Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA semalam telah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap segala pertuduhan yang membabitkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan anaknya Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.
Diva AA mengadakan satu sidang media tergempar di Marriot Hotel, Putrajaya bagi memberi penjelasan mengenai isu hangat tersebut.
Lalu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah memberikan reaksi selepas Diva AA membuat permohonan maaf terhadap dirinya di akaun Facebook miliknya.
Ads
“Tulah bajet pakai 5 lawyer, tak perlulah nak pakai 5 lawyer cap ayam. Kau kata lawyer aku pondan lah apa semua apa hal? Apa jadah? Lawyer aku kau kata pondan kau sekolah tak?
“Nak maaf kau ingat senang? Nak maaf tu buatlah dengan adab sopan sikit. Tak perlu nak cium tangan ke, nak cium mulut ke tapi ni menganjing!
Ads
“Saya tengok perangai dan gelagat dia berjam-jam buat ‘Press Confrence’ (PC). Kalau tak ada isu ini dimana kau? Kalau saya ada cili memang saya cilikan dia lah,” katanya.
Terdahulu, Vida turut mengadakan satu sidang media di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur bagi menuntut Azwan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam terhadap penghinaan terhadap oleh Diva AA kepada DSV sekeluarga,Isnin lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemergian Abam Bocey kembali ke Rahmatullah semalam nyata mengejutkan ramai dan yang paling terkesan sudah tentunya dua sahabat arwah yang juga anggota kumpulan Bocey, Achey dan Fad.
Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam sebelum ini berada di Jepun bersama keluarga untuk bercuti dan pastinya, berita pilu yang diterima memberi kesan mendalam.
Fad menerusi Insta Stories sejak semalam ada berkongsi beberapa status berkaitan dan terkini, dia sekeluarga difahamkan menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air bagi melawat pusara sahabat tercinta.
“Aku tak sabar nak balik Malaysia tapi dalam masa yang sama aku berat hati,” tulisnya di Insta Stories.
Sementara itu menerusi Insta Stories isterinya Nur Syahirah A. Rahman pula, ibu kepada tiga cahaya mata itu ada berkongsi beberapa video, dalam perjalanan menuju ke Malaysia.
“Kita orang nak balik ni, tunggu kita orang sampai ya,” tulis Syahirah.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 32 tahun.
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia lapan bulan.
Moga urusan Fad sekeluarga dipermudahkan.
Foto: Instagram Fad Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir menyifatkan dirinya cukup bertuah kerana dikurniakan suami yang cukup bertanggungjawab dan sentiasa membantu dalam melakukan apa sahaja tugasan.
Jelasnya ketika ditemui pada majlis akikah Mohamad Eidrees di sebuah hotel baru-baru ini, suaminya Hanif Zaki tidak pernah lepas tangan dalam soal penjagaan anak.
Sebaliknya, dia juga positif dan sentiasa sedia membantu hatta bangun di tengah malam semata-mata mahu menyediakan susu anak.
“Hanif seorang bapa yang sangat bertanggungjawab, dia tidak pernah meninggalkan saya membuat tugasan seorang diri. Selalunya apabila waktu pagi, Eidrees nak susu dan lampinnya penuh, Hanif yang akan bantu uruskan.
Syukur kerana saya mendapat rezeki suami dan bapa yang sangat bagus kepada Eidrees,” jelasnya jujur.
Hanya tersenyum mendengar jawapan ikhlas yang keluar daripada mulut isteri, Hanif turut menyatakan Eidrees sangat bertuah memiliki Anzalna sebagai ibu.
“Eidrees sangat bertuah memiliki Anzalna sebagai ibu kerana dia memberikan segala-galanya. Saya sibuk bekerja dan Anzalna berkorban masa di rumah.
“Keutamaan sekarang bukan lagi diri kami, semuanya mengenai anak. Malah pakaian pun semuanya digunakan semula yang lama, jarang sangat membeli belah pakaian atau barangan baru untuk dirinya sendiri.
“Namun untuk Eidrees ada sahaja yang baru,” selorohnya.
Bersyukur dengan perkembangan Eidrees, jelas pelakon jelita ini akui dia turut menunda sementara kerjaya lakonan sementelah mahu menjaga sendiri si comel ini di depan mata.
“Perkembanga Eidrees sangat baik, dia seorang yang berdikari. Pandai makan sendiri, malah untuk mandi pun dia yang buka air sendiri (ketawa).
“Selalunya jika saya bekerja, saya akan minta keluarga tolong jagakan Eidrees kerana saya tidak percayakan orang luar. Dan ini pun rezeki saya kerana dapat menjaga anak sendiri.
“Untuk berlakon pun saya terpaksa tunda dulu kerana kasihankan anak. Malah untuk menghadiri majlis selama dua hingga tiga jam pun saya susah hati terpaksa berjauhan,” katanya lagi.
Berbalik kepada isu majlis akikah, walaupun kedengaran suara-suara nakal menyatakan ia satu pembaziran kerana diadakan cukup mewah, namun bagi pasangan ini, ia masih mengikut kemampuan mereka.
“Sebenarnya malam ini apa yang kami mahukan hanya keberkatan dan disebabkan itu kami menjemput keluarga, rakan terdekat, anak-anak yatim dan asnaf untuk sama-sama meraikan.
“Sebenarnya majlis ini mengikut kemampuan kami. Walaupun mereka kata ini pembaziran, namun ini rezeki Mohamad Eidrees dan dia satu-satunya anak kami. Saya tidak kisah berbelanja. Kami berkongsi rezeki bersama,” jelasnya.
Terdahulu, Anzalna meraikan majlis akikah anaknya, Mohamad Eidrees dalam suasana yang cukup mewah dihadiri keluarga, teman rapat, asnaf dan anak-anak yatim.
Pasangan ini telah berkenalan lebih 14 tahun dan mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kini terpaksa ditahan di hospital selepas beberapa hari mengalami demam panas, pelakon Memey Suhaiza merakamkan rasa terharu dengan pengorbanan suami, Norman Hakim yang mengambil tanggungjawab menguruskan anak-anak.
Malah, Memey turut meluahkan kebimbangan memandangkan anak ketiganya, Mikayla Delisha Hakim masih lagi menyusu badan.
“Kesayangan saya @normanhakim_786
Berapa hari mummy demam panas dialah yg menguruskan segalanya pasal anak.
“Wlpn sibuk shooting balik pkl 2,4 pagi, subuh trs menguruskan anak sekolah, serba serbi la papa yg buat..sbb mummy tak boleh buat apa2 cuma terbaring tido.
“Hari ni kena masuk wad plk..sbb Dr nak monitor. Kena jaga kita lg.. syurgalah tempat mu suami. Doakan semoga mummy cepat sembuh dipermudahkan semuanya. Mummy risau tinggal mikayla.. dahlah dia kuat bf,” tulis Memey.
Atas kekangan itu juga, Memey turut mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
“Mummy takde ni mcm mana lah.. tak dapatlah nak susu selalu.
“Mikayla sejenis direct bf. Tak jalan pam2 ni. Doakan k,” kongsinya lagi.
Abby Abadi bagaimanapun di ruangan komen secara seloroh bertanyakan sama ada Memey kini sedang berbadan dua.
Memey dan Norman yang mendirikan rumah tangga pada 2011 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.
Foto : Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.