Pelakon Ikmal Amry menyifatkan kemalangan yang dialami sebagai ujian dari Allah SWT.
Lewat petang Sabtu, Ikmal terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka ketika dia bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan balik ke kampung.
“Allah uji saya dan nak ganti yang lebih baik. Kereta saya hilang kawalan dan terbalik sebanyak lapan kali,” katanya.
Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali menambah, dia bersyukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami kecederaan teruk.
“Saya dalam perjalanan ke Melaka untuk balik kampung. Ketika saya mahu ubah laluan ke kanan, saya terlanggar sebuah kereta hingga hilang kawalan.
Ads
“Alhamdulillah saya sekeluarga semua okey. Tidak mengalami sebarang luka, cuma mengalami sakit-sakit badan sahaja,” katanya.
Dia pada masa sama mengakui, kemalangan terbabit menjadi satu mimpi ngeri dan bersyukur Tuhan masih panjangkan usia dia sekeluarga.
Ads
“Mimpi ngeri yang tak sanggup saya lalui tapi terjadi. Pahit untuk ditelan, tapi pengalaman yang menjadi pengajaran.
“Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Allah masih bagi peluang,” katanya lagi.
Terdahulu, Ikmal turut berkongsi beberapa keping foto dan video menunjukkan keadaan kereta yang dipandunya terbalik di tengah jalan raya di media sosial.
Rata-rata peminat serta rakan artis mendoakan agar dia sekeluarga tabah dan semoga semua urusan dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pulang dengan penuh kepuasan! Itu yang dirasai 8,000 peminat setia kumpulan terkenal Indonesia, Dewa 19 yang menyaksikan sendiri keunggulan band itu membuat persembahan sempena meraikan ulang tahun ke-30 mereka di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
Tepat jam 8.35 malam, dua vokalis generasi baharu Dewa 19, Virzha dan Ello membuka tirai dengan lagu Restoe Boemi, I Want To Break Free dan Still I Am Sure We’ll Love Again.
Pengasas Dewa 19, Ahmad Dhani kemudiannya mengambil alih pentas, menyapa Baladewa (gelaran peminat Dewa 19) yang tidak henti-henti memberikan sokongan sejak ia mula ditubuhkan pada 1992.
“Malaysia apa khabar. Senang sekali Dewa 19 dapat datang ke sini.
“Malam ini kami tidak menyanyikan 30 buah lagu sebaliknya hampir 40 lagu untuk semua.
“Jadi buat yang masih belum meminati Dewa 19, anda tunggu sehingga ke habis konsert ini (untuk jatuh hati dengan Dewa 19),” kata Ahmad Dhani penuh teruja.
Persembahan kemudiannya diteruskan dengan seleksi lagu-lagu popular Dewa 19 yang dinyanyikan Virzha dan Ello seperti Juliette, Aspirasi Putih, Takkan Ada Cinta Yang Lain, Bayang-Bayang, Careless Whisper, Selatan Jakarta, Bunga, Aku Milikmu dan Larut.
Memasuki segmen kedua tepat jam 10 malam, suasana menjadi semakin gamat dan riuh apabila Once Mekel pula muncul di pentas bagi meledakkan lagi taring kumpulan itu.
Memilih lagu Roman Picisan sebagai lagu pembuka, kemunculan Once dilihat paling ditunggu-tunggu peminat yang kebanyakannya lebih familiar dengan naskhah-naskhah lagu dilontarkan vokalis tersebut.
“Selamat malam Malaysia.Senang sekali jumpa anda malam ini.
“Malam ini adalah malam terbaik, semoga anda semua enjoy!” kata Once.
Peminat tidak ketinggalan ‘sing-along’ sehingga menggegarkan seluruh stadium Axiata beserta limpahan lampu flashlight daripada telefon pintar masing-masing.
Kemantapan vokal penyanyi berusia 52 tahun itu kemudiannya diteruskan dengan lagu-lagu hits seperti Arjuna, Dewi, Perempuan Paling Cantik Di Negeriku Indonesia, Dua Sejoli, Lagu Cinta dan Mistikus Cinta.
‘Mastermind’ Dewa 19, Ahmad Dhani pula merancakkan pentas dengan lagu yang paling ditunggu-ditunggu iaitu Sedang Ingin Bercinta.Rindu terubat buat peminat di Malaysia apabila akhirnya dapat mendengar sendiri lagu itu dimainkan Dhani yang sebelum ini tidak berkesempatan turun sama bagi menjayakan konsert yang diadakan pada Februari 2019.
Memasuki segmen akhir persembahan, vokalis asalnya, Ari Lasso terharu dengan sokongan yang ditunjukkan Baladewa.
“Kalau bukan disebabkan sokongan daripada kalian, kami tidak akan jadi sepertihari ini,” kata Ari Lasso.
Antara lagu-lagu lain yang sempat dipersembahkan pada hari pertama ialah Cinta Kan Membawaku Pergi, Aku Di Sini, Satu Hati, Cukup Siti Norbaya, Pangeran Cinta, Risah Hati, Satu, Cemburu, Pupus, Kirana, Kangen dan Kamulah Satu-Satunya.
Berlangsung selama hampir empat jam, Dewa 19 kemudiannya melabuhkan tirai dengan membawa naik keempat-empat vokalis untuk sama-sama menyampaikan lagu penutup, Separuh Nafasku.
Ketika nyanyian lagu terakhir itu, belon besar dilepaskan di udara bagi menambahkan lagi warna-warni terhadap persembahan band yang berasal dari Surabaya itu.
Konsert ‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ turut menampilkan beberapa bekas anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.
Memasuki malam kedua hari ini, ‘Ahmad Dhani and the gang’ berjanji akan memberikan persembahan yang tidak kurang hebatnya, sama seperti pada malam semalam yang membawa peminat pulang dengan seribu satu kemanisan terukir di bibir masing-masing saat melangkah keluar dari stadium!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: @echolaliapictures
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak bergelar ibu pada Februari lalu, penyanyi Ernie Zakri sering berkongsikan perkembangan terkini anak sulungnya, Nur Khawla Soleha buat tatapan pengikut laman sosialnya.
Terbaharu, Ernie atau nama sebenar, Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, memuat naik gambar terkini anaknya yang genap berusia tujuh bulan pada Khamis menerusi laman Instagram miliknya.
Menurut penyanyi lagu Ku Bersuara itu, Khawla kini sudah semakin ‘banyak cakap’ selain memasuki fasa mengigit semua benda yang dijumpainya.
“Hari ini anak Soleha Daddy Ibu masuk tujuh bulan.
“Banyak cakap… semua benda nak digigit. Besar nanti jadi anak baik ya, nak. Sayang dia,” tulis Ernie di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen juga, rata-rata netizen dan rakan artis ‘geram’ dengan kecomelan Khawla yang dikatakan mempunyai wajah seiras dengan ibunya.
“Comelnya Khawlaaaa,” tulis pelakon Catriona Ross.
“Omeiiii,” titip penyanyi Wany Hasrita.
“Mini Ernie.
“Ernie Zakri Junior, cute!
“Nampak muka ibu dia laa,” komen beberapa netizen.
Ernie mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Syamel pada 26 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Khawla Soleha yang dilahirkan pada 22 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi veteran terkenal, Datuk M Daud Kilau, 84, dilaporkan kini berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), Perak pada malam Rabu.
Memetik Harian Metro, penyanyi yang terkenal dengan gelaran Raja Gelek itu dikejarkan ke hospital pada jam 12 tengah malam tadi sebelum doktor mengesahkannya mengalami masalah paru-paru berair.
Menurut anaknya, Ahmad Zaini, bapanya kini berada dalam pemantauan rapi daripada doktor selain memerlukan bantuan pernafasan.
“Doktor mengesahkan pada keluarga bahawa Datuk (M Daud Kilau) kritikal (paru paru berair) pada 2 pagi.
“Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat CPR (Bantuan Pernafasan Kecemasan) dan memasukkan tiub bagi membantu pernafasannya apabila jantungnya terhenti.
“(Ayah) masih memerlukan bantuan pernafasan (dan dalam keadaan) separuh sedar tapi masih kritikal,” katanya.
Penyanyi lagu malar segar, Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!