Apa yang menarik tentang bulan puasa selain daripada menahan lapar dan nafsu, pelbagai jenis juadah berbuka yang ada di bazar juga membuatkan ramai yang teruja bila Ramadan tiba.
Jangan kata pembeli, penjual juga turut teruja menjual juadah pada orang yang tiba. Suasana meriah dan adakalanya mencuit hati melihat keletah masing-masing mempromosikan jualan mereka.
Memang mengujakan melihat kemesraan penjual yang melayani pembelinya. Ada yang tidak boleh sorok reaksi wajah kegembiraan apabila ada yang membeli jualannya.
Namun ada juga sesetengah penjual yang ‘terlebih mesra’ hingga adakalanya percakapan mereka melebihi batasan.
Ini yang terjadi pasa salah seorang pembeli bernama Innanie Ariffin baru-baru ini.
Baru-baru ini status Innanie bercerita tentang seorang penjual kebab tular di sosial media kerana kelancangan mulut menghina fizikalnya.
Apa yang menyedihkan, gadis ini telah memasang niat untuk menolong gerai yang dipercayainya tidak berapa laku. Namun menyedihkan apabila penjual tersebut terlebih bergurau hingga melukakan hati Innanie.
Ceritanya bermula apabila dia ke bazar berdekatan dengan pejabatnya. Setelah membeli beberapa juadah, Innanie yang teringinkan kebab daging terus menuju ke sebuah gerai kebab yang tiada pembeli.
Niatnya ingin membantu gerai tersebut kerana melihat tiada langsung pelanggan. Apabila minta untuk diberikan satu kebab daging, secara spontan lelaki tersebut menyuruhnya membeli kuantiti yang lebih banyak kerana percaya satu tidak cukup buatnya kerana berbadan besar.
Aduh, tidak tahu macam manalah penjual ini boleh terkeluar ayat menyakitkan seperti ini.
Dengan perasaan yang bengang dan rasa terhina, Innanie terus menjawab dengan padu.
“Sepanjang jalan tadi, saya nampak kedai abang kosong. Tak ada orang. Ada kedai kebab hujung sana tapi saya tak jadi seinggah sebab teringat kedai kebab abang ni. Niat saya memang nak beli kat abang sebab nak membantu. Yelah, sendu bila orang lain masyuk, abang masih lagi bekas kosong. Tapi, dengan mulut abang yang macam ni, sesedap rasa menghina orang gem*k saya rasa ini LAST lah saya beli dari abang. Abang boleh makanlah sendiri kebab ni. Orang berniaga – hati customer kena dijaga bang. Abang pulak dapat customer dihina. Takpelah! Lagi satu, abang ingat orang gem*k tu pelahap ke?
Bila diluahkan begitu, penjual terbabit bersama rakannya yang ketawa sinis terus terkedu diam dan bisu seribu bahasa.
Mungkin ini adalah pengajaran untuk kita semua, jangan sesekali cuba bermulut ‘lahar’ sesuka hati. Mungkin niat abang kebab tu bergurau, tetapi kita tidak tahu adakalanya ia mungkin akan menyinggungkan perasaan seseorang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Malang tidak berbau, seorang lelaki hampir maut terjerut tali dan tergantung di pokok kelapa selama empat minit.
Video yang terjadi di Kampung Kobah, Kota Sarang Semut, Pendang ini telah menjadi viral sejak ia dikongsikan di dalam laman facebook.
Mohd Zulhisyam Zulkifli berkata dirinya rasa bagaikan mati hidup semula apabila terselamat apabila berjaya diselamatkan oleh peduduk kampong.
“Saya rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup dan saya tidak akan lupakan pengalaman ngeri ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kokbah, Pendang semalam.
Zulhisyam yang berusia 23 tahun berkata kebiasaannya dia akan memanjat pokok kelapa tua, namun menjadi sebab hari itu dia terpaksa memanjat pokok kelapa muda untuk meniaga di bazar Ramadan.
“Saya hanya fikir untuk dapat duit saja sebab selalu kalau saya panjat pokok nyoq (kelapa) orang akan upah saya RM20 hingga RM30,” katanya.
“Itu kali pertama saya panjat pokok nyoq muda, sebelum ni saya selalu panjat pokok nyoq tua sahaja,” katanya lagi.
Menceritakan detik berlakunya kejadian tersebut, dia tidak menyangka tali yang diikat di pinggang akan menjerat diri.
“Tak sangka pula teknik berkenaan memakan diri saya pada hari tersebut,” katanya dengan nada kesal.
Tambahnya, punca sebenar berlakunya pekara itu adalah apabila tandan buah kelapa yang telah di cantas jatuh sehingga tertarik dirinya sekali.
“Satu tandan ada lebih kurang 25 biji nyoq dan jumlah nyoq tu sudah cukup berat untuk tarik saya supaya jatuh bersama.
“Masa tu saya dah tak ingat apa dah hanya fikir mak dan nyawa saya ja. Saya rasa macam sesak nafas, sebak dan tak ingat apa dah, bila sedar saya dah ada di hospital.
“Mujurlah ALLAH bagi saya peluang untuk hidup lagi dan saya anggap ini adalah peluang bernilai buat saya,” katanya.
Zulhisyam juga sempat melihat rakaman video yang tular di media sosial namun tidak menyangka ada yang mengatakan dia cuba membunuh diri kerana mereka tidak tahu hal yang sebenarnya.
Dia akui mungkin kerana video tersebut ditangkap ditengah-tengah kejadian jadi ada orang telah salah faham tentang tragedi tersebut. Namun Zulhisyam telah memaafkan mereka yang beranggapan seperti itu dan berharap agar selidik dulu sebelum berkata.
Oleh : Norjuliana Yaacob – Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah pasti ramai di antara kita yang suka akan bayi kerana wajah bayi yang comel, tapi kali ini biar anda sendiri yang menilai sama ada bayi ini comel atau menakutkan?
Terdapat satu video yang telah dikongsi di laman media sosial telah merakamkan bayi yang diperbuat daripada silikon.
Walaupun bayi ini diperbuat daripada silikon namun ia kelihatan persis bayi yang sebenar.
Apa yang menakutkan adalah bayi ini juga didapati dalam bentuk robot, di mana pergerakannya juga bergerak seperti seorang bayi. Terasa seolah-olah bayi ini hidup pula selepas melihat pergerakannya.
Bayi-bayi silikon ini dibuat oleh syarikat yang diberi nama Babyclon dan bayi silikon ini juga turut dijual kepada mereka yang meminatinya.
Namun tidak dapat dipastikan pula berapakah harga untuk ‘seorang’ bayi ini dan cara-cara penjagaannya.
Mungkinkah sama seperti menjaga bayi ataupun hanya diam sahaja seperti patung-patung lain pun tidak dapat dipastikan.
Pun begitu, kemajuan dan ‘kegilaan’ teknologi serta idea orang sekarang ini, segalanya mungkin boleh berlaku
Apa-apa pun, anda tengok video bayi silikon ini, mesti ramai yang teruja bila melihatnya dan tentukanlah sendiri, comel atau menakutkan.
Pengacara dan penyampai radio, Radin selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Nur Amirah Shamsulbahrin dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Ukay Hills Private Event Estate & Lifestyle Suites, Ampang, Selangor.