Aduh, tergamak betul seorang ibu melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing demi duit. Geleng kepala betul MH dengar cerita macam ni.
Ibu tersebut yang merupakan ibu tunggal dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku bersalah Oktober yang lalu.
Dia juga yang berusia 39 tahun itu diarahkan Hakim Kamarudin Kamsun untuk menjalani hukuman penjara 15 tahun untuk 10 pertuduhan yang mana setiap dua daripadanya berjalan serentak.
ibu tunggal itu didakwa menganiaya dari segi seks dengan cara melacurkan dua anak kandungnya yang masing-masing berusia 13 dan 10 tahun di sebuah hotel bajet di Larkin di antara 1 hingga 7 Oktober yang lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan di baca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000, penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, sebagai tambahan kepada hukuman boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dihukum dengan sebat.
Wanita bersikap keji itu juga tergamak melacurkan dua anaknya hanya untuk mendapatkan bayaran serendah RM50 daripada lelaki warga asing selain dikatakan sanggup menyaksikan perbuatan terkutuk berkenaan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili sebarang peguam.
Sumber : Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rita Rudaini Sebak Tengok Anak Hafaz Al-Quran; “Walau Kami Tak Perfect Macam Orang Lain Tapi…”
Pelakon Rita Rudaini merupakan antara selebriti yang sering berkongsikan aktiviti sehariannya bersama anak-anak menerusi platform laman sosial.
Terbaharu, video yang dimuat naik menerusi laman TikTok miliknya, meraih perhatian netizen apabila rata-ratanya melahirkan perasaan kagum di atas didikan Rita yang menerapkan keseimbangan pendidikan dunia dan akhirat buat dua putera hatinya itu.
Menerusi video itu, ia memaparkan anak sulung Rita iaitu Rayyan sedang menghafaz Al-Quran di hadapan pelakon itu serta adiknya, Arjuna.
“Setiap kali cuti , time Maghrib dia akan minta mommy dan adik check balik hafazan dia dari juzuk 1. Dia takut dia lupa.. sebak hati sebenarnya tengok anak-anak dah besar. Dalam hati mommy cakap ‘mungkin ini hikmah ALLAH nk hadiahkan pada aku’.
“Walaupun kami tak perfect macam orang lain tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku, Alhamdulillah.
“Mommy dan adik tak sabar nak tunggu Rayyan balik,” tulis Rita di ruangan kapsyen.
@ritrud727Setiap kali cuti ,time maghrib dia akan mintak mommy n adik check balik hafazan dia dr juzuk 1…dia takut dia lupa..sebak hati sebenarnya tgk anak2 dah besar…dlm hati mommy ckp ‘mungkin ini hikmah ALLAH nk hadiahkan pd aku..walaupon kami xperfect mcm org lain tp aku ada anak2 yg taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’ …Mommy n adik xsabar nak tggu ryan balik 👩👦👦 🤍
Untuk info, anak sulung Rita kini belajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan.
Menjengah ke ruangan komen, netizen berbangga dengan usaha Rita sebagai ibu tunggal yang tidak pernah gagal dalam memberikan pendidikan terbaik buat anak-anaknya.
“Dapat didik anak kenal Allah dan Al-Quran adalah kejayaan sebenar dan kebahagiaan yang paling besar.
“Kami yang dengar pun dah sejuk (hati). Tahniah Rayyan.
“SubhanaAllah, sebak tengok, anak yang hebat hasil daripada didikan seorang ibu yang hebat. Tahniah buat Rita.
“Alhamdulillah, Rita mama yang hebat. Semoga abang dan adik terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Jaga ibu kamu sebaiknya abang, adik.
“Biar Allah sahaja menilai semua yang Rita dah buat untuk anak-anak, tak sempurna tapi cukup membahagiakan,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, hasil perkahwinan terdahulu dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan, Rita dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11, yang kini berada di bawah jagaan aktres tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Bertanya Kepada Pengarah, Betul Ke Nak Buat Babak Ini?,” – Kena Selar Sebab Babak Panas, Alya Iman Anggap Lakonan Menjadi
Susulan babak yang dikatakan keterlaluan di dalam drama Layang-Layang Perkahwinan, pelakon Alya Iman berharap agar orang ramai tidak terlalu cepat menghukum.
Menurut Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, sebagai pelakon, dia tahu menjaga batas dan babak tersebut juga telah dilaksanakan dengan berhati-hati.
