Ikmal Amry Dedah “Setiap Parut Kat Lutut Tu Ada Kenangan,” Peminat Komen Tetap Kacak & Seksi!

Share

Pelakon Ikmal Amry kini kian meningkat naik dalam industri hiburan tanah air sekaligus sering menjadi perhatian peminat, lebih-lebih lagi selepas menyertai Pencarian Hero Remaja.

Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry ada berkongsi sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.

Bintang drama bersiri Puteri Yang Ditukar itu telah berkongsi foto dirinya yang memiliki parut di bahagian lutut.

“Setiap parut kat lutut tu ada kenangan,” tulisnya ringkas.

Melihat diruangan komen gambar tersebut, rata-rata berkata pelakon berusia 25 tahun itu tetap kelihatan kacak meski memiliki parut di bahagian lutut. 

Untuk rekod, Ikmal merupakan bekas finalis untuk program Pencarian Hero Remaja 2017/2018.

Foto : Instagram Ikmal Amry

IKLAN