Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyampai radio, Feeya Iskandar cukup happening dan pandai berceloteh tika ke udara.
Terbaru, rakan penyampai radio Issey Fazlisham ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menghiburkan, rakaman video tersebut memaparkan gelagat Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan yang secara tak sengaja pakai seluar secara terbalik gara-gara lambat ke tugasan awal pagi.
āPertama kali dalam dunia, aku jumpa orang pakai seluar terbalik. Lambat punya pasalĀ @feeyaiskandar #gengissey,ā tulis Issey di ruangan kapsyen video tersebut.
Berkongsi detik-detik istimewa ketika berbulan madu di Korea pada 2016, Idzham Ismail menerusi entri terbaru menitipkan kata-kata istimewa buat isteri, Siti Nur Abilah.
Tulisnya, terlalu banyak liku yang terpaksa dihadapi si isteri, namun wanita itu tetap tabah dan sentiasa berada di sisi. Malah kedua-duanya pernah berjanji untuk sehidup semati.
āSayang. Dah 3 tahun usia perkahwinan kita, tak sangka terlalu banyak liku liku yang kita dah hadap terutaman sayang.
āKita pernah janji untuk sehidup semati kan sayang semasa honeymoon kita di Korea 2016, jangan mengalah dengan dugaan, jangan leka dengan kelebihan.
āSentiasa ingat Allah yang izinkan untuk kita dapat semua ni dan dari dia juga kuasa untuk tarik semua sekali.
āBersyukur B dapat isteri yang tahan dengan semua ni terutama suamimu yang baru sedar dari lamunan. Banyak tahun lagi kita untuk adventure, kita terima dengan tangan terbuka ye sayang.
Penderitaan yang dialami bayi perempuan berusia empat bulan, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham nyata mendapat perhatian ramai.
Bayi istimewa itu telah disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap empat ketika 21 hari selepas dilahirkan.
Difahamkan, Nishka disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas keadaan kepalanya agak besar berbanding bayi seusianya dan perlu menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains (HUSM), Kubang Kerian.
Ushawan yang juga bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar, ada membuat lawatan secara tidak dirancang seterusnya bertemu dan melihat sendiri keadaan terkini kanak-kanak tersebut.
āUnplanned trip to Kelantan. Ya Allah sembuhkan baby Nishka. Semoga ada sinar dalam hidup baby Nishka,tabah menghadapi dugaan n lawan segala sakit.
āYa Allah baby Nishka sangat cute, strong girl.Rezeki sy dapat berjumpa baby Nishka. Sejujur nya sy tidak rancang untuk datang Kelantan hari ini asal nya next week tapi Alhamdulillah kita sebaik2 rancang Allah tentukan.
āDah berapa hari asyik teringat baby Nishka. Tanpa fikir panjang sy terus datang melawat,ā tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut memaklumkan, setiap ujian yang diberikan olehNya adalah berbeza-beza.
Malah dia turut si ibu bayi berkenaan yang masih mampu menguntum senyuman.
āSetiap ujian di hadapi berbeza2. Cuba kita letakkan diri kita sebagai ibu baby Nishka. Ibu Nishka masih tersenyum walaupun masih simpan seribu suka duka.
āSy sendiri tidak mampu melihat baby secomel ini menanggung derita kesakitan. Semoga baby Nishka sembuh, kembali ceria, macam baby lain.
āInsyaallah selagi kami boleh membantu kita usaha kan. (No acc Cimb 7002814262 Khairiah bt Kamarudin),ā maklum Mawar sambil disusuli dengan tanda palang #pleaseshareforbabynishka danĀ #prayforbabynishka
Terdahulu,Ā kisah penderitaan bayi Nishka viral di media sosial, selain turut mendapat perhatian golongan selebriti lainnya, termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengulang siar kisah bayi berkenaan.
Foto: Instagram Mawar Karim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!