Pelakon Ruhainies berkongsi kenangan ketika hari pertama di set penggambaran drama terbaru lakonannya, Cukup Derita Itu yang kini sedang bersiaran mengisi slot Samarinda TV3.
Menerusi video salah satu babak drama karya Siti Rosmizah arahan Along Kamaludin itu, Ruhainies mendedahkan ia merupakan adengan pertama penggambaran dan mengakui berdebar kerana melakonkan babak bersama Jasmin Hamid.
“I still remember. This scene was the first day and first scene for Ellani kat set drama #cukupderitaitu. Roh Ellani belum meresap dalam jiwa.
“Yela, first day masuk set terus buat scene episode 16 dulu. Nervous pulak tu first scene pulak dengan kak @jasminhamidjh.
Ads
“Momentum belum dapat, tapi Alhamdulillah everything went well,” tulisnya.
Ruhainies turut memuat naik video babaknya bersama hero, Hisyam Hamid.
Cukup Derita Itu ditayangkan pada Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam, turut menampilkan pelakon hebat lain Didie Alias, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Foto: Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rapper meningkat naik, Abubakarxli mendedahkan dia tidak kisah atau terasa hati sekiranya ada pihak yang melabelkannya dirinya sebagai ‘mat rempit’ berdasarkan soal penampilan yang dibawa.
Jelas Abu, setiap negara mempunyai budaya mereka yang tersendiri dan dia juga sebenarnya tidak kisah dengan tanggapan orang lain terhadap dirinya.
“Saya memang tak nafikan memang ada orang yang melabelkan saya begitu. Pada pendapat saya, mana-mana negara pun akan ‘culture’ mereka yang tersendiri.
“Seperti di UK mereka ada budaya mereka seperti mengenakan ‘sportswear’. Dekat US mungkin tiada ‘mat rempit’ sebab mereka lebih kepada superbike,” katanya kepada MH.
Reaksi tersebut dikongsikan Abu sewaktu sidang media single terbarunya bersama Shalma Eliana berjudul Naik yang dijalankan secara virtual, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia sendiri tidak pernah terbayang untuk membawa imej sebagai ‘mat rempit’ kerana dia menyifatkan dirinya lebih selesa menjadi dirinya sendiri.
“Tapi terserah kepada semua orang untuk menilai saya macam mana. Sebenarnya saya tak pernah terbayang pun nak bawa imej atau budaya rempit itu sendiri.
“Tapi kalau itu yang orang pandang atau gambarkan, saya okay sahaja. Mungkin itu dah jadi sebahagian daripada budaya remaja ketika ini.
“Cuma jangan gunakan budaya tersebut ke jalan yang salah. Saya sebenarnya tak kisah pun orang nak cakap apa,” jelasnya lagi.
Bercakap mengenai lagu Naik, Abu mendedahkan karya ini sebenarnya menceritakan mengenai jatuh bangun yang dihadapi oleh rakyat terutamanya ketika detik sukar ini.
“Dalam kehidupan ini, kita ada fasa jatuh dan bangun. Adakalanya kita berasa murung dan amat memerlukan semangat yang lebih. Saya buat lagu ini ketika PKP dan PKPB, ketika ramai mengeluh hilang kerja dan tiada pendapatan, saya terdetik untuk buat lagu.
“Saya harap ramai orang akan boleh ‘relate’ dengan lagu ini. Dengan keadaan yang sangat mencabar ketika ini, tak semua orang boleh hidup senang dekat luar sana.
“Apa yang cuba saya sampaikan di sini, mereka tidak berseorangan masih ada orang-orang di luar sana yang mengambil berat mengenai diri kita,” katanya lagi.
Muzik video single berkenaan sudah pun ditonton lebih 45,000 kali selepas seminggu ia dilancarkan di YouTube.
Foto: Instagram Abubakarxli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil membalas kritikan yang diberikan seorang individu mengenai hasil masakannya, baru-baru ini.
Menurut individu berkenaan, dia menyifatkan kek biskut batik hasilan cef selebriti tersebut sebagai yang paling tidak sedap pernah dirasanya.
Tidak melatah, Fazley bagaimanapun menerima komen dan kritikan tersebut dengan hati terbuka, seterusnya cuba untuk memperbaiki kelemahannya selepas ini.
“Saya tersenyum sendiri melihat insan hebat seperti Saudara @fazleyjalal berkongsi screen capture kata-kata “Fak Faazley Yaacob” dengan kritikan konstruktif tentang recipe saya.
“Syukur Alhamdulilah, kerana insan sehebat beliau sudi berkongsi dengan khalayak.
“Ramai yang screen-capture mengatakan bahawa sebagai “influencer” beliau tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian. Ramai juga yang forward kepada saya menyatakan “Melayu tak boleh tengok Melayu lain lebih”
“Beginilah, saya yakin beliau berniat baik. Mungkin itu adalah cara beliau untuk menegur saya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut,
“Mungkin juga ianya cara beliau untuk mempromosikan produk tempatan untuk support saya, mungkin juga ianya cara beliau untuk bergurau dengan teman2 beliau. Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob turut berkongsi perihal prinsip yang diamalkan sebagai seorang cef atau tukang masak.
“Saya, seperti dia, gemar memasak. Saya, seperti dia, gemar mencuba resipi-resipi baharu. Saya, seperti dia, gemar merakam video memasak. Dan saya, seperti dia gemar makanan.
“Tetapi saya juga berpegang kepada prinsip saling sokong menyokong semua yang dalam industri yang sama. Saya bekerjasama dengan semua tak kira jenama besar atau yang tiada jenama
“Sebab saya percaya dalam rezeki saya sebagai seorang tukang masak, ada rezeki orang lain juga, baik dari segi pembekal, pembungkus, penghantar, pembeli dan semua yang terkait dari titik A ke titik Z dalam proses penjualan makanan.
“Saya sendiri agak segan untuk mengkritik hasil air tangan orang lain di media sosial. Kerana semua ada citarasa masing-masing kan? Malahan saya sendiri pun masih jauh perjalanan dan banyak yang saya sedang pelajari.
“Prinsip saya tak suka tak apa. Tak sedap tak apa. Biar orang ramai yang bagi pendapat sendiri. Asalkan saya tidak berkongsi apa2 yang boleh melukakan hati sesama tukang masak atau baker,” tulisnya.
Pada masa sama, Fazley turut menitipkan ucapan terima kasih individu berkenaan kerana telah memberikan komen yang jujur mengenai produk makanannya.
“Terima kasih buat Fazley Jalal dan rakan2 beliau! Semoga kita semua kekal berusaha mencari rezeki yang halal di era pendamik yang sangat mencabar! Fazley Jalal, I’m your fan! I love your videos and will continue supporting you,” tulisnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fazley kini menjalankan projek usaha sama dengan Starbucks Malaysia.
Antara menu yang diperkenalkan termasuk Eclairs Daging Salai Lemak Cili Api, Roti Kerak Gula Melaka, Roti Kerak Pandan, Kek Biskut Batik dan Kek Kuih Ketayap Inti Kelapa Gula Melaka.
Foto: Instagram Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Happy birthday Papa,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Lalu, para peminat tidak melepaskan peluang turut memberikan ucapan dan ada di antara mereka yang bergurau, memanggil Faizal sebagai Roy, iaitu watak yang dibawanya menerusi filem Gila-Gila Remaja (1986).
Foto: Instagram Suhaila Sulaiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.