Bintang versatil, Ifa Raziah baru-baru ini mendedahkan, ada di antara kenalannya yang mulai meragui perubahan dirinya yang ‘banyak angin’ secara tiba-tiba.

Tidak mahu memikirkan hal yang bukan-bukan, bintang senasi berusia 42 tahun itu cuba bersikap optimis dengan tidak terlalu memikirkan hal yang berlaku kerana ia melibatkan elemen khurafat iaitu santau dan  dia enggan mempercayainya.

Menurut Ifa, ada kenalan yang memberitahu ia mungkin antara kesan sampingan hasil dari kepercayaan karut tersebut.

“Santau…Ada orang beritahu saya sebab dia tengok saya ni macam banyak angin. Baru saja dia terangkan kepada saya,”katanya ketika ditemui di Pelancaran Mood Republik di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

[#MHSeram] Ifa Raziah Ditegur Kenalan Nampak Macam ‘Lain’, Jadi Mangsa Santau Angin?

IKLAN

Kongsinya lagi, dia difahamkan amalan karut tersebut mempunyai pelbagai cara untuk ‘dihantar’ kepada individu dimaksudkan.

“Santau katanya macam-macam. Ada yang ‘dihantar’ daripada angin. Memanglah benda ni khurafat tapi tak dinafikan ada yang amalkan.

 

Saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi kalau ada yang nak buat, boleh je buat,”jelas Ifa yang kini turut aktif di dalam dunia keusahawanan.

Aduhai, seram juga bila mendengar keluhan Ifa. Apa pun, sebagai umat Islam kita dilarang melakukan hal yang boleh menyebabkan diri sesat, terpesong dari landasan sebenar.

IKLAN

Selain santau, ada juga kisah seram melibatkan entiti menjadi suatu isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat tempatan. Bagi pencinta kisah seram, jangan ketinggalan untuk menonton program siri terbaru di Astro Prima, Suri Ram setiap Rabu jam 11.00 malam.

Malam ini, episod keduanya akan membawa penonton untuk mengetahui apakah yang kisah mendebarkan menerusi kisah Hantu Almari!

IKLAN

[#MHSeram] Ifa Raziah Ditegur Kenalan Nampak Macam ‘Lain’, Jadi Mangsa Santau Angin?

Foto: Instagram Ifa Raziah

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI