Baru-baru ini, isu mengenai kadar bayaran yang dikenakan para pendakwah bebas masa kini menjadi antara topik hangat yang diperkatakan di media sosial.

Ada mendakwa segelintir pendakwah mengenakan bayaran mencecah lima angka berdasarkan populariti dan reputasi sekiranya diundang untuk menghadiri majlis ilmu.

Mengulas mengenai isu tersebut, pelakon dan pengacara yang kini bergelar pendakwah bebas, Shamsul Ghau Ghau mempunyai pandangan yang berbeza.

“Ingat Kita Ni Makan Pasir?” – Pernah Terima RM50 Sekali Ceramah, Shamsul Ghau Ghau Kena Jual Kerepek Sebab…

Menurut Shamsul, bayaran yang dikenakan terhadap pendakwah ada kalanya disekat disebabkan tanggapan segelintir pihak yang merasakan usaha dakwah ini harus dilakukan dengan ikhlas semata.

“Nak dapat duit banyak, sudah tentulah bekerja dalam bidang seni. Nak lagi banyak, jadilah ahli politik atau orang bisnes.

“Namun, apabila berkecimpung di dalam bidang dakwah, mula-mula dahulu memang saya akan minta bayaran bila dapat jemputan ceramah. Kadang kala orang kita ini macam tak faham.

IKLAN

“Mereka ingat saya ni makan pasir ke? Bila tak letak harga, lain pula jadi. Padahal wang tersebut bukan milik mereka pun. Ia merupakan duit jemaah atau masjid,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Shamsul atau lebih mesra disapa Pak Su berharap agar semua pihak dapat membuka mata dan lebih menghargai usaha para pendakwah demi menyampaikan ilmu.

“Ingat Kita Ni Makan Pasir?” – Pernah Terima RM50 Sekali Ceramah, Shamsul Ghau Ghau Kena Jual Kerepek Sebab…

“Apa salahnya letak bayaran setimpal. Ada kalanya pendakwah ini perlu buat sesuatu untuk menampung kos perjalanan. Macam saya, saya jual kerepek di majlis ilmu. Dibuatnya dapat RM50, apa saya nak buat?

IKLAN

“Situasi ini pernah terjadi. Kalau ikutkan, duit minyak, tol dan penat lelah pun tak lepas. Saya ada pembantu peribadi untuk tolong saya bila penat memandu. Kalau dapat RM50, berapa nak bagi dekat dia?

“Mereka ingat buat kerja tuhan ini tak perlu bayaran banyak. Saya perlu letak satu jumlah dan dari situ kita berbincang. Jika kita manfaatkan duit masjid, pahala itu akan mengalir.

“Saya akan guna wang tersebut untuk beri keluarga makan dan bayar pelajaran anak. Pahala itu akan terus berpanjangan,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan lawak popular, Senario ini mededahkan dirinya akan tetap berusaha memenuhi setiap undangan ceramah walaupun menerima bayaran yang agak rendah.

IKLAN

“Ingat Kita Ni Makan Pasir?” – Pernah Terima RM50 Sekali Ceramah, Shamsul Ghau Ghau Kena Jual Kerepek Sebab…

“Apapun yang berlaku, saya akan tetap berbalik kepada Allah. Kadang kala orang bagi RM200 pun saya akan terima juga.

“Jika jadual saya lapang, saya akan pergi. Setidaknya RM200 itu boleh buat belanja sekolah anak. Kalau ada apa-apa nak luah, cakap sahaja dengan Tuhan.

“Dia pasti mendengar. Kita akan dapat jawapan daripada gerak hati atau Dia akan buka laluan buat kita,” akhirinya.

Sebelum ini, Shamsul mendedahkan dirinya telah berhabis lebih RM300,000 serta menjual rumah dan kereta sepanjang 10 tahun meninggalkann dunia seni untuk mendalami ilmu Al-Quran.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI