“If Perlu Bayar Aku Bayar,” – Peminat Mahu Gembirakan Nenek Terlantar Sakit, Apa Yang Uyaina Lakukan Sentuh Hati Netizen

Share

Berkongsi paparan mesej dari peminat bersama sekeping foto seorang wanita tua yang terlantar di katil hospital, difahamkan wanita tersebut merupakan peminat Uyaina Arshad dan sering mengikuti drama lakonannya di kaca televisyen.

Individu tersebut memohon agar pelakon ini membuat ucapan khas buat neneknya dan sanggup membayar perkhidmatan tersebut.

Pelakon berusia 27 tahun ini bagaimanapun berbesar hati mengirimkan ucapan khas di laman Instagram miliknya dan mendoakan agar wanita tersebut diberi kesembuhan.

Tindakannya nyata menyentuh hati netizen dan rata-rata meninggalkan reaksi di ruang komen.

Foto : Instagram Uyaina Arshad

IKLAN