Penyanyi dan pelakon, Ani Maiyuni mengakui dirinya pernah terdetik untuk berhenti daripada meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian khasnya, lebih-lebih lagi selepas pemergian bapa tercinta, Osman Naiyuni @ Maiyuni lebih 10 tahun lalu.

Menurut Ani, bapanya merupakan antara individu penting yang selama ini menjadi tulang belakang buat dirinya sepanjang pembabitan di dalam dunia seni.

“Ikutkan Perasaan, Dah Lama Saya Jatuh,” – ‘Bawa’ Semangat Arwah Bapa, Ani Maiyuni Berlinangan Air Mata Cerita Pernah Terdetik Nak Berhenti Menyanyi 

Katanya lagi, selepas pemergian bapa, dia seolah-olah hilang semangat, terutamanya ketika membuat persembahan di atas pentas.

“Setiap kali membuat persembahan, pasti saya akan tercari-cari bayangannya. Sebab dia merupakan semangat saya. Saya menjadi penyanyi sehingga ke tahap ini pun adalah disebabkan dia.

“Saya bukan seorang yang kuat seperti yang anda nampak tetapi kekuatan itu hadir kerana dia. Kalau diikutkan perasaan, rasanya dah lama saya jatuh. Tetapi arwah selalu berpesan ‘hang adalah bapak dan bapak adalah hang’.

“Saya sebenarnya tak suka untuk bercerita mengenai soal ini. Rasa nak berhenti menyanyi tu memang dah ada tetapi suami selalu bagi semangat untuk sentiasa ingat pesan arwah bapak,” katanya kepada MH.

Ani yang dilihat tidak dapat menahan sebak berkata sedemikian di konsert minggu kedua, Gegar Vaganza 8 (GV8), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

IKLAN

“Ikutkan Perasaan, Dah Lama Saya Jatuh,” – ‘Bawa’ Semangat Arwah Bapa, Ani Maiyuni Berlinangan Air Mata Cerita Pernah Terdetik Nak Berhenti Menyanyi 

Dalam pada itu, Ani turut menyifatkan semangatnya kini untuk beraksi di atas pentas turut dirasakan agak berbeza berbanding ketika arwah bapanya masih lagi ada di sisi.

“Dia merupakan orang yang membawa saya ke sana dan ke sini. Dia bawa saya ketika saya masuk Bintang HMI dan Asia Bagus. Daripada album kumpulan sampailah solo dia ada bersama saya.

“Di atas pentas orang nampak saya ceria, tetapi dalam hati sebenarnya tidak. Saya tercari-cari bayangan dia. Kalau saya berada di atas pentas dan nampak dia ada di bawah, keyakinan saya memang berbeza.

“Saya tahu arwah bapa memang dah lama tiada tetapi jiwa dia sentiasa ada dekat dengan saya,” jelanya lagi.

IKLAN

“Ikutkan Perasaan, Dah Lama Saya Jatuh,” – ‘Bawa’ Semangat Arwah Bapa, Ani Maiyuni Berlinangan Air Mata Cerita Pernah Terdetik Nak Berhenti Menyanyi 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANI MAIYUNI (@ani_maiyuni)

Ditanya sejauh mana tekanan yang diterima sepanjang menyertai GV8, ini reaksi yang diberikan;

“Memang terasa sangat tekanannya. Kalau dulu saya masuk pertandingan apa sekali pun, jika dia ada bersama, apa jua tentangan pasti saya boleh tempuhi. Dia yang selalu pilihkan lagu, baju dan uruskan semuanya.

“Bila bertanding di pentas sebesar ini, saya mencari-cari semangat yang selalu ada itu. Saya agak ‘lost’ sebenarnya sejak daripada minggu pertama lagi.

IKLAN

“Walaupun suami selalu bagi semangat tapi perasaannya tak sama. Saya ni seorang yang sangat over confident satu ketika dahulu tapi sekarang saya jadi takut nak mencuba. Pergerakan tu macam tersekat. Itulah yang saya rasai ketika ini,” akhirnya.

Semalam, Ani membawakan lagu, Selangit yang dipopularkan oleh penyanyi Mas Idayu dan minggu hadapan pula, Ani diberikan cabaran untuk menyanyikan lagu Naluri (Hadirlah Kekasih) nyanyian asal Datuk Nora Ariffin.

“Ikutkan Perasaan, Dah Lama Saya Jatuh,” – ‘Bawa’ Semangat Arwah Bapa, Ani Maiyuni Berlinangan Air Mata Cerita Pernah Terdetik Nak Berhenti Menyanyi 

Semalam, pihak juri telah pun bersepakat untuk tidak mengadakan sebarang penyingkiran.

Konsert mingguan GV8 akan mula berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 21 November 2021 ini dan disiarkan di saluran Astro Ria.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=qf_FUv43VOI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI