“I’m Here Because Of Her. Why Should I Be Jealous?”- Cemburu Dengan Kerjaya Kakak? Ini Jawapan Little Miss Khan!

Share

Adik kepada pengacara tekenal, Neelofa, iaitu Little Miss Khan atau nama sebenar Nur Ameera Khan telah menyahut cabaran untuk memasak menerusi program MeleTOP Eksklusif.

Video yang berdurasi 7 minit itu telah memaparkan Little Miss Khan menyahut cabaran tersebut dan dan pihak MeleTOP telah bertanyakan beberapa soalan kepada Ameera.

Menariknya, MeleTOP telah bertanya kepada Ameera, adakah dia berasa cemburu atas kejayaan yang dimiliki oleh kakaknya, Neelofa.

Lalu gadis yang berusia 18 tahun itu terus menjawab soalan itu dengan berkata,

“Oh my god! No! Not at all. Not even a little bit. I am here because of her. Why should I be jealous?”

Rata-rata netizen telah memberikan komen yang positif kepada Ameera dan memuji kata-kata yang dilontarkan oleh Ameera didalam video tersebut.

Malah netizen juga turut merasakan Ameera seorang gadis yang serba serbi lengkap kerana mahir bertutur dalam bahasa Kelantan dan Inggeris.

Video : YouTube MeleTOP

IKLAN