Pelakon, Fizo Omar bersyukur dengan aturan yang telah disusun Allah SWT apabila bakal dikurniakan cahaya mata ketiga tidak lama lagi.
Menurut Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, ini merupakan kali kedua isterinya, Fazeera Nazri Azrai bakal melahirkan zuriat ketika semua pihak sedang sakan menyambut hari raya.
“Tema raya ‘sarat mengandung’. Raya tahun lepas (2022) tengah sarat mengandung Khaleeda dan tahun ni (2023) pun tengah sarat. Dah masuk 37 minggu dah. Jadi, kiranya bila-bila masa dari sekarang.
“Alhamdulillah rezeki tak diduga dari Allah buat Abe Joe dan Faz. Sudah tentu Cik Yam yang paling happy dapat satu tahun dua adik,” tulisnya.
Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Romeo Kota itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Fizo amat menghargai semangat yang ditunjukkan oleh isterinya yang gigih melakukan pelbagai perkara ketika sedang sarat hamil.
“Saya sangat menghargai pengorbanan kamu sayang sepanjang menjalani proses kehamilan. Awak seorang isteri dan ibu yang sangat hebat.
Ads
“Ketika tengah sarat mengandung, masih jaga Baby Khaleeda, tengah belajar untuk tahun akhir degree dan kerja lagi pada masa sama,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Fizo turut memohon jasa baik semua pihak untuk memanjatkan doa agar segala urusan isterinya saat melahirkan nanti dipermudahkan.
“Saya tahu ia bukan mudah tapi awak berjaya melakukannya. Syabas sayang. Doakan Faz dipermudahkan bersalin nanti.
“Nota kaki: tahun depan raya bulan berapa ek, nak timing siap-siap,” akhirinya.
Bagaimanapun, hantaran Fizo itu nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang merasakan dirinya seperti tidak memikirkan mengenai keadaan isteri yang harus mengandung lagi dalam jarak masa yang dekat.
Ads
“Setiap kali post, dia mesti akan berseloroh untuk produce anak lagi dan lagi sedangkan isteri tengah sarat dan busu dengan macam-macam. Seloroh pasal lain pula la Abang Joe. Kesian isteri. Macam tak cakna kepenatan dan keadaan dia dua tahun berturut melahirkan baby.
“Kesian bini. Tak sampai setahun dah beranak balik. Lelaki tahu nak sedap je. Ingat kilang buat anak ke rapat-rapat sangat. Bini senyap sebab nak jaga hati suami.
“Bagi la dia rehat Pak Joe oi. Letih ler.
“Semoga selamat melahirkan. Selepas ini rehat lama sikit ye,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Ads
Dalam pada itu, ada juga sesetengah pihak yang merasakan Fizo dan isterinya berhak untuk perancangan keluarga mereka sendiri.
“Apalah nak dikecohkan. Rezeki Fizo dan isteri. Nak beranak setahun sorang pun tak jadi masalah kalau yang empunya diri dan suami reda. Diorang pun ada plan sendiri. Tak payah kita aturkan mereka. Lagipun, selagi tak memudaratkan, tak jadi masalah. Zaman mak ayah kita tu dulu sampai 15 orang anak pun boleh urus. Lagipun Fizo dan isteri mampu.
“Mak mentua saya ada 13 orang anak. Enam anak lahir rapat-rapat setahun sekali. Sekarang, mak mentua saya masih kuat lagi. Kalau suami main peranan jaga hati isteri, tolong jaga anak-anak dan tolong ringankan lerja di rumah, tiada salahnya pun. Itu namanya rezeki. Lagipun, yang hadap itu mereka. Kita tahu nak condemn orang je. Ikut kemampuan masing-masing.
“Setuju sangat. Kita nak atur hidup orang dah kenapa? Biarlah nak beranak setahun dua orang pun tak jadi masalah. Saya dulu pun beranak setahun seorang. Elok je Rahim sampai sekarang. Yang penting jaga pantang dan makan jamu untuk dalaman. Bertunku sampai habis pantang. Kita jaga diri kita dan jangan kita sibuk nak urus hidup orang lain. Kita pun belum tentu sempurna,” antara pandangan-pandangan yang disuarakan netizen.
Untuk rekod, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang kini baru berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada pelakon, Betty Banafe, iaitu Fauziyah Gholib Nagib, 82, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam darah.
Menurut Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, ibunya juga sejak tahun 2010 lalu bertarung nyawa dengan pelbagai komplikasi penyakit lain termasuk tumor otak.
Allahyarhamah ibunya dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu.
“Ibu meninggal dunia dalam keadaan tenang ketika tidur. Dia pergi tanpa disedari kerana tiada bunyi seperti orang nazak.
“Nafasnya terhenti dengan baik dan mudah. Kerana tumor otak juga, dia tidak merasai kesakitan dialami. Ibarat dia tahu dirinya sakit, tapi seperti tak diendahkan.
“Di hujung usianya daya ingatan ibu saya memang tidak bagus. Dia seperti ingat ingat lupa. Malah mukanya juga mula membengkak kerana jangkitan kuman dan kegagalan buah pinggang,” katanya.
Betty menambah, pada peringkat awal ibunya disahkan mempunyai tumor otak, doktor pernah meramalkan hayatnya hanya mampu bertahan dalam tempoh dua tahun sahaja.
“Bagaimanapun selepas tahun 2013, nyawa ibu saya masih panjang kerana bertahan hingga ke hari ini. Kami sebagai anaknya reda dengan takdir tertulis ini.
“Malah kami anak-beranak berlumba-lumba menjaganya dan berkongsi kasih sayang. Ibu memang segala galanya untuk kami,” kata Betty yang turut akui, ibunya juga sering memuji Ilahi biarpun dalam keadaan separa sedar.
“Semoga pemergian ibu akan dipermudahkan dan mendapat husnul khotimah. Ramai sayangkannya,” katanya lagi.
Jenazah arwah ibunya akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Bukit Aliff di Johor Bahru.
Allahyarhamah meninggalkan lima anak dan 18 cucu, al-Fatihah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Nurhaliza akhirnya berjaya menamatkan misi mengayuh basikal dengan jarak kira-kira 78 kilometer bersempena dengan program RHB Cycling Ride 2019.
Malah, persiapan dan keterujaan bintang ini untuk menyertai program tersebut turut dikongsikan menerusi Instastories, beberapa hari sebelum ia berlangsung.
Namun mengejutkan, penyanyi Anta Permana itu ada memaklumkan dirinya terjatuh ketika progtam hingga menyebabkan tutut kirinya terkoyak.
“Alhamdulillah, medal kedua untuk anakku Aafiyah menerusi #rhbcyclingride2019 “lekashway.
“Walaupun ibu jatuh, lutut koyak ibu teruskan hingga ke akhir garisan,” katanya yang turut memberikan kredit kepada beberapa kenalan.
Sementara itu, Siti turut berkongsi foto secara dekat kesan kemalangan yang dialaminya.
“Habis seluar baru hahang,” seloroh Siti menerusi Insta Stories.
Para peminat pula rata-ratanya menyatakan lega kerana tiada hal serius berlaku dan mendoakan Siti agar dipermudahkan selepas ini.
Terdahulu, figura ini mengakui kian menggemari hobi berbasikal sama ada jarak jauh atau sebaliknya. Bagaimanapun, kebanyakan acara berbasikal yang disertai turut diteman suami dan teman.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di laman Twitter malah turut dikongsi pengguna media sosial lainnya apabila seorang penceramah telah didakwa ada menasihati pendengar akan kepentingan menutup aurat dalam Islam.
Namun, apa yang menjadi pertikaian sesetengah pihak adalah apabila lelaki tersebut difahamkan berkata, wanita yang tidak menutup aurat layak dicabul kerana menjamu pandangan mata lelaki.
“Berapa ramai orang tidak menutup aurat dengan sempurna. Pakai jubah tapi ketat. Pakai baju kurung tapi jarang.
“Bila kau tayang dekat orang, itu yang orang tengok kau. Itu yang orang beria-ia berahi tengok kau. Itu yang boleh berlakunya jenayah cabul, zina dan sebagainya.
“Senang cerita macam ini la, perempuan yang tidak tutup aurat ini memang layaklah dicabul dan dizina oleh orang,” antara kata seperti yang dipetik.
"Perempuan tak tutup aurat memang layaklah dicabul dan dizina tuan-tuan dan puan-puan."
Mengulas mengenai perkara tersebut, Adibah Noor terpanggil memberikan respon di ruang komen.
“Senang benar turn on tu…his contoh2 shows he’s been feeding his eyes,” tulisnya ringkas.
Lalu, netizen turut memberikan pelbagai reaksi atas rakaman sebagaimana yang telah dikongsi tersebut.
Komen antara lain adalah seperti, perogol tidak memilih mangsa. Malah golongan kanak-kanak dan bayi pernah menjadi mangsa.
Pada masa sama, mereka turut menjelaskan mencabul dan merogol adalah kesalahan jenayah dan tidak boleh dipermainkan.
Bagaimanapun, hal tersebut mungkin ada penjelasan daripada pihak terbabit. Mungkin ia hanyalah sedutan dan bukan rakaman yang dilakukan secara keseluruhan.
Foto : Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Mustaqim Bahadon akui dirinya kini bahagia apabila dapat membesarkan seekor kucing yang sebelum ini pernah dibakar dan menjadi mangsa kekejaman manusia.