Pelakon, Sharifah Sakinah mendedahkan dirinya kini harus kerap berulang-alik dari Sweden ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anak perempuannya, Anais Adha.
Menurut Sakinah, situasi seperti ini mungkin akan berterusan sehingga anaknya itu memasuki fasa pengajian.
“Sekarang ini, memang saya akan balik ke Malaysia setiap dua bulan. Masa awal-awal dulu perancangannya setiap empat bulan. Kemudian makin kerap ulang-alik sebab anak dah pandai bercakap ‘Mommy bila nak balik?’.
“Saya pun tak pasti sampai bila keadaan kami harus begini. Mungkin bila anak-anak kami dah masuk universiti, baru kami akan putuskan untuk menetap di mana nanti.
“Buat masa sekarang, saya tak boleh membawa anak tinggal bersama saya di Sweden kerana dia sahaja anak perempuan kepada bekas suami saya dan satu-satunya cucu dalam keluarga mereka. Tak manis kalau saya bawa,” katanya kepada MH.
Sakinah berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Cingu VS Hantu, pada Isnin.
Pada masa sama, adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah ini tidak menafikan ada kalanya dia berasa agak penat dengan situasi berkenaan.
“Sejujurnya memang sangat penat apabila harus berulang alik antara dua buah negara. Itu belum bercakap fasal kos lagi. ‘Jetlag’ pun ambil masa seminggu untuk kembali okay.
“Saya ini seorang yang sangat disiplin bila bab tidur. Pukul 9 malam memang saya dah masuk tidur.
“Saya juga akan sedih bila setiap kali mendapat perkhabaran mengenai orang meninggal dunia tapi saya tak boleh hadir. Inilah perkara yang paling saya tak suka bila berjauhan,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahata mata ini turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sengaja ingin berhijrah ke luar negara kerana mahu lari daripada kritikan netizen.
“Kalau nak cakap fasal tenang ni, dekat mana-mana pun kita boleh tenang. Kalau nak kata saya lari daripada orang Malaysia, sosial media saya tetap ada. Bila saya balik pun tiada siapa nak serang saya sebab kawan-kawan wartawan pun akan tanya perkara yang baik-baik sahaja.
“Kalau anda rasa netizen menjadi penghalang dalam kehidupan seharian, berhentilah bermain sosial media. Bagi saya, netizen bukan penghalang dalam hidup saya. Saya tak pernah anggap mereka sebegitu.
“Kadang-kala saya ada baca perkara yang melampau tetapi itu semua risiko yang harus kita tanggung. Kalau tak mahu, jangan kongsi apa-apa di media sosial.
“Sebagai selebriti, kita kena terima hakikat yang hidup kita ini sentiasa diperhatikan. Jangan sampai satu hari nanti orang dah tak nak ambil tahu fasal kita. Nanti kita meninggal pun tiada siapa nak ziarah,” akhirinya.
Terdahulu, Cikgu VS Hantu; sebuah filem komedi seram yang diarahkan oleh pelakon berpengalaman, Liyana Jasmay dan menampilkan Afdlin Shauki, Khir Rahman dan Juliana Evans selaku tunjang utama.
Filem ini boleh dilanggan di saluran Astro First (480) dengan harga serendah RM15 bermula 8 September ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak kehilangan isteri tercinta, nama Shuib banyak dikaitkan dengan beberapa wanita termasuk selebriti seperti Zara Zya dan Wan Sharmila.
Terbaharu, Shuib dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.
Kisah percintaan mereka dihidu netizen yang membuat andaian kedua-duanya pergi bersama-sama menonton konsert Anuar & Ziana Zain pada Ogos lalu dan terbaharu mereka turut berpakaian sedondon menonton konsert kumpulan terkenal Indonesia, Dewa 19.
Bersempena ulang tahun kelahiran ke-38 Shuib yang disambut semalam, bapa kepada empat cahaya mata itu meluangkan masa menziarahi pusara Allahyarham isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad memuat naik gambar batu nisan dan pusara Siti Sarah yang terletak di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.
“Hari ini 12 September, hanya ada ini… Happy Birthday Shahmira Bin Muhamad,” tulis Shuib ringkas.
Penerangan ringkas yang dibuat Shuib itu mungkin bagi menjawab persoalan netizen yang kini mengatakan dia sedang hangat bercinta dengan seseorang.
Menerusi pemerhatian yang dibuat di laman Instagram wanita tersebut, dia juga dilihat telah menutup ruangan komen di kedua-dua hantarannya berkaitan konsert-konsert yang pernah dihadirinya itu.
Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada Februari 2011.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...