siapa tidak hafal lagu ini? Malah kanak-kanak juga tahu lagu paling wajib dimainkan bila menjelangnya Raya. Melodi yang rancak serta lirik yang indah membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya tak sabar pulang ke kampunng halaman.

4. Selamat Hari Raya – Allayarhamah Puan Sri Saloma

‘Minta mak, kuih sepotong. Saya mahu makan kerna perut kosong’

Potongan lirik yang pasti mengimbau kenangan sejak kecil. Lagu yang mula berkumandang di radio sejak tahun 60an ini merupakan lagu klasik yang wajib dimainkan ketika menyambut Aidilfitri.

IKLAN

5. Suasana Hari Raya – Anuar Zain & Ellina
Walaupun dinyanyikan oleh dua orang penyanyi cilik ketika itu, lagu ini menggabungkan elemen suasana hari raya dari perspektif kanak-kanak. Siapa sangka Anuar Zain pada masa itu akan menjadi dirinya seperti sekarang.

Jadi, untuk kamu yang ingin pulang ke kampung halaman, jangan lupa berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung nanti ya!