Inai Merah Di Jari, Sarung Pakaian Ala-Ala Bollywood, Ini Moment Malam Berinai Ardell-Nadzmi

Share

Selamat bergelar suami isteri pada 1 September lalu, pasangan Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana telah mengadakan majlis malam berinai semalam.

Perkara itu dikongsikan jurukamera selebriti, Amir Naufal Photography & Team menerusi Instagramnya.

Bertemakan Bollywood, Ardell tampil anggun menyarungkan busana ala-ala bintang Hindustan.

Terdahulu, Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, menerima hantaran berupa senaskhah Al-Quran serta mas kahwin RM300.

Foto : Instagram Nadzmi Adhwa/Ardell

IKLAN