Pelakon Jasmine Suraya Chin tidak menafikan akan keinginannya untuk mengetahui lanjut mengenai Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Malah, keberadaannya di majlis ilmu Hijrah Cinta yang dianjurkan Neelofa baru-baru ini, menurutnya kehadiran itu sebenarnya dibuat secara senyap-senyap.

Jasmine,33, menerusi Harian Metro bagaimanapun menjelaskan, ia adalah suatu perkara yang bersifat peribadi.

“Secara jujurnya, ini boleh dikatakan sebuah perjalanan yang cukup peribadi untuk saya. Hakikatnya, saya kalau boleh nak simpan hal untuk peribadi saja. Saya pun tak berani nak kecoh sangat.

“Apa boleh saya kata, saya ingin tahu sejak beberapa tahun ini. Saya pun melalui isu peribadi dan jemputan itu datang tanpa disangka. Seorang kawan ajak saya kerana dia tahu saya tertanya-tanya dan mahu tahu lebih lanjut.

“Saya ingin tahu sebab mahu dapatkan kepastian. Apabila kita tiada pegangan, banyak hal dirasakan seperti tak stabil. Mungkin asal-usul saya agak bercelaru dan tidak seimbang, itu yang saya rasa,” katanya.

IKLAN

Pada awal, dia fikir ia berkisar topik cinta dan dia pun tak bercinta dengan siapa-siapa. Namun, rakannya memberitahu Hijrah Cinta berkaitan kisah nabi.

“Saya rasa ia cukup menarik dan saya pergi. Menariknya, beberapa kisah yang ustazah kongsi ketika itu sangat berkaitan dengan diri saya.

“Sebenarnya saya tak nak orang tahu saya pergi. Sepanjang majlis pun saya pakai pelitup muka dan ramai tidak cam meskipun ramai sebenarnya kawan saya hadir ketika itu. Saya pun tak berani nak tegur mereka. Saya enggan tonjolkan diri,” katanya lagi.

IKLAN

Jasmine pada masa sama terharu apabila kawan yang cam dirinya mengalu-alukan kehadirannya.

“Sangat menggembirakan juga apabila Neelofa alu-alukan saya dan minta saya kongsi kalau ada apa-apa termasuk persoalan. Ia satu perasaan yang cukup tenang.

“Ada perkara yang dikongsi ustazah juga cukup menyentuh saya. Saya tak pernah percaya mengenai sebarang petunjuk. Tapi saya bertanya kepada kawan, adakah itu satu petunjuk?” katanya.

IKLAN

Terdahulu, Neelofa mengadakan majlis tersebut khas buat selebriti dan penggiat seni wanita. Selain Jasmine, antara rakan artis yang lihat turut hadir ialah Ika Nabella, Zulin Aziz, Izara Aishah, Kaka Azraff, Amyra Rosli dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI