Terdahulu, arwah pernah menjalani pembedahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac lalu sebelum disahkan menghidap kanser perut tahap empat Oktober lalu.
Doktor turut memaklumkan ibunya yang berusia 79 tahun itu mempunyai jangka hayat selama enam bulan hingga setahun untuk hidup.
Foto: Instagram Roslan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terkejut dilamar kekasih pada 23 November lalu, pelakon Nur Risteena Munim terharu dan sebak apabila pelakon Isa Khan mahu mengikat tali pertunangan bersama.
Memilih lokasi Bali, Indonesia, Isa telah menyuarakan isi hatinya kepada Risteena di hadapan lautan Bali dengan menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan.
Pasangan ini ditemui di Bora Ombak, Putrajaya baru-baru ini sempena majlis sambutan hari jadi Risteena.
“Sejujurnya, perkara (lamaran) tu dilakukan pada saat-saat terakir. Saya rasa ia sesuatu yang ‘gila’ kerana saya merasakan ia terlalu pantas, tetapi dalam masa sama, ia merupakansatu memori indah yang pernah saya lakukan seumur hidup saya.
“Sebelum itu, saya ada berjumpa dengan keluarga Ris dan minta restu sebelum berangkat ke Bali.Alhamdulillah, mereka setuju dan izinkan,” kongsi Isa.
Sementara itu, Risteena,30, merasakan ia bagaikan mimpi kerana dilamar sedemikian.
Malah, kejutan itu turut dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
“Saya tak tahu saya akan dilamar oleh Isa di Bali, ketika kejutan itu dilakukan, mata saya ditutup dan saya sangkakan ia hanya sekadar kejutan untuk hari jadi saya kerana Isa beritahu saya hanya sambut hari jadi di sana dan mahu hilangkan stress sebagai hadiah hari jadi.
“Saya memang tak tahu apa-apa langsung. Sepanjang berada di Bali, saya dan kakak Isa bersiar-siar di Bali dan saya tercari-cari juga dimana Isa?
“Rupanya-rupanya seharian dia membuat plan untuk memilih lokasi terbaik bagi melamar saya seperti di atas gunung,di pantai; dia sanggup buat apa sahaja semata-mata mahu gembirakan saya,” kata Risteena kepada MH.
Pasangan ini mula berkenalan berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit yang bersiaran di RTM.
Pada majlis tersebut, Risteena turut meraikan hari jadinya yang dihadiri kira-kira 100 tetamu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meluahkan kesyukuran apabila ayahanda tercinta telah selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara, PU Rahmat mengucapkan penghargaan buat semua yang tidak putus mengirimkan doa.
Malah, dia turut berpesan agar sayangi jantung dengan berhenti merokok dan menjaga pemakanan.
“Alhamdulillah ayahanda saya Mohd Sofyan bin Mansur telah keluar daripada Institut Jantung Negara. Terima kasih atas semua doa kalian. Semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik balasan.
Sedikit nasihat kepada semua yang sihat.
Total bil pembedahan RM65 ribu ringgit. Sayangi jantung anda. Sayangi simpanan wang anda. Berhenti merokok dan jaga pemakanan,” kongsinya.
Pelakon dan usahawan, Elfira Loy mengakui dirinya seorang penggemar kasut bertumit tinggi dan mempunyai koleksi yang banyak jika mahu dibandingkan dengan kasut tanpa tumit yang dimilikinya.
Malah akuinya kepada MH, dia juga sudah mulai mengenakan kasut bertumit seawal usia belasan tahun.
“Kalau nak bercakap mengenai kasut tinggi, saya tak nafikan tidak terkira. Cuma kalau ‘flat’ shoes tu boleh dikira lagilah,” seloroh Elfira.
Pada masa sama, apabila ditanya mengenai apa yang boleh diperkatakan mengenai kasut tinggi, bintang Kum Kum ini tidak menafikan rasa lebih yakin apabila mengenakan kasut sedemikian.
“Saya lagi mampu untuk berjalan dengan baik apabila mengenakan kasut tinggi berbanding flats. Kalau pakai ‘flats’ saya mesti jatuh,” jelas Elfira ketika ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi eksklusif jenama kasut terkenal, Giuseppe Zanotti bersama Neelofa di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Neelofa ada pelawa saya untuk bersama-sama hadir memeriahkan pelancaran kerjasamanya bersama jenama kasut terbabit.
“Sebagai rakan, saya turut berbangga dengannya atas kolaborasi ini dan sebab itulah saya hadir untuk memberikan sokongan,” katanya lagi.
Terdahulu, Elfira dan suami, Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.