“Sebelum memulakan penggambaran, saya ada bertanya kepada pengarah, betul ke nak buat babak ini? Katanya babak ini memang ada di dalam skrip dan sebahagian daripada penceritaan.
“Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya untuk mengikup skrip dan arahan pengarah. Sebagai pelakon, kami tahu apa yang terjadi di belakang kamera.
“Ia sama sekali tidak berlaku seperti apa yang netizen sangkakan. Kami memang berjaga-jaga ketika penggambaran,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Alya teruja wataknya itu menjadi perhatian ramai walaupun teruk dikecam di media sosial.
“Saya akui memang banyak terima kecaman sampai saya takut nak buka aplikasi X. Bila difikirkan semula, saya dikecam disebabkan watak saya.
“Ini bermakna watak yang saya bawakan itu berjaya. Ia satu petanda yang bagus untuk kerjaya saya,” ujarnya.
Anak kepada pelakon lagenda Allahyarham Azmil Mustapha itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan yang berlangsung di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ditanya mengenai perasaannya bila ada piihak yang melabelkan dirinya sebagai ‘penyondol’ gara-gara wataknya di dalam drama, ini reaksi yang diberikan Alya;
“Saya tak risau sebab ramai yang kenal saya macam mana terutamanya keluarga, pengurus dan orang-orang di set penggambaran.
“Saya juga tak kisah sangat apa yang orang nak cakap atau labelkan saya. Tsuraya Lin hanyalah watak dan bukan diri saya sebenar,” ulasnya lagi.
Terdahulu, lakonan Alya bersama aktor, Shukri Yahaya dikritik banyak pihak susulan babak di bilik air yang dikatakan agak keterlaluan dan mengandungi adegan separa lucah.
Bagaimanapun, pengarahnya, Eyra Rahman menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya menjelasnya ia hanyalah babak yang melibatkan dua individu sedang berbual.
Sekadar informasi, drama Layang-Layang Perkahwinan kini sudah pun mula ditayangkan di slot, Megat Drama di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Selain Alya dan Shukri, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Keith Foo, Ezzanie Jasni dan Arash Mohamad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas 25 Tahun Hidup Bersama, Afdlin Shauki Sah Bercerai Dengan Isteri
Selepas 25 hidup bersama, isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah mengesahkan mereka kini sudah bercerai dan membawa haluan masing-masing.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya itu, Christina menyatakan mereka sudah bercerai pada April lalu dan pengumuman itu dibuat sebaik sahaja tempoh idahnya berakhir.
“Hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum menyambut ulang tahun ke-25 perkahwinan kami, saya dan Afdlin membuat keputusan untuk bercerai pada April lalu.
“Keputusan dibuat agak pantas, mungkin kerana tidak dapat dielakkan.
“Kami menghebahkan perkara ini sekarang sebagai menghormati proses idah tiga bulan yang sudah berakhir,” tulis Christina.
Dalam kenyataan yang dibuat itu juga, Christina berkata kebahagian mereka diuji ketika pandemik Covid-19 yang mencetuskan salah sekali gus menjadi punca keretakan rumah tangga.
“Sebenarnya, kehidupan kami berjalan dengan sempurna, melihat anak-anak membesar serta kami berganding bahu membangunkan syarikat bersama-sama.
“Namun, perpisahan mula berlaku secara berperingkat apabila kami mula membuat keputusan secara sendiri.
“Ketika pandemik Covid-19 melanda, kehidupan saya dan Afdlin mula berubah, seakan berlaku salah faham. Meski kami cuba untuk mendapatkan kembali kehidupan seperti dulu, namun ia tidak berjaya apabila masing-masing mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri,” tulis Christina lagi.
Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, Christina dan Afdlin akan terus saling menyokong di antara satu sama lain.
“Kami capai persetujuan bila berpisah, ia tidak perlu menjadi satu penamat yang menyedihkan. Sebaliknya, kami akan terus menyokong satu sama lain sebagai seorang sahabat.
“Kami mengharapkan privasi anak-anak kami dihormati dan semoga semua selamat, sihat dan bahagia,” tulisnya lagi.
Christina dan Afdlina berkahwin pada 1997 dan dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Anak sulung mereka, Mia Sara turut berkecimpung dalam bidang lakonan mewarisi bakat seni bapanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI