Pelakon, Nad Zainal mendedahkan anak pertamanya, Fahad Ibrahim kini memiliki hobi baru iaitu menangkap serangga seperti semut dan labah-labah.

Di samping berkongsi satu rakaman video yang memaparkan gelagat anak lelakinya itu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memberitahu Fahad memiliki hobi baru tersebut gara-gara bosan duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan.

“Kesian… Tak Dapat Keluar Rumah,” – Akibat ‘Lockdown’, Nad Zainal Seloroh Anak Ada Hobi Baru, Tangkap Serangga Seperti Semut & Labah-Labah “Kesian… Tak Dapat Keluar Rumah,” – Akibat ‘Lockdown’, Nad Zainal Seloroh Anak Ada Hobi Baru, Tangkap Serangga Seperti Semut & Labah-Labah

“BERTUAH PUNYA SPIDER!!” Hahahahahahahah!!!!!!!!kesian.. tak dapat keluar rumah, hobi baru dia tangkap semut and spider @namasayafahadibrahim,” tulisnya secara seloroh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Fahad yang kelihatan sangat comel.

“Cara dia bercakap tu matured…mcm orang besar cakap,” tulis seorang warganet.

“Alahai comelnyeee,” puji seorang warganet yang lain.

IKLAN

“Mcm anak sy abis binatang dlm umah ni mati,” kongsi salah seorang peminat.

Terdahulu, Nad telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Falid Amiruddin pada tanggal 18 Disember 2015.

IKLAN

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung yang bernana Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.

Nad telah selamat melahirkan Budi Kalsom secara normal di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 30 Mac lalu.

“Kesian… Tak Dapat Keluar Rumah,” – Akibat ‘Lockdown’, Nad Zainal Seloroh Anak Ada Hobi Baru, Tangkap Serangga Seperti Semut & Labah-Labah “Kesian… Tak Dapat Keluar Rumah,” – Akibat ‘Lockdown’, Nad Zainal Seloroh Anak Ada Hobi Baru, Tangkap Serangga Seperti Semut & Labah-Labah “Kesian… Tak Dapat Keluar Rumah,” – Akibat ‘Lockdown’, Nad Zainal Seloroh Anak Ada Hobi Baru, Tangkap Serangga Seperti Semut & Labah-Labah

Foto: Instagram Nad Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI