Kecoh semalam mengenai isu kucing betina yang sedang bunting dibunuh dengan kejam menggunakan mesih basuh.

Susulan itu, ramai selebriti meluahkan rasa kesal dan marah mereka berkaitan perkara itu. Antara yang lantang bersuara adalah pelakon, Adam Corrie.

“Saya dan bidadari sy pencinta kucing, smlm Isteri saya tak boleh tidur malam menangis serta trauma tertengok video kucing bunting kena seksa di letakkan di dlm dryer dobi.

 

“Emosinya sgt tergannggu. Kita atas dunia ni, bkn kita manusia sahaja yang tinggal dan hidup.. Ada makhluk lain lagi yang hidup bersama-sama kita.

 

“Semoga kita semua tanamkan sifat kasih sayang sesama kita manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan mahupon yang bukan bernyawa seperti harta benda.

 

“Senyum selalu, Selalu bersangka baik, InsyaAllah hati tenang,” tulisnya.

Sementara itu, bagi pelakon Raja Ema pula, dia meminta agar kematian haiwan malang itu dibela.

IKLAN

“Nyawa binatang tiada harga ? Sila tangkap & beri hukuman sekeras keras nya… Hukuman berat untuk penganiaya/ pembunuh binatang.. Di bunuh tanpa peri kemanusiaan.

 

“Mereka tiada suara & perlu pembelaan. Mula2 kucing pas tu orang,” tulisnya pula.

https://www.instagram.com/p/Bno51I0hmoD/?taken-by=rajaema

Turut menuntut pembelaan adalah penyanyi, Dafi.

IKLAN

“Kes kucing kena bunuh kt dobi tkde perkembangan ke? Cmon..takkan sbb binatang so pandang remeh? Pihak yang berkenaan say something at least please. Ke dh respond td sy tk tau?

 

“So sekarang ni musim syaitan berkumpul kt area dobi ke? Korang semua berhati-hati pls kalau pi buat dobi. Elakkan gi mlm2 or time2 yg tk ramai org la kot. Take care guys. Jgn selalu fikir “alah takkan la..takde apa la..”..benda kalau nk jadi..selalunya time2 paling tk dijangka la

 

“The problem with the world is…just because humans dikurniakan akal..we think we simply do as we wish…mcm we own the world & species2 lain ni cm tk penting je.

 

“Binatang ke manusia ke..sama je sakit ttp sakit! Nyawa ttp nyawa! At least kita manusia boleh bercakap mengadu sakit tu. Depa? Jangan la feeling. In the end of the day kita semua berkongsi ruang di atas bumi ALLAH ni. Sama je hak kita utk ada kat sini.

 

“Ingat eh..binatang apa pon…anjing & babi sekali pn..tpt diaorg dh tentu di syurga tau akhirat nnt! Kita manusia ni tk tentu lagi. So kalau rs darjat kita lg tinggi dr diaorg…ye ke? Dunia mungkin nampak mcm la walaupon tk sebenarnya. Tp yg selamanya akhirat nnt,” luahnya geram.

Ini Komen Selebriti Isu Sumbat Kucing Bunting Dalam Mesin Pengering

IKLAN

Ini Komen Selebriti Isu Sumbat Kucing Bunting Dalam Mesin Pengering

Semalam, tular di media sosial mengenai video dua individu melakukan perbuatan kejam terhadap seekor kucing betina yang sedang bunting iaitu memasukkan haiwan itu kedalam mesin pengering. Insiden meragut nyawa kucing tersebut.

Foto: Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI