Indahnya Sekitar Majlis Sambutan Aqiqah dan Hari Lahir Puteri Bongsu Haji Ashraf Muslim, Serba Putih

Share

Haji Ashraf Muslim menerusi posting terbaru berkongsi sambutan majlis aqiqah dan hari lahir puteri bongsu, Safiyyah Ashraf Mohd Ashraf yang genap setahun 3 September lalu.

Pelakon yang baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji ini kelihatan berseri dengan persalinan serba putih dengan kedua-dua isteri dan anak-anak.

Bersama Noor Dayana, Ashraf atau nama sebenarnya, Muhd Ashraf Muslim dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia empat tahun.

Bersama Sakinah pula, perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran Sarah Ashraf, 4, Adam Ashraf, 3 dan Safiyyah Ashraf,1.

Foto : Instagram Ashraf Muslim

IKLAN